Saturday, October 15, 2011

When you say i do..

Mood : Meroyan

Baru lepas baca buku Do you come here often?
Mula2 mcm tak best, lama2 terlebih layan sampai tak masak sampai ke malam.

Nasib baik Mohd Rafi keje. Pahat mula2 aku sumbat roti kosong. Pastu lama2 kesian pulak aku tengok dia aku masak la bubur dgn brocoli+kobis bunga+ikan bilis.

Mohd Rafi tu kang kalau aku tak masak sibukla bukak2 periuk tengok lauk apa. Kalau aku masak kang tak makan, Lempang kang!

Aritu seminggu aku masak 2 kali je tu pon masak mee. Dah tu pandai pulak komplen aku asik tak masak jek.

Akak tension uollsss asalmasak je tak abes, akakkkkkk jugak kena abeskan bawak bekal opis.Tak abes lagik ke tong sampah jawabnyah. Membazir amalan syaitann sangatsss..

Oh, btw lepas baca buku tu hati akak berbunga2 feeling2 nak carik lelaki idaman jugak kaedahnya tak sedar diri kau tu dah kawen kannnnn??

Esok akak nak pegi lagik Big Bad Wolf day tuh nak carik buku banyak2..

Byeeeeee

Friday, October 14, 2011

Ciri2 anak mat rempit.

Tu diah, kecik2 dah merempit..

Anak kau ado mcm nih???

Check up setahun dan chicken pox.

Haiiii... akak hadir bersama laptop pinjam... Terima kasih buat Filla!.. nanti iols masukkan anti virus yeah.

Ingat tak aritu akak pegi klinik Doc kata Pahat bukan kena Chicken Pox tapi some kind of virus??

So arini check up Pahat, akak pose2 pegi klinik Desa tu. Yela uolls klinik desa mana ado Doctor pon.. Nurse tu kata bukan chicken pox nih.. Raba2 Pahat tak demam pon..

Continue timbang.

Berat dia 10kg.

cucuk kat tangan kiri.

Hebat gila anak aku langsung tak berbunyi time kena cucuk. Menjerit tidak, melalak pon tidak.

Takde perasaan ke apa anak aku???

Kagum nurse tu tengok dia buat bodo je kena inject.

Balik aku rasa tak sedap hati tengok kaki dia dah tumbuh besar2 bijik chicken pox tu aku terus pegi klinik lagi.

Doc check temperature. demam sikit jah. 37 c.

Dia tgk bijik2 tu. Doc confirmkan yang tu chicken pox.

Dia siap pesan. Jangan hantar kat baby sitter, or bawak dia keluar kat public. Kena kuarantin kat rumah.

Dah tu, aku ada lab ptg tu pukul 1. Call Mohd Rafi suh jaga Pahat kejap sampai pukul 4.
Ko tau apa dia kata?? dia busy..

Hellooo.... ingat dia sorang kah berkerja?? merasa mak ugut2 dia baru setuju.

Dah tu aku kata pukul 1. Tapi dah pukul 1.40 tak sampai2 rumah lagi, last2 aku angkut je Pahat pegi lab..

So, kalau student2 aku tu kena chicken pox, tau la sapa bawak virus kannn???

Sorry students, I have no choice. Kalau tak, tak siap lab microP korang...

Selamat travel buat sahabat mak!! jangan lupa email mak ye kalau ada laptop murah2..!

Tuesday, October 11, 2011

Feeling..

Arini akak rasa tak sedap badan mcm nak demam.

Dah 2 3 hari aku lalu maeps tu plan nak pegi big bad wolf book fair tuh. Ajak Fiza tapi esok pulak. Sorry Fiza, aku esok time lunch ada lab sampai khamis. So arini aku pegi sorang lah.. Lagipon tak jauh pon dari opis nih.

Badan Pahat tumbuh bintik2 kecik. mcm chicken pox tapi bukan. Mula2 bijik merah pastu jadi mcm chicken pox kecik.

Aku check2 kot2 ada ibu chicken pox ke nan ado pulak.

Aku tgk Pahat tu pon relax je takde garu2 pon. Tak gatal la kot.

Aku check temperature pon nan ado demam.

Apakah penyakit itu??

Nanti akak bgtau uollss ye buku apa ada jual... Nak carik buku Pahat jugak kot2 ada ke..

Monday, October 10, 2011

Pahat is one already!

Mula2 sekali, terima kasih buat Shilla, acik oren, aisha, fiza, filla dan kawan2 yang memeriahkan majlis harijadi Pahat yang tak seberapa tuh pada hari sabtu lepas.

Terima kasih juga buat hadiah2 dan angpow2 yang diberikan, dengan itu juga duit Pahat sudah selamat akak belikan emas dinar buat kali ke-2. ***pahat lagi kaya dari emak.

Gambar tak dapek nak upload selagi laptop belum betulkan.

So, menu hari sabtu tu adalah:

Nasi putih (akak pose2 beli beras basmati okeh)
Ayam ungkep - emak akak masak. Kalau cik sha datang harus dia hentak2 kaki suruh akak masak jugak kaedahnya.
sambal goreng jawa
sambal udang

Laksam - Abes licin.

Macaroni sup - Sponsor dari Mama Filla.


Dessert:

Red Velvet
Pavlova
cream puff
portugese egg tart - Tukang habeskan anak sedara aku Zakir. Siap suruh emak dia buat hari2 dia nak bawak bekal pegi sekolah tapi emak dia nan ado oven. Howww??
Agar2 - Sponsor dari Mama Filla jugaksss..

Air sirap - Sponsor dari Mama Filla jugakkkksss

Khemah + Pinggan mangkuk + Sudu Garpu - Sponsor dari Mama Filla lagikkk...

***matikla banyak sponsor kennn

Pastu malam2 bakar ikan keli+ ayam kampung - Sponsor dari Mama Filla lagikkk dan lagikkkk

**pengsan banyak sponsor kannn??

Kek Birthday Pahat merupakan kek american choc saiz comel 9 inci sajork.

Balik keje Mohd Rafi maki akak:

'Kek Umno boleh buat besar2, kek Pahat kecik ni je???'

Boleh gituuuu???

Dah tu kan, ada carrot cupcake aku tak keluarkan dr dalam fridge sbb tak sempat frosting. Dah tu sampai ke hari ni ada lagi kek itteww..

Nanti lah akak menumpang kasih kat laptop sesiapa transfer gambar birthday Pahat.

Tungguuuuuuuu!!

iklan