Tuesday, October 18, 2011

Pics : Birthday Pahat

Ampunnn uollss akak malas nak upload gambar kannnn?? Padahal laptop 'sewa' dah ada dari last week..

Awas ye!! Gambar banyakss.

Mula2 letak gambar makanan dulu. Makanan semua adelah home made.

Kek besday Pahat yang comel bersaiz 9' sajork.. Menyebabkan emak dia kena maki dengan adik dan akak aku yang datang sebab buat kek kecik..


Portugese egg tart. Yang buruk2 adik akak temok yang buat. Nanti akak kasik resepi yeah. Kalau korang dok sibuk buat pavlova gua putih telur, kuning telur tu simpan buat tart nih.


Cream puff aka profiterole aka choux pastry. Nanti akak bagi resepi jugak. Kawan Mohd Rafi sibuk suruh aku buat hari2.. Motipppp??? Ni pon custard filling dia akak guna vanilla beans dan egg yolk.


Ni Red Velvet lah.


Ni Pavlova yang korang dok sibuk2 nak buat kat blog tu kann??


Menu utama. Gigih akak beli set buffet bulat tu. Gigih tawar kat apek tu menjadi Rm75. Mula2 susunan macam ni. Sekali je bila akak keluar rumah tengok dah kedinding semuanya. Takde org lain yang serajin Mohd Rafi dok sibuk alihkan. Set buffet ittew semua harta sendiri uollss jangan speku itu pon sponsor okeh.


Ungkep kebesaran ilot. Eh tapi ni bukan aku masak. Resepi carik kat ilots kitchen belah kanan tu.


Sambal udang (Mohd Rafi gigih siang udang buang kepala ekor. Kalau aku sah2 aku kerat guna gunting jah kepala dgn ekor tuh). Sambal goreng jawa.


Laksam. Errr...korang nak resepi jugak tak?? **matila kannnnn senang gila nak buat.


Macaroni sup. Jangan tanya akak resepi bukan akak yang buat. Tanya Filla.


Decoration yang simple untuk emak2 yang malas nak pikir tema.


Apak mithali. Dokong anak sambil penyapu.


Zakir menyerundul. Larikkk! Gelaran emak aku kasik sebab dia terejal sikit. Tapi paling rajin kalau disuruh okeh. Ada jugak good point dia.


Tetamu:


Kak ifa. Hanya mampu mengambil gambar belakang dia. Boleh?


Acik oren dan Tunang beliau. Kenapa makan sikit sangat uollss??


Filla, fara dan sepupu2 beliau. Nampak tak Fara yang short hair tuh? Gigih okeh kuruskan badan, jaga makan, pegi gym. Sekarang dia dah kurus dah dan badan dia firm tak lembik sbb dia pegi gym. Nampak tu Fiza?? Nampak??

Tiba2 akak malas nak sambung. Nanti bila akak rajin.. Tunggu part 2 yeah...

Saturday, October 15, 2011

When you say i do..

Mood : Meroyan

Baru lepas baca buku Do you come here often?
Mula2 mcm tak best, lama2 terlebih layan sampai tak masak sampai ke malam.

Nasib baik Mohd Rafi keje. Pahat mula2 aku sumbat roti kosong. Pastu lama2 kesian pulak aku tengok dia aku masak la bubur dgn brocoli+kobis bunga+ikan bilis.

Mohd Rafi tu kang kalau aku tak masak sibukla bukak2 periuk tengok lauk apa. Kalau aku masak kang tak makan, Lempang kang!

Aritu seminggu aku masak 2 kali je tu pon masak mee. Dah tu pandai pulak komplen aku asik tak masak jek.

Akak tension uollsss asalmasak je tak abes, akakkkkkk jugak kena abeskan bawak bekal opis.Tak abes lagik ke tong sampah jawabnyah. Membazir amalan syaitann sangatsss..

Oh, btw lepas baca buku tu hati akak berbunga2 feeling2 nak carik lelaki idaman jugak kaedahnya tak sedar diri kau tu dah kawen kannnnn??

Esok akak nak pegi lagik Big Bad Wolf day tuh nak carik buku banyak2..

Byeeeeee

Friday, October 14, 2011

Ciri2 anak mat rempit.

Tu diah, kecik2 dah merempit..

Anak kau ado mcm nih???

Check up setahun dan chicken pox.

Haiiii... akak hadir bersama laptop pinjam... Terima kasih buat Filla!.. nanti iols masukkan anti virus yeah.

Ingat tak aritu akak pegi klinik Doc kata Pahat bukan kena Chicken Pox tapi some kind of virus??

So arini check up Pahat, akak pose2 pegi klinik Desa tu. Yela uolls klinik desa mana ado Doctor pon.. Nurse tu kata bukan chicken pox nih.. Raba2 Pahat tak demam pon..

Continue timbang.

Berat dia 10kg.

cucuk kat tangan kiri.

Hebat gila anak aku langsung tak berbunyi time kena cucuk. Menjerit tidak, melalak pon tidak.

Takde perasaan ke apa anak aku???

Kagum nurse tu tengok dia buat bodo je kena inject.

Balik aku rasa tak sedap hati tengok kaki dia dah tumbuh besar2 bijik chicken pox tu aku terus pegi klinik lagi.

Doc check temperature. demam sikit jah. 37 c.

Dia tgk bijik2 tu. Doc confirmkan yang tu chicken pox.

Dia siap pesan. Jangan hantar kat baby sitter, or bawak dia keluar kat public. Kena kuarantin kat rumah.

Dah tu, aku ada lab ptg tu pukul 1. Call Mohd Rafi suh jaga Pahat kejap sampai pukul 4.
Ko tau apa dia kata?? dia busy..

Hellooo.... ingat dia sorang kah berkerja?? merasa mak ugut2 dia baru setuju.

Dah tu aku kata pukul 1. Tapi dah pukul 1.40 tak sampai2 rumah lagi, last2 aku angkut je Pahat pegi lab..

So, kalau student2 aku tu kena chicken pox, tau la sapa bawak virus kannn???

Sorry students, I have no choice. Kalau tak, tak siap lab microP korang...

Selamat travel buat sahabat mak!! jangan lupa email mak ye kalau ada laptop murah2..!

Tuesday, October 11, 2011

Feeling..

Arini akak rasa tak sedap badan mcm nak demam.

Dah 2 3 hari aku lalu maeps tu plan nak pegi big bad wolf book fair tuh. Ajak Fiza tapi esok pulak. Sorry Fiza, aku esok time lunch ada lab sampai khamis. So arini aku pegi sorang lah.. Lagipon tak jauh pon dari opis nih.

Badan Pahat tumbuh bintik2 kecik. mcm chicken pox tapi bukan. Mula2 bijik merah pastu jadi mcm chicken pox kecik.

Aku check2 kot2 ada ibu chicken pox ke nan ado pulak.

Aku tgk Pahat tu pon relax je takde garu2 pon. Tak gatal la kot.

Aku check temperature pon nan ado demam.

Apakah penyakit itu??

Nanti akak bgtau uollss ye buku apa ada jual... Nak carik buku Pahat jugak kot2 ada ke..

iklan