Thursday, September 2, 2010

Penyapu!!!

Akak busy disamping saket kaki so jadinya malas nak update...

Hari merdeka tidak kemana2 kecuali menatap almond london dan tart nenas..

Alhamdulillah order yang besar 38 almond and 16 tart dari Iris dah settle..

Ni tinggal siapkan sikit2 je.. Aci tak kalau akak beli je jem nenas tuh?? Malas puiler asik keje aku pegi econsave tau beli nenas..

Hari merdeka jugak akak cuti masak sedunia sebab Mohd Rafi offer diri nak masak..


Hasil masakan Mohd Rafi. Favourite dia tapi bukan favourite akak ikan masak kicap. Kacang panjang + tempe goreng.

Sayur kacang tu tawar sikit. Ikan masak kicap tu boleh la.. Ade ke ikan masak kicap yang tak sedap kannn???

________________________________

Hari ni hospital call postpone appointment ke 11/10/2010. Gila ke hape?? Lagi 5 hari je nak due date. Abes tu kalau tetiba akak nak beranak sebelum 11 hb darah still low cemana???

Dia kata : takpe....

Kentut sangat lah.. Akak dah la HB low 8.7 sajork.. suka2 dia je postpone sampai dekat 2 bulan appointment.. Bila masa nya diorang nak monitor darah akak?? Aiyohhhhhh!!

________________________________

Ni kes penyapu yang akak baca kat Metro tadi. Suami orang berkhalwat dgn bini orang bulan2 puasa nih.

Lepas tu yang jantan tuh sibuk nak terjun tingkat 14. Kalau akak biarkan je dia terjun.. Biar padann muka dia.

Pastu yang lagi best, bini dia rupanya ada kat tingkat bawah tengah sarat mengandung...

Penyapu tak jantan tuh?? Akak dah tak tau nak maki apa. Bolehhh??

Yang bini orang tu pon dah ada 2 orang anak okeh....

Bulan puasa pon tak reti nak hormat ke???

Bodoh!!

Sunday, August 29, 2010

Ramadhan ke berapa ntah : Menu - Nasi Beriyani..

Yes uolllss... Makan2 sempena puasa katanya. Tetamu tetap orang yang sama seperti bulan2 sebelum inih..

Kali ni akak masak nasi Beriyani, Ayam masak merah and kuah dalca.

Air jangan citer punya banyak, laici, sunquick, tebu tawar, cendol dan milo panas. Sampai tak cukup hokeh jug kat rumah akak nak letak.

Lauk habis!! Cukup2 untuk sahur je.. Alhamdulillah tak membazir.. Maksudnya akak masak sedap la kannn???

Lambakan makanan sampingan yang budak2 nih beli kat Baazar jangan citer, murtabak, cream caramel yang tak sedap, lompat tikam, kuih yg kacang dal tuh- akak panggil magelek, lompat tikam, condawan goreng yang terbaik...

Serious cendawan goreng ittew adelah yang terbaik.. Dah sejuk pon makan tetap rangup lagi..

Lepas buka theyolls balik terus pegi gombak tengok baby.. Sebelum tu pegi wangsa maju rumah Dee anta kueh- Sian Qistina demam siap tampal koyok kat dahi. Pastu pegi downtown yang ramai gila manusia padahal pegi situ sebab nak beli ice blended je..
Akak suka lah beli ice blended kat situ sebab sedap dan murah..

Downtown banyak gerai artis okeh..

Tetiba malas nak sambung citer... Bolehhhhh???

Bye,

Thursday, August 26, 2010

Sesungguhnya aku sangat mengantok~!

Ngantok okeh..

Tadi malam menunggu Mohd Rafi balik dari puchong. Last2 akak tertido pastu dia pegi kacau2 akak tido... Motipppp kann??

Sekarang ni Mohd Rafi happy lah duduk rumah tu. Sebab hari2 ada je orang hantar motor nak repair.. Ada orang offer dia keje kat bengkel jugak tapi belum bukak lagi bengkel tu. Orang tu pon tengah pegi umrah.

Semalam secara tingtong akak lupa punch out.. Nasib la labu asik keje lupa je..

Eh, akak tak tahan... akak nak tido kejap..

Wednesday, August 25, 2010

Buka puasa pertama diluar..

Hari ini sempena gaji telah membuka puasa kan diri kat luar. Specifically kat Ayamas Alamanda.

Mula2 ingatkan ada yang free refill tu setiap Rabu kaedahnya tapi nan ado sempena ramadhan. So reserve untuk package 4 orang sajork..
Gambar makan kat Ayamas adelah xde. Tak sempat snap sebab lapar sangat. Blehhh???

Tapi berbaloi la jugak makan 4 orang. Bersama filla n Fizi.
Ini dia minah yang busy dibulan ramadhan nih.. Motippp setiap kali call mesti 'network busy' kau ado???

Pastu sebab ada perempuan mengandung yang mengidam so, pegi la beli minuman ini... Harap maklum setahun sekali baru beli.. Kau ado miskin macam tuh?? Ado???
Caramel Frapucino -Of course la cream base sebab akak diharamkan mengambil caffien.. Tapi yang over ialah amek venti mcm tak sedar diri je.

Wah!! Husband sape yang tangan berurat tuh uollss..?? Matila soalan nak kena maki sangatsss...

Gambar orang yang kekenyangan... jeng..jeng...jeng!!!
;
;

;
;;
;
;
;
;
;

;
;
;
Pusat tersembul keluar. Tshirt dah tak muat sekarang. Tshirt Mohd Rafi akak sapu je pakai. Eh, nasib lah,.. suami isteri sharing is caring kannn????

Kalau uolls ngeri tengok perut akak. Akak nih lagi ngeri okeh. Tengok strecth mark terus pose2 pengsan uollss...

p/s : Arini penat dan sangat panas... Bila la nak hujan kannnn???

Tuesday, August 24, 2010

Keadaan perut.

Gambar terkini bersama perut 8 bulan.. Besar dah weh perut akak!!
Camera very the low quality kannnn???

Aiyohh...akak x beli lagi breastpump nih.. Tunggu budget lebih datang bergolek.. Boleh ke mcm tuh??

Akak adelah dalam keadaan tak kuasa nak bermesra atau berguling2 dgn Mohd Rafi. Boleh tak akak suruh dia tunggu sampai akak abes bersalin sebab akak takde Mood??? Boleh tak uollsss????

Boss telah menyuruh akak menyerahkan satu subject yang akak ajar iaitu Electronics Devices kepada orang lain sebagai langkah2 berjaga2 sekiranya akak terberanak awal gituuuu..
Tapi sedih jugak la nak bagi subject tu kat orang lain sbb I kind of feel attach to student kaedahnya sbb last sem pon akak mengajar diorang jugak..
Sebab ke 2 ialah, student2 ittew adelah contributor suara kepada project akak. Since Supervisor akak suh amek suara student chinese.. So susah la sikit nak record suara diorang sbb akak ingat nak buat after class je senang.

Esok gaji... Masa untuk membayar bil dan bank!

iklan