Tuesday, March 15, 2011

Anak ayah ni... anak ayah ni..!


Car seat buruk tak lama lagi kena humban dalam stor sebab aku tengok Pahat duduk dalam tuh mcm sempit jah... Tunggu lah emak kaya ye.

Akak nak cite pasal Mohd Rafi obses anak dia part Two... Elehhhh, Harry Potter ada banyak part, citer akak pon ado banyak part. Kau adooo??

Akak dah citer Mohd Rafi mandikan anak dia kannn tiap2 hari pagi2 kalau akak nak pegi keje.

Pastu dia buat ayat mcm nih :

'Pahat mandi dengan ayah, tido dengan ibu, mandi dengan ibu..'

So, ayat ittew menjadi modal akak sehingga kini kalau apak dia malas nak mandikan Pahat.
Okeh, Pahat sudah mula bergolek2 dalam bath tub. Dia kan kemaruk nak meniarap. Dah la tangan akak nih nak support badan dia tak kuat sangat.

2.. Eh, ado no 2 pulak tetiba... Kalau pegi shopping kompleks, Mohd Rafi akan sibuk dukung anak dia. Kalau letak dalam stroler dia yang sibuk tolak. Akak rasa tak pernah lagi akak dukung Pahat bila jalan2. Pastu nanti dia suh akak jalan kat depan dulu mcm org feeling2 nan ado anak.

3. Kalau pegi jalan2 makan, dia akan suruh akak makan dulu. Dia jaga Pahat. Kadang2 akak segan jugak bila time pegi rumah sedara dgn emak mertua akak tetiba akak makan dulu bolehhhh??? Pastu org dah abes makan baru Mohd Rafi tu makan.

4. Akak pegi keje, dia bawak Pahat jalan2 kat Jusco. Bolehhhh??

5. Kat klinik, bila nurse suh bukak baju Pahat, dia yang sibuk2 bukak dengan pakaikan balik. Malu okeh org tengok akak mcm emak yang pemalas je. Pegi jumpa Doctor pon dia sibuk2 nak pegang Pahat... Aiyohhhh!!

Ayat dia bila dengan Pahat, 'Debab ayah ni, debab ayah ni...'
Pastu, 'Pahat ayah ni...Pahat ayah ni...'

Pastu feeling2 tengok muka Pahat senyum2.. Matila bapak syok sendiri mcm nih... Sambil cakap,

'Yang, I tak sangka I boleh hasilkan anak comel mcm nih..'

Matila kannn... Laki kau ado syok sendiri mcm tuh??? nak pitam akak dengar.

Ni bukan entry up kan laki akak tuh, tapi ada kekurangan ada lah jugak kelebihan, mana ada org perfect dalam dunia nih..

Kalau nak husband kaya, kawen dengan Bill Gates baru cara!

Terima je jodoh kita seadanya..

Monday, March 14, 2011

Getting Better..


Pahat dah hampir sihat. Kahak pon ada sikit2 je.. Itupon selepas aku niarapkan dia atas peha sambil tepuk2 belakang dia.

Pastu kahak yang ijau tu keluar through hidung dia. Sambil nanges2 okeh Pahat aku kejekan. Dah tak kira nanges ke tak asalkan dia sehat. Mohd Rafi tukang jadi badut entertain dia yang tengah melalak tuh dan jadik tukang kesat hingus.

alhamdulillah lepas tu dah ok dah dia.

Baby sitter akak cuti 2 hari uolllsss.... Cuti sekolah, baby sitter pon cuti sekali.. Merasa!

So, arini akak cuti jaga Pahat. Esok Mohd Rafi jaga sorang2.. Esok akak ada lab tak boleh nak cuti.. Gasak la Pahat nak menjerit ke melalak ke dengan ayah dia.

Tapi so far, Pahat adelah seorang bayi yang baik. Jaga pon senang.

Pahat esok jangan naughty2 dengan ayah. Ibu koser nak balik rumah kalau ayah call Pahat tengah mengamuk..

Oreo ciskek.



Order dari Habang Azrin. Baked oreo ciskek.

BTW, arini aku EL. Baby sitter Pahat pegi Rompin...

Pahat tido pukul 11 tadi malam. Tension mak.

Saturday, March 12, 2011

Aktiviti merapu...

Kenapa ntah Pahat pakai tudung lagi comel okeh.... Matila..!

Adekah sebab dia takde rambut??

Makcik bedah bolehhhhhh???? Kaki apak tetap enterframe. Kau ado?

Bila dah bosan jadi la mcm nih. Dia dok tarik kain tu ke depan.

Anyway, selepas membaca info2 pasal baby batuk kat internet dan tanya2 org. Akak bawak jugak dia pegi klinik.

Doc check nafas dia kata ada sikit je kat kanan depan. Kiri depan and belakang dia clear.

So, Doc prescribe ubat salbutamol dan cair kahak. Aku tanya, tak payah Neb ke?

Doc kata, tak perlu, sbb sikit je ni. Makan ubat boleh baik. Lagipun Neb tu akan sebabkan jantung dia jadi laju. Dia kata Neb pon pakai ubat yg sama jugak.

So, balik rumah bagi ubat, Doc suh kasik 2.5ml. Aku kasik 1.5ml jah. Terus Pahat lepak.

I guess salbutamol tuh drowsy sikit kot.

So, hopefully dengan ubat ni boleh baik.... Aminnnn..

Bila dah baik Pahat minum susu banyak2 je biarr bam bam.

Musim demam batuk2 selsema..

Pahat adelah demam, sebab emak dia feeling2 lepas inject pegi KLCC tak bagi paracetamol syrup itteeww..

Sebab uollss, masa inject Pahat tuh, dia tak nanges pon jerit pon tidak. Nurse tu siap tanya akak,
'Eh, tak sakit ke budak nih?'

Bolehhh? sebab peha dia tebal kot sbb tu x rasa. Haha

So semalam Pahat demam. Batuk dah kurang sikit tapi kat tekak dia tuh bunyik kahak lagi.

Akak balik kelas nak bawak dia pegi klinik. Bapak dia tak bagi okeh. Dia kata sikit je demam. Keji tak?

Jadi, sebab kahak dia kat tekak, dia x nak susu sangat. Tido siang pon susah. Malam tido ok je.
Tapi asyik merengek+melalak time nak tido..

Akak ingat nak pegi klinik lah suruh sedut kahak dia tuh. Semua klinik ada ke nebulizer tuh? ke hospital je ada?

Akak kasik madu pon tak jalan lah uollss.. Penat akak beli mahal2 kat alamanda tuh. Kesian Pahat nak bernapaas pon susah kahak sekat2 kat tekak.

iklan