Monday, December 13, 2010

EBM yang terbuang..

Rasa sangat bersalah kerana telah membuang 7 botol EBM hari ini.

Sebabnya ialah expired + dah lebih 4 hari tak beku2 jugak.

So jawapannya ialah BUANG.

Sebelum buang feeling2 buat EBM tu basuh tangan akak feeling2 tangan akak bakal halus mulus gitu... Harammmm sangat nak halus..
Rasa rugi kan buang mcm tu je?? Yela susu kita nih bukan selamanya ada. Buatnya kot2 tiba2 stresss semacam tiba2 susu berkurang, ha..takkan nak sumbat FM pulak kann??
Aishhh... tunggu lah bulan depan lepas2 pindah rumah kalau ada lebih nak belilah deep freezer chap ayam yang murah2...
Kalau tak rugi lah EBM tuh.

Adik akak yang gemok hari2 suruh akak MMS gambar Farhat.

Dia hengat kredit celcom akak tuh free kah??

Last2 akak menyampah akak bagi gambar di bawah...



Terus dia menjerit call akak:

'Dah la gemok.. itam pulak tuh.. Gila kau ek bagi gambo bogel Farhat'

Akak in denial pon jawab lah:

'Tak lah Pahat kadang2 putih kadang2 itam. Kat tempat sejuk dia itam, kalau tempat panas dia putih'

Terus adik akak balas:

' Kau hengat anak kau sesumpah????? haa... boleh tukar2 color??!!'

Ha... kau ado anak pose2 sesumpah kejap putih kejap itam mcm Pahat???

Dah. Nih bukan entry lucah.

Anak akak mesti malu bila dah besar nanti sebab mak dia suka jaja gambar bogel dia.

Aish..budak nih..!

Tiba2 tengah hari tadi aku dapat call dari Mohd Rafi, dia kata Pahat nanges tak nak susu. Minum sikit je pastu melalak2..

Pergh, akak pon feeling2 cakap, try je sumbat dulu.. akak pon feeling2 malas la kan nak balik rumah bagi direct BF.. Lagipon akak fikir sampai bila nak bagi direct kannn?? Takut nanti lama2 dia x nak susu botol terus kang..
Sebab sebelum ni dia nak je susu dalam botol tu.

Tapi ..pukul 12 Mohd Rafi call lagi akak dengar suara Pahat tuh dah meraung2 mcm tuh sekali terus lah balik rumah.

Balik tengok dia tertido.. agaknya letih sangat meraung ke hape ntah.. Tapi akak kejutla bagi direct BF. Dia tido terus chow. Sambil pesan kat Mohd Rafi kalau dia x nak susu yang frozen tuh try bagi susu yang akak pump malam semalam. Mana tau dia gedik x nak susu frozen ke..

Harap2 seisi menyusu pukul 3 nih akak tak menerima panggilan kejutan lagi dari Mohd Rafi.

N

Sunday, December 12, 2010

Family Planning..

Akak dah ting tong nih uolllss..

Akak asik la lupa makan Noriday tuh padahal pil tu kena makan 2 weeks before, and kena makan everyday on time and tak boleh miss even sehari atau sejam pon..

Itu yg nurse tu bagitau kat akak lah..

Masalahnya, akak memanjang lupa je nak makan dan time teringat tu dah lepas waktu.

So howww??? Kang keluar adik Farhat satu hal pulak kang...

Ingat nak amek injection lah tapi risikonya pulak nurse cakap second child susah nak concieve pulak...

Natural Planning tak payah la ye untuk period yang tak tetap mcm akak nih...

So howwww????

Saturday, December 11, 2010

Bayi tak berak (II) + Rumah

Kann semalam Pahat 2 hari tak berak kann??

So, menggunakan teori your baby is what you eat, akak makan oren 4 biji, minum air yogurt bliss satu botol besar and holick 2 cawan.

Hasilnya sungguh meriah okeh, arinih Pahat berak secara jemaah. Sampai ke malam dia berak penuh 1 pampers. Rasainnnnnn mak dia!

Esok akak tobat dah nak makan oren banyak2.. Makan secara berpatutan jah.

Oh...citer pasal disposable drypers nih, jangan beli brand PAMPERS!!... Tak best langsung! Nipis pulak tuh.
Huggies pon tak best sebab depan belakang color sama time ngantuk2 tuh nak tukar pampers nak kena tengok pulak mana satu depan mana belakang.
Heybaby! dia punya pelekat sangat kuat bila bukak terperanjat baby tengah tido.
Babylike pon ok dan murah.
Chap carefour pon akak ada beli okeh konon nak try yang murah. Tapi nan ado. Nipis sangat.

Paling best dan berbaloi so far adelah Pet Pet.

Drypers ada stock kat bilik tuh tapi size M. So simpan dulu.

Nih akak nak bagitau, akak dah dapat dah rumah sewa. Kat area yang sama dengan rumah akak nih jugak tapi rumah Semi D. RM600 sewa.

Alhamdulillahhhhhh........

Friday, December 10, 2010

Bayi tak berak..

Uollss...

Akak risau nih. Bayi akak tak berak dah 2 hari uollss...

Dia banyak kentot jah..

Padahal akak nan ado bagi susu formula.. Breastfeed je..

So howww???

Tak berak pon tetap ketawa konsepnya..

iklan