Tuesday, November 15, 2011

Nah! update mix and match.

Mula2, hari khamis lepas, gigih pegi lunch cepat2 sebab pukul 1 akak ada lab MicroP.

Tup tup, akak tersepit jari kat kereta uollsss... Aiyoooo menjerit akak disitu jugak.. Kali ni jari kelinking pulak kena. Sebelah jari yg kena sepit bulan puasa aritu. Dah la jari yg tu pon dah hodoh tersepit pintu. Nasib baik akak dah kawen tau, nan ado alasan nak turunkan hantaran ke apa...


Nampak tak jari akak yang chantek tu??? Akak pon tak paham motipp jari akak boleh tersepit pintu kereta??

Akak pose2 la call Mohd Rafi konon2 nak mintak simpati. Hadooooo?? Nan ado uollsss... Laki akak bebel2

'Tula I dah cakap jangan kelam kabut sangat buat keje.. slow..slow.. Ni kan dah kena...bla..bla..bla...'

Sedih akak tau! Keji kan laki akak??

Motippp tetiba gambar Pahat? apa kena mengena dengan tersepit jari??

Nan ado kena mengena uolls.. Akak saja upload gambar dia sebab dah snap katanya..

Buai belakang tu hanya sebagai display sajork. Nan ado dia nak masuk dalam tu. Siap terjun keluar sendiri lagik.

Rambut dia emak tak tau la bila nak tumbuh. Dari lahir memang segitu je lah uollss rambut dia.

Eh..eh.. Pahat dah pandai jalan uolls.. dalam 7 8 langkah gitu.. Tapi kaedahnya dia tak pandai berdiri. Dia cuma pandai berjalan. Kalau dirikan dia nanti dia duduk balik.

Kalau dia dengar bunyik moto apak dia cepat2 dia tunggu depan pintu sambil melalak2... gedik sangat kannnn???

Paling dia suka panjat atas badan orang sambil hisap jari feeling2 nak tido.

Ye uollss...dia still lagik isap jari bila nak tido.

Ha...akak mcm ni la tetiba malas nak type lagik. So, later!

Monday, November 14, 2011

Bukak kedai nursing wear yang chantek!

Haloooo.... akak dah tutup dah kedai software. Sapa2 nak sila la email kat sapa2 yang akak dah emailkan tuh.. Dah tak larat nak copy paste uolllsss..

Arini akak nak bukak kedai NURSING WEAR + BARANG BABY..

BUkan kedai akak uollss... Ni kedai kawan akak. Dia jual mcm2 dari nursing wear, bra barang baby, maternity wear yang chantek2.. Harga pon berpatutan.



Ni nursing wear color ijau. Chantek kannn???

Maternity wear color ijau jugak. Motipp tetiba suka ijau?? Baju ni merangkap nursing dan maternity sekali.


Nursing bra yang chantek kannn?? Harga RM29 sajork..

Banyak lagi korang boleh tengok di sini:

http://scornieymaternity.blogspot.com/

Atau add kat facebook dia :

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001794258771


BERITA BAIK!!!

Korang nak diskaun kannnnn??
Add dia kat facebook dan private message kat dia:

'Hi Arni, saya kawan Ilot. Boleh tak bagi diskaun?'

Ha..nanti dia akan bagi korang diskaun atau dapat free delivery..

Silalah terjah sekarang!!

Friday, November 11, 2011

Dah tilik ke birthday korang??

Ha... penat pulak akak mencopy paste email2 korang untuk sebarkan dakyah tilikan birthday.

Akak dah send dah email. Sila check email masing kecuali gmail. Sapa2 kasik email gmail sila bagi email lain seperti yahoo atau office mail.

Sapa tak dapat lagi mai tinggal komen kat bawah.

Laku software akak, merasa kalau jual RM5 dah kaya akak semalam.. Matila kannn.

Thursday, November 10, 2011

Rahsia tarikh lahir gituuuu...

Tu diahhhhh!!

Korang pernah dengar Dr Azizan yang dok sibuk buat ceramah rahsia tarikh lahir ittewww??

Cik Lee send kat mak software ni saja2 dok tengok rahsia tarikh lahir akak kannnn??

Klik gambar untuk tengok...

Apa??? Pencapaian hidup selepas 45 tahun???

Apa?? Buat keje2 PR???

Paling best mementingkan kebersihan. Matila aku kena maki dengan Mohd Rafi kalau dia baca.

Takde maknanyah!!

sapa nak software sila email kat akak. Nanti akak send kat uolls..

ilotshikamaru at gmail

Tuesday, November 8, 2011

Be careful what you wish for!

Seriously, time akak amek tempahan kueh raya berlambak2 aritu akak cakap,

'Biarlah Pahat jalan lambat sikit, nanti senang nak amek order orang. Nanti dia dah jalan susah nak jaga'

Memang tuhan makbulkan okeh sebab dah setahun sebulan nan ado berjalan. Nan ado berdiri lepas tangan. Merasa la kau.

Ari ni aku dapat call offer untuk buat catering kat Cyberjaya.
The problem is, diorang nak WESTERN menu. And aku kena bagi diorang quotation.

Mengagau aku carik contoh quotation. Sadly, available quotation semua malay food.

Adoii... pengsan nak survey harga western food pulak..

Sapa2 yg pernah order western food sila lah bgtau akak harga yang patut.



Tadi malam Mohd Rafi belanja makan kat Mudzalifah Fried Chicken. Pastu dia bagi aku elaun LEBIH sikit bulan nih berkat keje bagai nak mati kaedahnya. Dah tu, akak tanya berapa gaji dia dapat bulan ni tak nak bgtau okeh. Motiipppp nak rahsia2??? Takut akak mintak la tuuu...

iklan