Sunday, July 11, 2010

Saya bukan gigih mcm Cik Lee dan Cd Owner..

Akak kat opis uollss..

Bukan sbb akak gigih macam tajuk entry hari inih.. Bukan juga akak ingin merampas title staff terbaik seperrti Cik Lee..

Tapi akak nak gi Mines beli installer Matlab for Mac OS, alang2 singgah opis menyapu dan mengemop bilik skali..

Kat Mines keter akak buat hal uollss.. Bunyi bising sebatu orang dah dengar. Akak check2 rupanya getah support ekzos tu putus. Merasa bunyi sebatu dah dengar keter akak.

Akak pon terus feeling2 keluarkan duit ingatkan kena beratus ke.. Dan terus pegi kedai spare part kat Serdang itteww.... Suh diorang pasangkan sekali..

Kena RM10 sajorkkk... Nasib baik x terbang banyak duet hakak.. Dah la akak tengah mesken bulan nih adik ipar akak x masukkan lagi duet tiket flight itteww walaupon dah seminggu dia balik johor. Howwwww?????

Saturday, July 10, 2010

A little of everything in 1 pot..

Akak feeling2 masak lemak cili api ikan duri arinih..

lepas tu mula2 akak nak pose2 masak buncis goreng.

Pastu nak rebus telur masin.

Tetiba akak feeling2 malas uollsss.. Howw??

So, akak campak semua skali dalam 1 periuk. So, nama masakan tersebut ialah ikan duri kacang buncis dan telur masin masak lemak.

Kau ado masak mcm tuh??

Jimat okeh masa akak. Lagipon akak sorang jah yang makan. X kesah la kann???

Ingatkan arini nak kuar pegi beli lauk kat pasar Bangi sbb lauk rumah akak tuh dah ala2 nyawa-nyawa ikan sajork.. Tapi akak ada penyakit malas juga uolllss...

So, tunggu pasar kat serdang la ari isnin puilerr..

p/s : Akak doa kan Pasir Gudang ujan lebat malam ni, Biar padan muka Mohd Rafi.

Friday, July 9, 2010

feels like yesterday...

Macam baru semalam je aku bangun pagi2 subuh capai pregnancy test. kencing. Dan mamai2 tengok double line lalu kejut Mohd Rafi.

Mohd Rafi tengok sebelah mata pastu cakap, 'Kenapa lagi satu line blur?'

Dan tido balik.. Keji!

Pastu pegi klinik azzahrah scan x nampak Doc tu suspect aku pregnant luar rahim dan aku dah cuak. Next weeknya scan kat klinik mesra baru nampak.

Dan... Mcm baru semalam aku rasa tersangat nervous sampai tak boleh tido sebab takut nak check heartbeat. Takut jadi mcm pregnancy yang lepas.

Syukur Alhamdulillah... survive sampai sekarang walaupon terpaksa melaluinya seorang diri..

Kadang2 aku tak paham, isteri2 yang husband baru tinggal sehari dah sibuk meroyan. Tak bersyukur kah husband masih disisi??

Ye.. aku pon rindu suami aku.. Aku pon nangis satu malam pada hari dia tinggalkan aku balik Johor. Tapi adekah aku perlu meroyan tak pasal??
Aku juga masih menangis pada malam2 yang sunyi.

Sbb tu aku suka kalau keluar dengan kawan2. Cuma kadang2 terbatas sikit sbb mudah sakit belakang.

Bayangkan mereka yang mengandung dan ditinggalkan suami selama berbulan2 atau meninggalkan mereka untuk selama-lamanya. Apakah perasaannya hilang orang yang kau rindu??

Bukankah kau juga patut bersyukur yang masih mempunyai suami yang masih boleh melayan hari esoknya jika hari ni dia outstation??

Bukankah patut bersyukur masih mempunyai suami yang boleh melayan apa2 saja yang kau teringin makan??

Ye...sorry.. I dont know what is wrong with me today. Walaupon keadaan aku mcm ni, aku tetap bersyukur. At least aku masih ada bayi dalam kandungan ini...........

Thursday, July 8, 2010

100days to go........errr...

Tengok ticker arini. 100 days to go. Apekah persiapan yang aku dah buat?? Barang2 basic je akak beli uollss... Yang lain2 tunggu la kalau kena durian runtuh ke ape.. Hopefully baby kalau nak keluar awal pon biar la lepas 9 bulan dalam perut ibu nih..


Perut of course la dah nampak. Bila jumpa orang semua tanya 'Dah berapa bulan?'

Muka, masyaAllah... tak berseri langsung okeh. Dan sangatlah malas nak make up ke ape.. Pagi2 pakai mosturiser dan sun block je dah. Boleh gituuuu???
Hidung berkilat gila, muka super duper oily.. Tapi ado akak kesah?? Akak x kesah pon sbb orang tengok perut akak pon dah hilang selera nak ngorat kaedahnya..

Arini akak lupa CLOCK IN pulak... Boleh.. Dah dekat pukul 6 baru ingat padahal aku dtg opis pukul 9 arini. Kejilah!

Terpaksa akak clock in juga pukul 5.50pm. Kau ado clock in(punch in) pukul 5 petang time orang dah balik????

Cau cin cau!!

Wednesday, July 7, 2010

Craving for this..............

Aku adelah perempuan pregnant yang teringin makan cempedak sekarang.

Adelah menyesal tak bawak balik cempedak kat rumah mak aku aritu.. Sbb cempedak rumah mak aku tu belum masak sgt aritu. Mak aku suruh bawak yang mentah. Tapi aku kan naik bas, nanti bau la satu bas iittew..

Semalam jumpa kat mydin tapi besar gila la pulak, berat nak angkat satu hal. Banyak sangat dan membazir sedangkan aku makan sorang satu hal. So, tak jadi beli lah.

Aku harap bila aku balik johor lagi next time, pokok cempedak rumah mak aku tu masih lagi berbuah dengan lebat.

Kesian akak kan uolllss... teringin makan apa2 kena carik sendiri okeh. Laki akak jangan kata seminggu sekali balik. Sebulan sekali pon belum tentu.

p/s : Tengah tunggu rambutan dan manggis kat rumah mak masak, baru nak balik kampung. Hehehe

iklan