Wednesday, January 18, 2012

Tak carik keje dapat keje, pastu nak demand kannn??

Salam uolllss..

Semalam akak dapat offer keje. Jadik RA. Research Asistant. Lecturer yang akak dah 3 sem akak amek tutorial math dengan dia tu offer akak.

Bukan under dia tapi under consultant la camtuh.

Pastu kann skop kerja tu macam menarik.

Tapi akak tanya2 orang RA biasa gaji seribu lebih jaa..

Tapi yang tu kalau under lecturer.

Tapi kannn lecturer ni kata akak boleh demand gaji gituu.. Dia kata try demang 4k.

Clust takkk?? Akak tak rasa dapat pon kalau akak demand 4k sebab RA kan bayar guna duet research..

Akak bukan apa uollss, kalau seribu lebih ja gaji tak berbaloi akak nak bayar duit pengasuh Pahat, duit minyak. Makan lagikk.

At least duduk rumah akak tak payah bayar pengasuh, duit minyak+makan pon tak banyak, setakat duduk kat rumah ja, hari2 la masak uollss..

Akak tengok lah, kerja tu mcm seronok juga cuma kalau dia bagi la gaji yang akak demand tu insyaAllah akak amek.

Doakan akak kaya yek! **matila kan cita2 nak kaya. Belom apa2 lagi dah berangan nak beli laptop baru, howww??

CD owner, kau rasa patut tak aku amek, nanti mak emaik kat kau skop kerja tuh.

Monday, January 16, 2012

Suami saya suka membebel..

Aiyoooo...bangun2 pagi weekend Mohd Rafi membebel kat akak rumah tidak berkemas. Atas meja penuh..

Hellooo tau tak kenapa semua barang aku letak atas meja??

Sebab kalau aku letak bawah nescaya anak dia capai2 pastu bawak pegi depan..

Gituuuuu alasan orang malas mengemas.. Akak malas lah mengemas konsepnya pastu Pahat tukang sepah balik. Akak koser nak buat keje 40 kali dalam sehari.

Eh, tapi akak suka memasak. Kemas memang akak malas.

Pastu Mohd Rafi kata, 'U kan dah tak keje..bla..bla..bla... kemas la rumah...bla..bla.. Pahat...bla..bla..blaa'

Tu diah... ingat orang tak keje tak busy kah???

Lepas membebel dalam keter dia ajak akak pegi Jusco.

Pastu dia cakap 'U cari la purse murah2 untuk u, I belikan'

Gituuuuu... masalahnya purse murah akak tak berkenan uolllsss... ***matilah tak sedar diri dah mesken. Lepas pilih2 dan belek2. Akak tak beli ponnnnn.

Akak cakap dengan Mohd Rafi. 'Nanti beli kat JPO lah, I ada tengok purse Charles n Keith murah'

Camtuh kann??

Pastu kan uollsss... akak pegi Jusco pakai selipar jah. Pastu dia PAKSA akak beli selipar baru. Dia kata dia malu akak pakai selipar besar.

Keji nak mampus kannnnn???

SO, akak beli selipar kat BATA. Dia lah bayar, sapa suh aku tukar selipar kannn??

Padahal duet aku ada je.. cukup la kalau takat nak hidup 2 bulan tanpa gaji.

Akak nak bgtau, birthday Mohd Rafi akak nan ado buat kek bagai sebab dia bukan makan!!

Dah 3 birthday dia aku buat kek harammmm dia nak makan.

Pastu kan uolllsss jalan2 kat Shah Alam akak mintak dia belikan kabinet dapur yang bertutup ada pintu. Ala...yang murah2 RM100 tu jah... **banyak permintaan kau yang miskin ni kannnn?? tak sedar diri kannnnn???

Pastu dia cakap kan'
'I boleh nak beli kan kabinet dapur tapi u kena kemas..bla..bla..bla.....'

Terus terbantut niat akak okeh.

Last2..akak cakap. 'Elehhhhh....setakat RM200 i ada laaaaa'

Gituuuuuu, dah miskin lagi berlagak kannnnn?????

Akak nak mandi dulu uollss... Akak nak pegi carefour carik hadiah Mohd Rafi. Walaupon dia keji dengan akak kaedahnya.

Sunday, January 15, 2012

Manusia lalang.

Eh?

Sapa?

Akak lah uollsss...

Tadi feeling2 sangat nk buat choc chip. Pastu tetiba malas. Howww??

Eh, uols tengok tak Mr Labuci kat TV3 tadi?

Ala, Cik Ta berlakon pakai baju sendat2... Cemanala dia bernapas pakai baju kurung sendat nak mampus macam tu?

Eh, tu bukan point citer tu, citer tu pasal husband dia tak keje dan wife dia berkerja tanggung keluarga.
Sampai satu tahap wife dia dah hilang respect sampai menengking2 husband dia.

Gituuuuu?? akak pon pernah jugak laki akak tak kerja, takde sampai mcm tuh pon uollss... Lagipon Mohd Rafi tak keje pon dia tak mintak duit akak. Dia buat keje2 sampingan jugak repair moto kat rumah. So ada la jugak duet dia.

Akak lagik suka apa laki akak duk rumah jaga anak time akak keje. Dari anta kat taska yang ntah hapa2 kannnn??

Korang ingat senang kah lelaki nak duduk rumah mcm tu jaga anak??

Walaucemanapon lelaki kena la tegas dengan isteri. Jangan lembut sangat macam cerita tadi ittewww sampai wife boleh menengking macam tuh.

Akak paling2 pon sentap2 gituuuu jah. Tak berani uollls nak tengking2.. Kang hado kena penampar. Dah la laki akak garang.

Eh, arini birthday Mohd Rafi. Tapi dah pukul 1 pagi tak balik2 keje lagik.. Malas ah nak tunggu. Nak tido uollsss...

Saturday, January 14, 2012

Takde masa nak boring okeh!



Ha...time senyum mcm ni sejuk perot emak mengandung.

Time menyepah2 barang kat dapur, naek blood pressure emak! Abes segala bawang, food coloring, tepung kat dapur.. Pengsan!!

Lagi Apak kau balik komplen kan rumah bersepahhh??? Aiyooo berapa puluh kali emak nak kemas??

Heh, ingat tak akak ado feeling2 nak regoster sijil kewangan ittewww??

Sampai sekarang wokeh akak tak register sebab owner akak mcm tak bagi jah nak guna alamat rumah.

Tapi bengkel boss Mohd Rafi kan 2 tingkat kannn?? so tingkat atas kosong. Diorang guna tingkat bawah.
So akak tanya boss dia boleh tak nak guna alamat tingkat atas. Boss dia bagi okeh. Siap nak buatkan agreement bagai untuk aku submit masa register nanti. Clust Boss Mohd Rafi tau!!

Lupa nak bgtau. Boss dia adelah melayu. Mohd Rafi kata dia dah taknak keje dengan cha ya nun alip sebab biasa nak untung sajork. Motor rosak sikit pon kasik tukar benda2 tak sepatutnya gituuuu..

Hari selasa ni pegi indon lagik dengan Boss dia tuh. Diorang kan sekarang buat project supply tayar camtuh. sebab kat indon berkali2 murah dari sinih.

Eh, lupa jugak nak cakap, aku tak bayar satu sen pon guna tingkat atas kedai tuh. Tapi nanti aku bagi la boss dia 2 3 balang choc chip cookies yang dia suka sangat tuh. Selalu order 2 balang dalam masa 2 hari diorang dah abeskan.

Akak pon dah tak lalu makan uollss...

Dah..dah.. Pahat dah bangun. Bye!

Wednesday, January 11, 2012

AYERS ROCK damansara

Kannnn??? baru nak update pasal Ayer Rock.

DI sebabkan 4 bulan lepas CD Owner berjanji nak belanja akak sekeluarga, jadi Ahad lepas akak paksa dia belanja kat AYERS ROCK.

Mula2 akak suh dia belanja kat istana bambu tapi akak feeling2 tukar uollss... Keji tak??

Akak ajak Fiza sekali. Sorry uollls gambar sebelum makan nan hado pulak.

Akak order Wagyu Rib Eye -RM118 > mampos kalau guna duet sendiri jangan harap aku nak order.
Review : Sumpah tak sedap. Rasa hanyir daging, rasa rumput. TAPI daging memang lembut. So akak dah tau la rasa wagyu beef yang orang korea dan jepun agung2kan itttewww. Aku order medium dapat medium well.

Mohd Rafi order - Dia pon tak tau dia order apa bolehhh?? Tapi dia pilih steak kat kaunter.
Review : Sedap. Dia mintak medium well tapi dapat medium. Daging lembut. Rasa boleh tahan.

CD owner order - Agnus apa ntah ke nama dia
Review : Tak sedap dan liat. Order Medium well dapat medium jugak

Fiza Order - Lamb apa aku lupa***matila kannn
Review : Sedap! dan lembut.

Last sekali order beef ball > sedap tapi lagi sedap ikea.

Overall, takkan makan di situ lagik kalau ada duet. Kalau tak pon just amek burger sajork. Akak rasa kalau gravy dia tu lain mcm black pepper gravy ke lagi sedap kot.

Balik kitorang jalan2 ke One Utama. Awas! Jalan2 sajork sebab akak kan mesken. Paling2 pon beli air dengan Donut jah.


Budak ni mula2 excited nak masuk Kiddie Ride. Tapi itu semua hanya seketika. 30 minit kemudian dia boring sibuk keluarkan kaki nak turun. Keluarkan kepala lah. Tak sampai sejam aku sewa dah pulang baling. Keji!

Nasib baik murah RM3 sajork.

Akak tak berapa familiar dengan One Utama, tapi akak nak breastfeed kan Pahat. Masukkan la changing room. Ada budak ni SINGLE tengah duduk2 main henpon. Akak jeling2 suruh bangun pon nan ado dia paham. Hellooooo ni bilik ibu bapa yang ada anak bukan untuk kau duduk main henpon.

Last2 aku tak jadi lah breastfeed Pahat sebab takde tempat. Ajak Mohd Rafi balik, BF dalam keter dan terus Pahat tidoooo...


iklan