Tuesday, March 22, 2011

cerita malang hari ini..

Tadi malam kaedahnya belt kereta akak putus.

Tapi takpe lah, akak cakap dengan husband akak, Moto ada, dia boleh hantar akak naik moto.

Hantar Pahat ke rumah BS pon naik moto sebab dekat je...

Sekali je pagi ni ujan tak nak berenti daaaa... Akak boleh je redah ujan naik moto pegi keje.

Abes tu takkan nak bawak Pahat redah ujan sekali kaedahnya kannnn???

Tengah tunggu la ni kot2 ujan berenti ke.. Arini ada Lab tak boleh nak cuti ye kaedahnya..

Pastu pagi tadi masuk bilik air, tergelincir pulak dalam toilet. Nasib baik aku tak pregnant weh.

Monday, March 21, 2011

Pahat dan makan..

Pahat sekarang kurang minum susu.

Pastu bila bangun tido meraung2 mcm kena pukul siap mengalir air mata bagai..

So, arini hantar kat Baby sitter, akak tu kata dia tido 15 minit je. Pastu minum susu sikit. Itu pon kena guna syringe. selebihnya dia menjerit2.

So, akak tu mintak aku belikan nestum. Aku cakap nak tunggu 6 bulan. Akak BS kata try je lah bagi takut dia lapar sebab tu dia menjerit2..

Aishh... aku kalau boleh nak tunggu 6 bulan. Lagi 2 minggu je tau.

Jadi, balik rumah, instead of BS yang bagi makan dulu, lebih baik aku yang bagi betul tak konsep akak nih uollss??

So, akak bancuhla nestum dgn EBM sket+ air panas sket. Buat cair2 je..

Pastu sua kat mulut dia. Ado dia nak bukak mulut?? Nan ado okeh..! Mulutnya katup rapat bila akak nak suakan nestum.
Tapi akak sumbat kat mulut dia jugak. Dia keluarkan balik okeh.

So howwwww????

Akak rasa dia tak ready lagi lah nak makan solid kott...

Tapi akak ado jugak beli epal, pose2 nak jadikan puree. Tengok lah nanti cemana.

Adekah production susu akan terjejas sekiranya period??

Jawapannya ialah Tidak.

Sebab akak dah 3 kali period okeh lepas pantang. Apsal ntah cepat sangat datang period.. Baru feeling2 tak period 6 bulan mcm org lain.

Sepanjang period, production susu tak terjejas pon. Dapat je mcm biasa. Asalkan makan and minum secukupnya susu takkan kurang kot..

Lagi satu, last week aku pose2 puasa, time pump susu, alahaiii sedihnya, sehari dapat 10oz jah.

Tengah fikir2 cemana aku nak menempuh bulan puasa nanti nih??

Kalau orang arab, merasa tak puasa okeh alasan breastfeed kan anak.
Tapi tak koser la pulak aku nak menggantinya..

Ni pon nasib baik last year cuti puasa 3 hari je. Tu pon belom ganti uollss... korang dah ganti?

Sunday, March 20, 2011

Twitter me!

Akak secara gedik telah meregister twitter sbb kaedahnya nak follow Rossi, tapi Rossi nan ado twitter. So akak follow Lorenzo. Mcm akak paham dia tulis apa kaedahnya sah2 dia tulis spainish..
Ado kau confident?
Lepas ni akak nak follow Lee seunggi pulak.. Feeling2 tau bahasa korea.

So twitter akak ialah: ilot_pahat

Siapa yg ada twitter pon boleh komen kat entry nih nanti akak follow.

Ramai2 artis malaysia yang nak di follow, akak follow marion caunter okeh.. Kau adooo???

Lepas tu, akak ada up kan resepi baru kat blog resepi akak yang dah terbiar 2 tahun tuh. Feeling sangat kaedahnya.

Tujuannya ialah supaya siapa2 yg nak mintak resepi ungkep tu tak perlulah menalipon akak setiap kali nak masak ungkep walaupon dah 40 kali akak bagi.

Eh, akak baru perasan, mat gebu pon upload resepi ungkep jugak. Tapi akak punya simple sikit tak pakai lengkuas bagai.. Suka hati uolls la nak ikut mana satu..

Tapi yang penting ayam ungkep memang sedap. Bayangkan adik akak Tipot yang tak reti masak tu pon kawan dia gigih mintak resepi. Howww??

Friday, March 18, 2011

Anak Mat Rapi sorang nih..

Tu diah akak baru tinggal kejap tido dah mcm tuh. Kadang2 dia tido akak tinggal masak, alih2 tenngok dah sampai ke simen okeh... Buas gila tido sekarang.

Kalau letak bantal tepi dia pon dok push2 jugak nak meniarap.

Tadi Mohd Rafi pegi kedai. Balik2 dia citer kat akak.

'Yang, tadi I jumpa baby pakai baju sama mcm pahat yang dot dot color biru tu. Comel gila. Tembam mcm Pahat'

So akak tanya dia , 'Mana lagi comel? Pahat ke dia?'

Mohd Rafi jawab, 'Mestila Pahat lagi comel... '

Laki uolls ado mcm tuh?? Macam anak dia sorang dalam dunia comel kaedahnya. Dan mcm lah anak kau comel sangat kannnn??

Pastu dia sambung, 'U tak tau... I bangga dapat Pahat..'

Adoiii... sudah2 la syok sendiri Mohd Rafi oiii....


ni anak adik akak Tipot yang nama Lion tuh... Lain pulak muka dia dari baby.

Emak dia dah dpt keje sejak menganggur selama setahun. Tapi emak akak kata kesian dengan Lion, sebab emak dia keje kilang keluar rumah pukul 6 lebih (pagi) balik pukul 8 malam.
Dia keje 7 pagi ke 7 malam.

Pastu keje sampai sabtu. Gila ke hape kilang tu kannn?? Selalu akak dengar orang keje 7am to 7pm nih keje 4 harii jah. Nih keje 6 hari seminggu. Gila output punya kilang...

Kesiannn ko Lion bakal kurang kasih sayang emak. Dah la apak ko pon keje ikut shift...

Tipot, ko post Lion kat umah aku je lah... Sian okeh nak tinggal lama2 kat umah babysitter Lion ko tuh.

iklan