Thursday, March 15, 2012

Sudah.

InsyaAllah dah dapat kerja. Tengah tunggu bos sign surat.

Alhamdulillah. Tapi contract jah. Project habes bulan 6.

Tapi aku tengah godeh2 resume juga. Nak cari keje yg bagi better offer.

Nak keje industry memang harapan lah. Muka aku nak balik rumah lambat??? Terbayang2 je muka anak aku tu kang.

so, akak feeling2 nak keje pegi pukul 8 balik pukul 5. Keji nak mampos memilih.

Dah la Mohd Rafi balik lambat, kang aku pon balik lambat jadi apa anak aku tuh.

Lagipon masa aku amek offer keje RA ni pon aku suruh Lect tu email detail project yang dia nak aku buat.

Aku cakap, kalau aku tau buat baru aku amek offer tu. Since project tu lebih kurang CCNA, dan aku pernah amek course walaupon FAIL.**matilah.

Pastu baca prospect kerja tu ok la kot. So aku accept. Tapi gaji tak lah banyak mana. Lagi banyak gaji dulu. Tapi boleh la kan dari takde.

Rezeki jugak tuh.

Di samping tuh bisnes kuih muih, catering dan cake masih berjalan cuma tak boleh nak supply time office hour.

Ujung minggu nih banyak order. Jangan sentap kalau aku tak angkat tepon lalu nak melaser2 mak. Sila text!

Wednesday, March 14, 2012

going to 4th year

BTW, semalam akak sibuk dok google pasal cameron. Harga hotel yang murah2. Tempat2 menarik. Feeling2 nak ajak Mohd Rafi bulan 4 nanti.

Tapi akak syok sendiri jah. Akak kena lah kira2 dulu duet cukup ke tidak uolllss... Dah lepas bayar hutang2 semua barula boleh enjoy kat sana.

Pastu Mohd Rafi balik tadi malam tiba2 cakap;

'yang, bulan 4 kita pegi cameron nak?'

'bila?'

'Awal bulan la....'

Hoye...hoye... akak joget2 gembira. Ternyata Mohd Rafi mendengar isi hati akak.. Hahaha..gedik gila.

Pastu, ahad ni Boss dia saja2 nak datang rumah. Dah tu, dia ajak budak 1 kerja dengan dia sekali. Dah tu, ajak kawan2 dia yang lain. Eh, tiba2 ramai pulak.

Pengsan akak fikir menu.

Akak ingat nak masak nasik tomato. ayam masak merah. daging masak hitam. dengan dalca. koser aku nak buat acar bagai. Malas nak kopek nenas.

Eh, korang tau tak? since bulan puasa tuh aku kopek beratus2 nenas nak buat jem. Sampai bulan2 lain aku tak hadap nak tengok nenas dah. Keji tak?

Kalau aku rajin nasik tomato. Kalau malas buat bbq jah senang hidup mak.

Kalau lagik malas, roasted chicken jah. Tak payah nak tengok2. Tak payah jaga api. Nah, duduk kau ayam didalam oven selama 2 jam.

kalau aku rajin lagik aku buat pavlova sebab egg white berlambak2 dalam fridge.

Koreng tunggu dan lihat sajork.

Ni anak jantan akak dah bangun sibuk2 depan laptop. bye.

p/s : apahal aku eja malas sebagai masak? tingtong sangatsss

Monday, March 12, 2012

My little Rossi

Anak akak yang bernama Rossiudin tuh sudah kemaruk naik motor sekarang.

Pantang apak dia naik motor dia pun sibuk.

Kalau ko amek time dia tengah duduk atas motor tu jangan harap dia nak. Siap tepis2 lagik tangan ko.

Lagi 2 3 tahun memang la apak ko belikan pocket bike untuk anak dia. Pocket Bike to motor yg kecik untuk budak2 tuh. Eh tapi laju okeh. Kalau takat nak jalan2 kat putrajaya nih sampai la sangat..

Korang tengok je la nanti Apak dia tuh. Silap2 kejap lagi dia ajar modify motor. **pengsan emak.

Skrg ni pon boring2 dia bawak lari anak dia naek motor keliling taman.

Pahat, kalau takat nak jadik racer cup prix jah baik tak payah. Alang2 jadi mcm Zulfahmi tu ha.. Clust dah kaya dan boleh travel around the world.

Pahat dah 1 tahun 5 bulan, harammmm tak cakap lagik sepatah pon. Next month mesti aku kena jumpa doctor lagik tau..
Masalahnya...masalahnya... hari selasa tu ramai orang sekali dgn orang2 mengandung... Jadi kena tunggu Lamaaaaa uolllssss.

Dah la Pahat tu tak reti duduk diam. Pastu suka tegur2 orang. Pegang2 orang. Kadang2 suka tarik rambut atau tudung orang. Orang yang suka tu takpe la.. Yang tak suka tu jeling2 akak tau.

Eh, ada orang kan cakap akak manjakan Pahat.

Aiyoooo... dia tak tengok lagi akak babap di Pahat tuh agaknya.

Masalahnya, tak kan depan orang ko nak pukul atau marah2 anak ko kan??

Tak nak aku jadi orang gila kat depan orang ramai pukul anak. Pastu anak ko nanges satu hal tak ke jadi centre of attraction??

Akak pernah tgk ada cha ya nun alip tu anak dia pegang mainan kat Jusco je dia pegi pukul budak tuh sampai nanges. Tak logik langsung.

Dah tu bila budak tu melalak. Dia marah2 pulak.

Jadi, depan orang ramai selagi boleh elakkan, sila elakkan. Kalau tak nanti siapa yang malu??

Nak pukul atau marah biar reasonable sikit walaupon kau bukan wardina.. Opppss...Wardina lagik kannnn??

Sunday, March 11, 2012

Walaupon aku duduk rumah saja, kau ingat aku free 24 jam kah?

Akak heran lah uollss..

Just sebab akak duduk rumah, orang ingat akak ni free 24 jam.

Bila nak suruh tolong, call time tu jugak suruh buat.

Bila aku taknak. Bebel2 marah2 aku. Apehal??

Aku memanglah suka tolong orang. Ko tanya la CD owner ke Fiza ke.. Tapi jangan lah melampau sangat.

Aku pon ada 380 bijik muffin nak buat. Kena berkejar buat sebelum Pahat bangun tido. Aku ade roti jala nak tebar, adunan choc chip lagik, Kek2 orang berkejar aku nak buat. Bukanlah aku duduk rumah 24 jam tu maksudnya aku free 24 jam.

Kalau aku tak buat semua tu pon. Jaga Pahat+ buat keje rumah dah cukup buat aku busy.

Ingat aku duduk rumah mengangkang tengok TV ja kah??

Heloooo, nak bukak internet pon kena tunggu Pahat tido hokeh.

Kalau nak cepat bgtau la awal. Jangan lah pagi tu berkejar suruh aku buat time tu jugak.

Paham??

Sorry, ni first and last aku tolong. Lepas nih, sorry!

You need to got some luck dude!

Kisah entry sebelum nih akak koser nak drag panjang2.

Akak buat kesimpulan yang pompuan tu dah ada ustaz minang. So, saja la carik alasan nak putuskan hubungan gituuuuuuu. Watever!

Akak sedang meroti uollss... Tunggu roti naik.

Mula2 akak ingat nak guna resepi Shilla. Pastu pemalas punya pasal. Akak guna jah resepi donut cuma guna high protien flour+warm fresh milk.

Aku kena buat semuanya cepat before Pahat bangun. Kalau tak bakal jadi pemusnah alam.

Kau bayangkan akak dah cetak2 donut. Dah rise nak tunggu goreng. Dia amek blok lego tu dia cetak lagi atas donut tu jadi petak2.

Aku uli donut masukkan tepung dia pon masukkan bawang dalam mangkuk aku.

Akak bakar muffin, dia curik 2 bijik makan kat depan.

Tu belum aku potong tumbuk bawang dia masukkan kulit dalam tu sambil sibuk duduk atas riba aku, sambil tangan sibuk pegang lesung.

Akak try la bagi dia mangkuk lain, biar dia duduk diam2 situ. Eh, tidak hokeh, dia menyibuk jugak kat emak.

Tension nyah!!

Kadang2 aku geram aku cubit. Kadang2 aku jadi Dinosour kata apak dia. Habes tu bila nak siap kalau asik mcm tu je keje aku?

Sorry lah ye, akak bukan Wardina watever.

Mula2 cakap slow2la, -Jangan Pahat. Ibu nak buat keje.

Lama2 terus jadi singa.

Tapi sekarang ni dia dah Paham kalau akak cakap jangan tu JANGAN.

Tak dengar jugak, aku cubit saje.

Akak nak kena beli pagar lah supaya dia tak boleh ke dapur. Tak tenteram hokeh akak nak buat keje mcm nih.

Minggu ni akak dapat rezeki banyak sikit. Tapi penat jangan citer. InsyaAllah next week pon masih ada rezeki.

Jadi, akak belikan mainan ABC magnetic kat Pahat walaupon hakikatnya dia masuk mulut.

iklan