Friday, March 12, 2010

stamp 1 malaysia yg gedik..

Akak aku semalam pose2 ym aku.. Dia sibuk suruh aku tengok stem 1 malaysia muka anak dia yang dia tempah kat post office tuh..
Tu lah dia stem 1 malaysia bermukakan Icah anak dia. Padahal dia ada 3 anak, yang dia pegi letak muka anak dia yang Icah tu je... motiffff??? Sah2 yang lain tu kang sibuk jeles apetah lagi si Zakir menyerundul tuh (menyerundul tuh gelaran adik aku bagi sbb dia suka2 dia je nak buat apa)..

Si Icah tuh sejak umor 3 tahun nih dah sombong nak mampus x nak ckp dgn aku kat tepon. Ko hingat ko chantek x nak cakap kat mak???..

Aku secara gedik pon nak pose2 buat stem 1 malaysia tuh letak muka aku dgn Mohd Rafi. Tapi xde la aku nak guna stem tersebut. Tapi aku nak framekan..

Lupa pulak. Stem tersebut berharga RM20 untuk 16 keping. Siap dalam masa 30 minit. Cuma terdapat di pejabat pos besar sahaja.

Akak aku tuh office dia dekat dgn Pos besar JB tuh. Itu yang dia sibuk pegi buat stem chop muka anak dia tuh..
Chantek kah anak kau nak berstem bagai???? **jeless.......

Akak aku tuh buta IT gila. Pendrive dia x boleh bukak sbb ada virus. Aku kasik link AVG suh download, dia nan ado reti. YM tuh pon adik aku yg Tipot tuh datang opis dia ajar satu2 cemana nak guna... motifff sangatsss..

Owh... Lupa lagi, sesape yg balik Johor 4/4/2010 nih di jemput datang ke majlis persandingan adik aku Tipot yang dah nikah aritu tuuu.

Thursday, March 11, 2010

Kenapala ada Bapak yang Bangang mcm nih??

Akad sambil pandu kereta

Oleh Siti Fatimah Hassan dan Siti Nor Hidayah Razali

PASIR MAS: “Baba jahat!...Baba jahat!” tangis seorang budak perempuan berusia 10 tahun kepada ibunya selepas dinikahkan secara paksa oleh bapa kandung dengan rakan jemaahnya berusia 30-an di sini.

Lebih memeranjatkan, upacara ‘nikah koboi’ itu diadakan dalam sebuah kereta dengan bapa kanak-kanak itu bertindak sebagai jurunikah dan wali sambil disaksikan seorang saksi tanpa kehadiran pengantin perempuan.

Pernikahan diragui itu diceritakan sendiri ibu kanak-kanak terbabit yang hanya ingin dikenali sebagai Na, 33, kepada Harian Metro selepas dimaklumkan anak perempuannya itu.

Katanya, dia terkejut kerana tidak menyangka suaminya tergamak menikahkan anak perempuan mereka yang masih budak dengan rakan jemaahnya tanpa memaklumkan kepada ahli keluarga pada 22 Februari lalu.

“Mulanya saya terkejut apabila anak perempuan pulang ke rumah pada pagi 23 Februari lalu dengan menangis teresak-esak sambil memarahi bapanya dengan perkataan ‘baba jahat!’.

“Dia mengulangi perkataan itu berulang kali sambil menambah ‘baba kahwinkan saya dengan kawannya’ menyebabkan saya tertanya-tanya maksud di sebalik ayat terbabit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beta, Pohon Buluh di sini, semalam.

Harian Metro difahamkan, proses pernikahan ringkas itu berlaku jam 5 petang apabila si bapa menikahkan sendiri anak perempuannya tanpa mengikut prosedur pernikahan biasa dan berlaku dalam suasana serba ringkas dalam kereta.

Bagaimanapun, ‘pengantin perempuan’ tidak hadir ketika upacara akad nikah itu berlangsung, sebaliknya dia hanya dibawa ke hotel selepas disahkan suami isteri.

Difahamkan, lelaki terbabit menikahkan anak perempuannya itu selepas dijanjikan ganjaran pahala oleh rakan jemaahnya selain ditaburkan janji manis kononnya ia mengikut sunnah Nabi dan pahalanya berlipat ganda.

Dia yang terpengaruh dengan ‘janji syurga’ kononnya mendapat ganjaran berlipat kali ganda kemudian bersetuju mewali dan menikahkan anaknya walaupun baru berusia 10 tahun.

Meskipun pernikahan terbabit mungkin sah mengikut syarak, namun tindakan menikahkan budak berusia 10 tahun menjadi kesalahan mengikut undang-undang syariah kerana masih di bawah umur.

Na berkata, dia segera mendapatkan penjelasan daripada anak perempuannya itu untuk mengetahui perkara sebenar, sebelum anak kedua daripada empat beradik itu menceritakan dia sudah dinikahkan.

“Tergamam saya ketika itu apabila dia beritahu dikahwinkan dengan rakan suami saya tanpa kerelaannya. Perasaan marah terhadap suami meluap-luap. Persoalannya mengapa dia sanggup mengahwinkan anak yang masih mentah.

“Ini menyebabkan saya segera bertemu rakan suami di sebuah masjid kira-kira 200 meter dari rumah untuk mendapatkan penjelasan mengenai pernikahan itu dan dia mengesahkannya,” katanya.

Katanya, berdasarkan pengetahuannya, proses pernikahan itu berlangsung di dalam sebuah kereta yang sedang bergerak dan suaminya mewalikan pasangan anaknya sambil memandu.

“Saya dapat tahu anak saya diperdaya suami kononnya mahu membawa dia membeli-belah di sebuah pasar raya di Kota Bharu bersama saya yang sedang menunggu di situ.

“Bagaimanapun, semua barang yang dibeli dibayar rakannya sebelum dia dibawa ke sebuah hotel dekat Kota Bharu. Mereka menyewa dua bilik hotel. Sebuah untuk anak dan ‘suaminya’, manakala sebuah lagi untuk suami,” katanya.

Na berkata, selepas mengetahui dia sudah dinikahkan, anaknya menggunakan helah untuk tidur dengan tukang sapu wanita hotel terbabit sebelum dibawa pulang keesokannya.

Berikutan itu, Na ke Balai Polis Pasir Mas pada 25 Februari lalu untuk melaporkan mengenai perkahwinan anaknya dengan lelaki terbabit.

Pada masa sama, ibu kanak-kanak terbabit turut membuat laporan di Jabatan Hal-Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) selepas mendapat nasihat daripada ahli keluarga.

Berikutan itu, katanya, anaknya dikenakan perintah mufarakah (dipisahkan) dengan lelaki yang mengahwininya oleh Mahkamah Rendah Syariah Kota Bharu, minggu lalu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku sebelum akhbar mendedahkan mengenai seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, namun lokasinya berbeza iaitu di sebuah madrasah berhampiran masjid besar di Machang.


KOMEN AKAK : Ape ke bangan sangat bapak dia tuh terpedaya dengan janji syurga? Dalam Alquran ada sebut ke kaawenkan anak umur 10 tahun dapat syurga?? Ntah budak tuh dah period ke belom ntah suka hati dia je...
Sibuk sgt nak syurga kawen kan anak, jaga lah dulu kebajikaan isteri dan anak. Ini sibuk kawenkan anak dia yg umor 10 tahun tuh dgn kawan dia. Gila ke Hape???

Kalau akak jumpa org mcm nih, akak rasa nak Pijak je kat tengah jalan sbb bangang sangat.

Lebih Lembab Daripada Biasa!!

Apehal ntah internet U**M nih lembab gila sejak akhir2 nih..
Nak bukak sekor2 website kena refresh 45 kali...

Otak aku rasa bengap ditambah dengan pening yang sedia ada disebabkan oleh selsema..

Nak mC pon x guna, bukan aku boleh balik rumah pon. Kena jugak tunggu Mohd Rafi balik keje..

Ngaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!

Wednesday, March 10, 2010

x berapa lah..

Akak x pegi office lagi nih.

tadi malam tiba2 demam, sakit tekak dan sakit pinggang.. Nak makan panadol takut effect kandungan. So akak minum air badak je dengan harapan badan akak jadi sejuk..

Mohd Rafi suruh akak MC. Tapi last week akak dah MC 2 hari x kan nak MC lagi minggu nih. So, akak rehat2 kat rumah kejap. Nanti baru pegi ofis..

Tapi kat rumah bukannya rehat pon. Kena siapkan tutorial untuk esok..

Tak tau la kenapa tiba2 demam. Semalam pegi kwsp check document balik terus rasa x sedap badan. Petang tuh rasa sakit2 badan. Malam terus demam.

Website kwsp nih bila baru boleh bukak???

Monday, March 8, 2010

Sensitif..

Sekarang nih semuanya sensitif...

Bau.
Dari segi bau jangan cakap, pantang bau kurang enak sikit cepat je hidung aku tangkap..
Lagi2 la bau benda2 yang hanyir..

Sensitif dengan rasa.
Yang ni memang akak heran. Akak hari2 bertekak dengan Mohd Rafi. Dia cakap akak masak x rasa apa, maksudnya tawar. Tapi bila akak rasa, akak ok je x rasa tawar pon.
Semalam beli mash potato marybrown akak rasa masin gila tapi Mohd Rafi kata biasa je.
Air tropicana twister tuh pon aku rasa mcm manis gila. Howww??

Perasaan.
Yang nih akak nak cakap akak x sensitif langsung. Mohd Rafi balik kampung tinggalkan akak pon akak nan ado rasa apa2. Kadang2 akak x suka tgk Mohd Rafi sbb kadang2 rasa nak muntah.
Volehhhh???

arinih 40 kali bukak website kwsp tak boleh bukak. Aiyohhhh... Akak nak print statement nih untuk pengeluaran beli rumah. Kwsp sedang busy kah mengira dividen??

Bosannya nak tunggu Mohd Rafi balik pukul 8........

iklan