Monday, April 9, 2012

Cuti2 malaysia Cameron highland.

Depan homestay. Happy je Pahat.

Hi uolllssss... kitorang sekeluarg masih pening2 lalat disebabkan jalan turun dari cameron yang pusing2 ittew..

Sourvenir utk orang akak nan hado beli.

Sebab akak mesken hina sebab duet kueh tak dapat ari jumaat aritu. Dia kata nak bank in tapi sampai arini nan hado akak dapat duet kueh. Jadi terpaksa guna duet emergency akak tau.

So, tak dapat la akak nak membeli sourvenir ka sayur ka strawberry ka untuk orang.

Akak beli sayur yang selonggok RM10 tu kaedahnya akak bagi 4 dengan emak akak and akak akak and adik temok akak.

Pastu akak amek keledek yang emak akak beli dalam beberapa ketul bawak balik rumah. Pastu akak amek jagung yg emak akak beli 3 ketul.. **matila kannn meminta ihsan emak??

Strawberry pon aku beli yg 1/2 kilo RM10 tu jah.

Yang lain2 akak beli pokok cili yang rimbun dengan cili. 2 pokok RM10.

Senang hati akak tak payah nak tanam2 dah berbuah pokok cili aku tau.

Pastu balik akak pose2 petik 7 biji buat nasik goreng pedas nak mampus nasi goreng haku.

Pastu beli madu tualang rm17 sebotol.

Itu je po yg aku beli. Akak dgn emak aku beli strawberry, jagung bagai ber kilo2 kaedahnya.

Dah tu ingatkan masa balik tu nak singgah beli rebung pon nan hado sebab akak dah tertido kepeningan.

Balik terus akak kukus keledek, sambil pose2 cairkan coklat makan strawberry celup coklat. Feeling2 sangat kata Mohd Rafi.

Sebenarnya arini akak kena repost duty tapi xde orang kat opis. Maka esok sajork lah!

Nanti akak upload gambar lain.

Friday, April 6, 2012

our 4th annivesary..

Dah 4 tahun uollss..

Tahun ni nak produce adek Pahat lah. Akak kan dah kertuu nanti lama2 lagi susah nak pregnant dah.
eh Pahat, ko jangan gedik2 sangat tau dengan Apak kau. Pantang Apak balik tunggu kat pagar melalak2 nak naek motor.. Amboiiii kecik2 dah pandai merempit eh.

Akak celebrate 4th anniv di cameron.

Bye, akak nak kena pegi amek borang balik sebab prof tak sain nanti akak tak dpt gaji.

Thursday, April 5, 2012

Gigih laki mak!

Sebenarnyakann akak ado nak upload gambar tapi akak malas nak bukak laptop transfer gambar from camera pinjam akak nih.. Kaedahnya CD owner bagi pinjam camera tapi nan hado bagi transfer cable howwww??? Ikhlas tak uolllsss?? **matilah.

Ujung minggu ni kan akak nak pegi Cameron pertama kali seumur hidup uollss. Dah tu laki akak kecoh gila repair kereta.

Malam isnin tu dia tido lewat repair motor orang. Pastu tetiba bangun awal pegi bukak engine kereta akak. Dia bukak compressor aircon ganti yang lama, sebab dia kata compressor baru tu tu aircon tak power katanya.
Compressor lama tuh rosak sikit ntah rosak hapa tapi aircon lebih power dari compressor recon tuh. Yela sebab tu compressor ori.

Dah pukul 8 tak siap2 lagik. Akak nak pegi kerja hokeh!. Last2 haku pegi lambat. Nasib baik akak tak kena punch in lagik sebab kad staff tak dapat lagik.

Malam tu dia balik keje, gigih pulak tukar belt dengan disk brake. **Pengsan akak!.

Dah tu, paginya dia bangun pagi2 tukar absorber pulak.. Eh, kaya pulak laki aku bulan nih kannn semua benda dia tukar.

Kalau ikut akak, koser akak nak tukar benda2 tu semua. Asal kereta boleh jalan sudah.

Tapi Mohd Rafi kata ' Nanti tersekat kat bukit tu baru u tau..'

Gituuuuuuu.... Eh, bang, kalau ada duit lebih lagi tu lebih baik UP sikit duit bulanan i ni haaa.. Boleh jugak beli Henpon canggih.

Eh, tapi aritu pegi jalan2 kat Alamanda, dia suruh akak tengok2 henpon Samsung galaxy Y tuh.
Dia kata 'u tengok2 lah ok ke tak'

Akak jawab, 'U yang nak pakai buat apa i tengok. Fiza guna henpon ni lah. I tau'

Pastu dia suruh akak tengok2 lagi. Tapi akak cakap nanti tengok kat Mines mana tau lagik murah.

Akak suspect Mohd Rafi nak belikan akak Henpon. **matilah perasann!

Tapi setelah dia tau akak dapat 2 kerja dengan gaji yang banyak terus dia tak berbunyi sampai sekarang.. Matila kena beli henpon canggih sendirik!

Setelah akak dapat 2 kerja inih, akak resign buat kueh kat Tadika sebab tak sempat uollss... Sebab 380bijik kaedahnya.

Kalau setakat cake atau bawah 100 biji tu boleh la lagik.

Matilah haku kalau boss tau aku buat 2 keje. Uolls doakan akak tak kena pecat sebab buat 2 keje ye uolllssss!!

Nanti akak kaya akak bagi lah giveaway cookies ke cake ke kat uollsss...

Bulan puasa akak plan nak amek unpaid leave sebulan buat kueh raya konsepnya. Clust kau belum apa2 dah feeling2 kueh raya kau laku dipasaran..

Hahaha...Bye Tipah! kitorang pegi cameron. Kau pegi balik Sening sambut Ariz.

Monday, April 2, 2012

Breastfeed Toddler.


Akak copy and paste dari FB. Click lag gambar kalau tak nampak kaedahnya.

Akak nak bagitau jugak, nanti kang orang kata akak propahna betana metana.

Tak semua lah fact kat situ betul. Bukatinya ialah anak akak tuh. Yang THUMB SUCKING itteewwww..

Anak akak isap jari jahhhh!! Start dari dia 3 4 bulan ke camtuh sampai ke sekarang nih.

Yang kulit halus tu ikut orang lah kot. Ada kawan akak BF kulit biasa jah. Tapi kulit Pahat memang halus mulus walaupon hitam..**matilah.. Tapi lembik hokeh. Orang kalau cubit pipi dia mesti cakap.
'Lembiknya pipi Pahat camtuh'

Rambut dia jangan citer. Memang tak tumbuh2. Dari lahir tetap mcm tuh. Akak redha jah. Kang kalau rambut dia kembang mcm rambut akak kang pengsan pulak apak dia.

Tapi yang akak tau vitamin2 terkandung dalam breastmilk adelah yang terbaik untuk anak anda.

Kalau uollss gigih bolehla breastfeed sampai 2 tahun tanpa bagi formula milk. Jimat gituuu.

Akak feeling2 malas jadi akak dah start campur sebab malas nak pump kat opis. Nanti dah dua tahun terus nak wean off.. Wah, bunyi mcm Pahat terus setuju nak wean off jah!!

Ada orang kata lepas 2 tahun kalau masih menyusu badan akan melembabkan otak kanak2. Pandai2 je orang tu!

Uollss ada bukti sahih tak berkenaan fact tu. Akak rasa mcm tipu jah!

Mak nak pitam tepi tangga!

Pagi2 sudah baca status inih...

Dia tahu x yg every single second i ingat je kat dia. X kisah sy dgn sesiapa pun. Tiap minit tgk HP tggu notification dr dia. Bila ada call gelabah, nk je dier je call. Each second fikir je apa nanti nk buat bersama dgn die. Nk penuhi mggu ni dgnnya. But, as usual ketidakpastian membuat sy keliru. Awk, awk tahu x, awk adalah hidup sy skrg? Sy buat smua utk awk... Bersabar.. Walau slalu jg ar sedey.. Miss you...

cik sha, kau hado mcm nih? hadooooo??

iklan