Friday, June 19, 2009

Jeng...Jeng..Jeng..!!

Akak happy arini uollls... sbb tadi akak gi kedai ada budak ngorat akak..

So, balik akak terus tukar layout template blog... Volllehhhh?? kau ado mcm tu??

Tapi kan... ada link2 uolls yang tertinggal.. Jangan kecik ati.. Nanti akak letak balik..

esok2 la akak edit uollls..malam ni akak penat..

Akak citer dgn Mohd Rafi ada orang ngorat akak.

Mohd Rafi kata.. 'Herannya...'

Akak tanya dia ' Heran apenya?'

'Budak tu tak reti beza ke bini orang dengan anak dara? kan boleh tengok..'

Akak tanya ' Cemana nak tengok?'

Dia jawab, ' Rahsia...'

KEJI SANGATLAH nak rahsia2 bagai.. Chantek ke nak rahsia2 dengan akak?? Gituuu tetiba emo..

Akak tau maksud dia, mesti nak cakap akak x chantek x layak di-ngorati... Sentap sangat lah!!

sometimes, we are just so lucky..

Akak kan sekarang suka baca ruangan Pakar sakit Puan dalam Harian METRO.. Pastu, terbaca yang nih...

Akak copy paste yek..

SAYA berusia 25 tahun dan sudah berkahwin dengan usia perkahwinan mencecah lebih setahun. Sejak lahir hingga kini, saya memang tidak didatangi haid.
Saya sudah membuat pemeriksaan doktor pakar yang mendapati saya tidak mempunyai rahim manakala laluan persetubuhan juga tiada. Saya amat sedih dan tertekan apabila memikirkan keadaan saya ini. Sebelum berkahwin lagi, suami saya tahu mengenai hal ini kerana dia selalu mengikut dan menghantar saya ke hospital. Dia mengatakan dapat menerima saya seadanya. Tetapi kini, saya rasa bersalah pada suami kerana tidak dapat menjadi normal seperti wanita lain. Doktor ada menyarankan saya menjalani pembedahan untuk membuat lubang rahim supaya saya dan suami dapat bersama dengan sempurna.
Tapi suami berpendapat, buat masa ini tidak perlu kerana dia merasa puas apabila bersama dan tidak mempunyai apa-apa masalah. Saya kurang yakin keadaan ini akan berpanjangan.
Adakah saya perlu melakukan pembedahan terbabit? Adakah pembedahan itu akan mendatangkan apa-apa kesan terhadap diri saya? Apakah pandangan doktor mengenai masalah saya ini? Saya juga ingin tahu kos yang perlu disediakan untuk melakukan pembedahan berkenaan.


JAWAPAN DOCTOR :

ANDA mengalami suatu keadaan yang dinamakan agenesis mullerian atau sindrom Mayer-Rokitansky-Küster-Hauser, sejenis keabnormalan kongenital dalam pembentukan sistem mullerian yang berlaku satu dalam setiap 4,000 hingga 5,000 perempuan. Dalam istilah perubatan yang dipermudahkan, sepasang duktus mullerian di kanan dan kiri badan janin sepatutnya bercantum di tengah-tengah untuk membentuk sepasang tiub falopio, rahim dan dua pertiga bahagian faraj. Bagi diri anda, percantuman ini tidak berlaku kerana anda ketiadaan duktus mullerian.
Namun, anda masih mempunyai sepasang ovari memandangkan asal usul ovari bukanlah daripada duktus mullerian. Anda juga mempunyai kromosom normal seorang perempuan iaitu 46XX. Dengan kehadiran ovari yang berfungsi, anda masih boleh mengeluarkan telur (ovulasi) dan hormon kewanitaan estrogen serta progesteron daripada kedua-dua ovari. Anda juga mempunyai ciri fizikal dan emosi seorang perempuan sehinggalah ovari berhenti berfungsi kelak dan anda mencapai menopaus.
Memandangkan anda tidak mempunyai rahim, anda tidak berupaya hamil. Namun, seseorang yang mengalami agenesis mullerian masih boleh mempunyai bayi yang mewarisi genetiknya (daripada telur ovarinya) dan suaminya (spermanya) jika menggunakan kaedah persenyawaan tabung uji (IVF) ibu tumpang, ini tidak dibenarkan dalam Islam. Doktor anda pasti sudah menerangkan keadaan ini.

Komen akak : Akak rasa kesian uolllss dengan wanita tersebut. Seteruk2 kita pon masih ada harapan nak pregnant. Boleh lagi ikhtiarkan cara untuk pregnant. Kalau mcm dia tu, rahim untuk pregnant pon xde. Xde langsung peluang nak pregnant.

Insaf terus akak tau..

Lauk tengah hari akak..

Ikan cencaru sumbat.
2 batang pak choy masak lemak.. Akak masak 2 batang sajork , kalau masak 1 pokok nanti x abes buang je..

elakkan pembaziran di saat miskin tegar!! ***larikkkkk

p/s : nanti akak update lain yeh.. akak nak makan dulu.

Thursday, June 18, 2009

ITIK SERATI..

Arini orang call akak semua x percaya yang itteww suara akak.

Lebih2 lagi Mohd Rafi. Gelakkan akak mcm ape je..


Itik sangat ke suara akak nih uollllss???

Adik bradik akak siap selang 5 minit nih call akak semata2 nak dengar suara itik akak tuh..


KEJI sangat lah!

Akak dah ok sikit nih.. Selepas minum air bergelen2 jua minum air BADAK chap KAKI TIGA berbotol2..

Itupon pegi rumah fiza FAMILY dia offer akak makan durian lagi..

AKAK PHOBIA OKEH DENGAN DURIAN!!..

Haruss akak pose2 geng Mohd Rafi x makan durian lepas nih..

Kat rumah akak nih ade sebiji lagi DURIAN akak REMBAT dari rumah FIZA semalam. Sape nak makan tuh???AKAK DAH TOBAT nak makan uolllsss...

Akak pening la uollss.. X boleh tgk laptop lama2... Akak tido dulu okeh!

TAKE CARE! Jangan makan DURIAN banyak2..

Bak kata pepatah akak ; Durian tu kecil2 sedap, bila makan banyak sengsara... gituuuuu

byendui!

akibat orang berlagak..

Aritu kan akak berlagak dengan Mohd Rafi yang akak makan durian dgn manggis selang seli x jadi apa2 kan???

Rasainnnnnn semalam tekak akak sakit2. Pastu ada hati lagitu bantai durian kat rumah fiza..

Arini??? Suara pon serak susah nak keluar... Rasainnnnn!!!

pastukan akak call la Mohd Rafi. Dia gelakkan akak sebab aritu berlagak.

Dia bebel ,' tula.. kan i dah cakap jangan makan durian banyak2.. bla..bla..bla..'


akak cakap ' Abes tu, sedap. U lain la x makan durian'

Pastu dia sambung lagi, ' Lepas ni nak makan, jangan makan sebiji je'

Akak yang vodo tanya, ' Nape lak?'

'Makan 5 biji. Alang-alang Biar suara hilang terus.'

SENTAPPPPPPPPP!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! sangat tau......

p/s : akak sakit tekak sangat lah.. Cemana nak ilangkan sakit tekak nih?? dah ber'liter' air akak telan.. air asam jawa lagi.. xde kesan pon.. Err... Kapt Doc Kimot, apa yang perlu saye buat???

iklan