Saturday, April 10, 2010

Edisi Pindah rumah..

Ni hari last okeh menggunakan internet dirumah. Streamyx kat rumah baru x pindahkan lagi.

Penat gila pindah rumah nak mengemas barang bagai..

Dah la aku pregnant. Tetap jugak la aku angkat kotak2 dan plastic2 yang berat tuh.

Abes tuh, x kan Mohd Rafi buat sorang2? Dia pon penat jugak...

Thursday, April 8, 2010

Lunch Saye...

Macam biasa la kan bawak bekal dari rumah sbb akak berat bontot nak turun kafe beli makanan. Lagipon konsep berjimat kaedahnya..

Nasik putih.
Pucuk ubi goreng ( pemalas).
Ikan kacang masak sambal. (Filla..ikan uolls bagi x abes2 lagi okeh).

Tapi bekal tu dah tinggal separuh sebab pukul 11 lepas abes tutorial akak rasa lapar gila.

Tadi pagi ada caller kat Hot FM. Akak kelakar gila dengar.
Dia kata dia saket hati dgn bini dia sbb pemalas nak mampus. Nak bangun pon malas nak pegi keje. Hari2 dia yang kejutkan bini dia dan siapkan anak2.. howwww????

Kau ado mcm tu???

Indahnya dunia kalau pagi2 cuma perlu mandi dan pakai baju tak perlu nak masak air ke panaskan lauk ke ape..
Hoih... kalau nak malas pon agak2 je lah ye.. Jangan sampai suami komplen mcm tu sudah.. Malu lah!

Wednesday, April 7, 2010

Siapakah Yang nak tolong aku Pindah??

Pindah rumah sewaktu pregnant 3 bulan adelah sangat mencabar.

SIAPA VOLUNTEER nak tolong akak pindah rumah sabtu nih???

Nanti akak upah ayam masak ungkep. Boleh gituuu??

Akak nak buat pengumuman nih, akak tak boleh nak menerima tempahan kek sepanjang bulan april sbb barang kek akak tertinggal kat kampung kaedahnya..

Sebenarnya malas nak bawak sbb keter sudah penuh.

Ok, lagi satu pengumuman, adik akak yg nikah bulan poser aritu dan baru bersanding minggu lepas adelah pregnant. akak kira2 dalam sebulan lebih kot. Tapi dia belom pegi check lagi.

Letih la mak akak nak jaga orang pantang beramai2 kaedahnya.

Ada gossip lain tapi esok lah. Nak kemas barang pindah.

Chantek kah kau???

Akak tension okeh bila baca berita budak umur 15 tahun yang sibuk sgt nak kawen tuh..
Motifff x reti2 nak tunggu umur 16 kah untuk cukup umor??

Chantekkah kau nak kawen umor 15??

Kesian uolls mak dia..

Yang budak lelaki tu pon satu jugak. X reti2 nak tunggu budak tu abes skolah??

Tension tau akak kalau ada anak mcm tuh... Isk.. Nauzubillah...

Semalam ulang tahun ke 2 perkahwinan di sambut dengan kepala akak sakit mcm nak hentak2 kat dinding. Punca asalnya ialah sbb lewat makan. Pukul 10 malam baru makan. Kau ado?

Pastu Mohd Rafi kata sempena 2nd Anniv dia blanja makan. Ala.. bukan candle lite dinner pon.. Makan nasi goreng dgn tomyam sajork.. Sbb sakit kepala yang teramat sangat akak nan ado lah makan habes.

Balik rumah terus telan panadol sebiji dan tido..

X pernah akak sakit kepala mcm tu skali. ni first time. Slalu saket kepala lite2 sajork.. Tido sejam pastu elok..

Pagi nih akak bawak bekal nasik dgn telur goreng sajork sbb x sempat nak masak bagai.. Kesian kan akak?? Tak macam khairiah uolls.. Sheollls siap masak butterprawn okeh... Telan liur akak tengok gambo.. isk..isk..iskk

Ok lah. Dah. Akak nak sambung keje. Bye!

Tuesday, April 6, 2010

Saya sudah 3 bulan!

Alhamdulillah... Trimister pertama of pregnancy dah lepas. Kalau ikut kiraan Doctor sudah 3 bulan 4 hari. Tapi ikut ticker kurang sehari.

Sebelum balik kampung lepas kelas sempat pegi check up dulu. Pukul 11 lebih baru pegi. Nasib baik x ramai org. Semua nak check up pregnancy. Tu pon sekejap2 je.

Timbang berat, berat sekarang adelah 48kg.Gula dalam air kencing adelah normal.
Kuman doc kata ade sikit tapi normal lagi.Tekanan darah normal jugak.
Baby dalam perut juga excellent siap lompat2 lagi tanda dia bagi reaction.

Paling best pening2 dan loya2 sudah tidak ada. Boleh continue buat research. Yeay!!!
Baju kebaya dah x muat kat breast dan perut. Paling x sedar diri, bawak balik baju kebaya sahaja balik kampung masa kenduri adik aku tuh. Feeling2 masih lagi slim.. Howw???

Gambar terbaru:

Takde perubahan kan??

Tapi perut nak nampak la buncit sikit. Tapi lagi nampak breast besar. Bolehhhh???

Doc kata akak x payah minum air gula uollsss... Akak rasa best gila. Sbb Doc kata family takde history diebetes dan berat akak nan ado naik mendadak. Kalau tiba check up bulan depan naik mendadak harusla kena minum air gula n amek darah bagai..
Tapi kalau ikutkan history family akak mmg nan ado yang pregnant kena minum air gula. Akak iols pon dah 3 kali beranak nan ado minum air gula ittew.. Harap2 akak pon begituuu.. Kena jaga makan la uollss.. Jangan la bagi alasan baby yang nak makan sedangkan omak eh yang x kawal nafsu. Wah... mcm bagus akak kan? Padahal baru 3 bulan nih pregnant.

Masalah akak ialah akak malas tau nak ulang alik toilet setiap sejam. Tido pon asik terjaga nak pegi toilet. Nasib baik toilet dekat dlm bilik uollls..

Teaser gambar adik akak kawen guna camera phone cabuk pastu x terang plak tuh..

Ni masa malam berinai. Pengapit gemok tu diupah RM50 untuk jadi pengapit. Keji tak??

Oh lupa weh.... hari ini adelah our 2nd annivesary..

Mohd Rafi terchenta, Happy 2nd Annivesary !!..

Nan ado celebrate sbb dah jatuh miskin balik kampung.

Sekian.

iklan