Monday, July 18, 2011

Nah!! Jangan uji kesabaran orang boleh??

Weekend sungguh meriah. Tapi aku exhausted gila+stress jugak.

Jaga anak pun kadang2 mendatangkan stress juga, tambah2 lagi bila ko tengah banyak keje nak buat time tu dia buat hal okeh.




Tu nampak perut moncit tuh. Mana2 pegi semalam orang dok sibuk cakap dia tembam.
Mana tak tembamnya kalau aik menyusu+makan jek.

Sampaikan emak tak cukup tido kalau dah kena bangun sejam 2 jam sekali. Akak pon kadang2 nak feeling2 tido nyenyak sepanjang malam juga.

Sekarang ni takde pitching sikit2 kalau dia bangun. Melalak terus ye... Takde maknanya ko tepuk2 dia balik, dia tido. Kena bangun BF kan juga...

Apak dia?? Apak dia tido..... Tu salah satu kekurangan BF ye kawan2 semua... Emak dah la penat masak, buat kueh+kek. Pastu nak basuh botol susu. Nak kemas beg untuk ke rumah BS esoknya. Nak masak bubur. Nak susukan anak. Balik keje cepat2 panaskan bubur bagi makan anak dulu.

Malam pon emak juga yang kena bangun menyusukan okeh.

Time ko dah penat gila babi, semua tu mendatangkan stress. Tambah pulak ada mulut2 puaka sibuk tanya kau itu ini. Sibuk komplen benda ko buat. Dari akhirnya kena maki dgn aku lebih baik aku senyap.

Kadang2 aku saja keji dengan Mohd Rafi time Pahat bangun melalak2 aku biar je, Padahal ujung2 emak juga kena bangun susukan. Abes tu, apak dia mana ada susu nyah...!

Tapi aku selalu saja bg Mohd Rafi keje, seperti tukar pampers ke... Ye la dia balik pukul 10 malam tiap2 hari. Bila masa yang dia nak tolong jaga anak kannnn??

Pastu boleh pulak marah aku biar Pahat melalak kat depan. Hellooooo aku tgh basuh pinggan okeh. Kalau aku keje nak mengulit Pahat je memang tak jadi keje. Betul tak??

Bila orang tanya bila nak pregnant kali ke 2, ohhhhhh tunggula si Debab akak tu besar sikit dan boleh berfikir. Lainlah kalau Mohd Rafi jenis keje office hour akak takde problem. And kalau aku full housewife pun I have no problem with that.

Kadang2 rasa bestnya kalau bangun pagi2 bubur Pahat dah siap masak...

Tapi penat2 pun, bila tengok muka Pahat semua tu berbaloi. Tengok je la badan dia yang debab tuh.

Pahat, harap2 bila kau besar dapat membalas jasa ibu nih... Ingat!! nanti dah pandai cakap sebut nama IBU dulu bukan AYAH!!!!

Friday, July 15, 2011

Choc chip


Choc chip before and after...

Err...sebenarnya testing camera pinjam. Bolehhhhhh????

Akak buat order almond untuk budak opis fiza, kasik semalam 2 botol, 2 botol jugak habis... tambah lagi order next week... sabo je la...

Bahaya kan almond london aku dah jampi kasik abes cepat... Akak lari dulu!!!!

Eh, korang tak nak order almond London?? Matila tak habes2 promosi.

Thursday, July 14, 2011

farhat 101..

Since emak MC arini, emak update la pasal Pahat.


Playmate beli kat carefour. RM14 sajork. Dia suka pulak main kopek2 huruf tuh. Paling suka makan huruf tu.



Projek mengemas ROssi sudah bermula.... Keji betul dah tak boleh letak magazine kat situ.


Perut moncit. Susu dah tak cukup2..


Melepek kat emak yang sedang berselubung sebab kedemaman.

Aritu kannn, dia melalak2. Emak kat dapur. Nampak mohd Rafi dia meraung 'Aiyaaaaaaaa'

Lalu Mohd Rafi feeling2 anak dia panggi ' Ayahhhh...'

Xde maknanya kannnn??? Helllooooo... emak yang mengandung, emak yang beranakkan, emak yang breastfeed, ayah jugak kau sebut kannnn???

Pahat dah 9 bulan nan ado reti tepuk tangan. Nan ado reti melambai bye bye tu lagi.. Lambat kan?? Phisically dia ok, dah merangkak berdiri. Penat akak ajar dia lambai2 tepuk tgn bagai..

Kalau nak buat keje sila bagi dia biskut baby. Nanti dia dok diam je depan tv abeskan biskut.

Ok. Akak nak rehat.

Emak demam lg...

Akak demam buat kali ke 50 tahun ini... **tipu..

Tak tau la apsal asik demam je.

Makan ubat kang kebah, pastu lepas 4 jam panas balik. Jangan lepas ni debab akak tuh demam sudah..

Apehal update pepagi buta kann?? akak tgh masak bubur Pahat. Dah berapa kali hangit aku kejekan. Nak beli slow cooker kedekut.. **matila kannn untung buat kueh kedekut beli slow cooker.

Akak rasa hb akak low lah, sbb asik pening2 dan penat je.

Semalam BS sms susu Pahat tak cukup. Aku takde choice lain melainkan kasik FM sebab susu aku memang dah tak cukup. Lebih2 lagi time demam mcm nih. So emak beli Isomil. Ntah dia boleh minum ke tak. Jangan muntaah mcm dutch lady sudah...

Mahal nak pengsan okeh susu baby!!!

Terus akak feeling2 nak pump secara gigih.

Wednesday, July 13, 2011

9 bulan uollss...sample kueh.

Pahat dah 9 bulan...

Makin memeningkan emak dia. Pantang kena tinggal kejap melalak mcm hape..

Tapi dia ikut mood dia sebenarnya, kadang2 bila tinggal dia ok je.

Tapi selalunya dia mengekor kemana sajork emak pegi. Termasuk toilet. Emak pulak feeling2 berak dalam tuh, anak kat rumah sibuk tepuk2 pintu. Howwww????

Tempat favourite dia adelah dapur. Yela kat situ dia boleh capai2 bawang , lesung bagai...

Aku kena beli rak dapur yang tertutup lah. Dah berapa kali kena kemas bakul bawang tuh sbb Pahat sok terbalikkan. Kadang2 emak geram+tension emak cubit dia lite2.. Nan ado dia nak nangis.

Paling suka tepuk2 pintu oven. Semalam merasa panas pintu oven tuh.

Tido suka lambat2 geram emak tau. Pukul 11 kang baru tido.

________________________________________________

Sorry uollsss yang mintak sample kuih. Sample masih lagi dalam pembikinan buat kali ke 10. Asik abes jek.

Yang suka makan tu haaaa anak ikan Mohd Rafi yang suka datang rumah mintak kuih raya. Pengsan akak tau.

Pastu akak feeling2 lagi syok sendiri makan kuih raya sendiri.. Jadinya... Merasa asik keje buat kuih raya jah!

Dah tambah busy dengan order orang. Tiap2 hari okeh rumah akak berbau kuih raya.. Merasa!!

Alhamdulillah.... bila rasulullah kata 9 dari pintu rezeki adalah berniaga korang silalah percaya, dengan syarat jangan la budget nak untung 3 4 ribu sebulan kannnn??? Kena sikit2 dulu la...

Lagi satu, quality kena jaga juga. Dan ikhlas..

___________________________

Mohd Rafi suka menjadikan akak runner barang motor dia tau, mentang2 la supplier barag moto dia kat serdang, muka akak juga yang kena pegi beli bagai... aiyohhhh!!

Akak dah la feeling2 pakai baju kurung pegi kedai spare part moto.

eh, tetiba akak malas nak type.. kau ado mcm nih????

p/s Kuih raya order masih dibuka!!

iklan