Ha, baru nak upload gambar kan?? ala..kat FB pon ada gambar cameron aku upload semua..
Thanks to CD owner bagi pinjam camera kat akak yg mesken nih. Jadi dapatlah akak posing2 chantek di sana.
Malam tu akak aku sekeluarga dgn anak dia 4 orang, adik Temok aku dan jugak mak aku sampai rumah pukul 10. Time tu aku pegi hantar cookies kat Sid, keji tak orang datang rumah ko takde?
Akak sempat buat kek anniversary saiz 6'. tapi kena maki dengan adik akak 'motippp buat kek sendiri kecik2?'
Itupon lebih buat raibow cake Rini. **thanks Rini order buat kali ke 3!
Pagi2, kitorang bangun lepas subuh masak Mee goreng untuk bawak bekal. Sambil2 tu akak buat donut.
Mohd Rafi lalu simpang pulai. Amek masa 3 jam kat highway dan lebih kurang 1 jam setengah naik atas.
Kiotrang sewa Homestay Dahlia dekat Taman Sedia.
Rumah dia besar. Bersih. Bilik 2, toilet 2. Harga semalam RM200. Memang puas hati duduk ramai2.
Ha, tu besar tak? Nampak Pahat tengah mengukur rumah tu?
Eh, no telefon homestay tu : 0132211547
Bayar masa sampai sana. Tak perlu deposit. Tapi dah confirm tu jangan lah gatal2 cancel mentang2 takde deposit kannn??
Kalau rumah yang 1 bilik harga RM120. Kalau bilik yg duduk sekali dgn tuan rumah RM100.
Mula2 sampai, akak cakap dengan Mohd Rafi:
'Ek eleh...macam ni je sejuk cameron? macam summer kat UK jah!'
Berlagak gila kann?? Bila malam...siap kau...tido pon berselubung.
Ni dekat strawberry farm yg dekat dengan homestay tuh. Tak boleh pick strawberry so kitorang beli ice cream sajork.
Pastu carik strawberry farm.
Kitorang pegi KL strawbery farm. Ni akak aku dgn 2 orang anak dia. Lagik sorang ikut mak aku kat depan. Lagi sorang Ahmad menyangkul kiotrang panggil tu memang suka2 dia je nak pegi mana.
Tapi farm tu dah tutup sebab dah pukul 4. Kat sini nak pick strawberry kena make sure 500g ke atas -RM25. 1 kg RM50.
Last2 tanya semua tempat pon harga mcm tu, tak jadi nak petik starwberry, beli jah banyak2 kat Pasar.
Next, kitorang pegi pasar.
Disini lah kejadian dimana emak, adik aku dan aku sekali mengabeskan duet yang tak seberapa.
Bukan abes beli strawberry pon. Beli makanan. Bolehhh???
Wah, makanan semua nampak macam sedap. Padahalllllllllllllllll
Akak jalan feeling2 single dgn adik akak. Pahat dengan Apak dia.
Budak gemok di pasar.
Sampai saket la jugak tangan aku bawak plastic kiri kanan. Sapa2 nak pegi pasar tu sila bawah troli.
Lepastu kitorang balik dah nak maghrib. Makan.
Bila dah malam, mak aihhh baru rasa sejuk sampai ke tulang. Mohd Rafi kejam gila mandikan Pahat, gigil2 anak akak tuh.
EH, akak nak pi bank. Sambung nanti lah!
Showing posts with label cameron. Show all posts
Showing posts with label cameron. Show all posts
Monday, April 16, 2012
Monday, April 9, 2012
Cuti2 malaysia Cameron highland.
Hi uolllssss... kitorang sekeluarg masih pening2 lalat disebabkan jalan turun dari cameron yang pusing2 ittew..
Sourvenir utk orang akak nan hado beli.
Sebab akak mesken hina sebab duet kueh tak dapat ari jumaat aritu. Dia kata nak bank in tapi sampai arini nan hado akak dapat duet kueh. Jadi terpaksa guna duet emergency akak tau.
So, tak dapat la akak nak membeli sourvenir ka sayur ka strawberry ka untuk orang.
Akak beli sayur yang selonggok RM10 tu kaedahnya akak bagi 4 dengan emak akak and akak akak and adik temok akak.
Pastu akak amek keledek yang emak akak beli dalam beberapa ketul bawak balik rumah. Pastu akak amek jagung yg emak akak beli 3 ketul.. **matila kannn meminta ihsan emak??
Strawberry pon aku beli yg 1/2 kilo RM10 tu jah.
Yang lain2 akak beli pokok cili yang rimbun dengan cili. 2 pokok RM10.
Pastu balik akak pose2 petik 7 biji buat nasik goreng pedas nak mampus nasi goreng haku.
Pastu beli madu tualang rm17 sebotol.
Itu je po yg aku beli. Akak dgn emak aku beli strawberry, jagung bagai ber kilo2 kaedahnya.
Dah tu ingatkan masa balik tu nak singgah beli rebung pon nan hado sebab akak dah tertido kepeningan.
Balik terus akak kukus keledek, sambil pose2 cairkan coklat makan strawberry celup coklat. Feeling2 sangat kata Mohd Rafi.
Sebenarnya arini akak kena repost duty tapi xde orang kat opis. Maka esok sajork lah!
Nanti akak upload gambar lain.
Subscribe to:
Posts (Atom)