Wednesday, March 9, 2011

Bayi perempuan saya

Cilakak blogspot terbalikkan sendiri gambar akak.. motiiipppp??

Comel tak? comel tak??

Sebelum uolls lahar akak... Ni bukan keje akak okeh.. Keje apak dia, sambil berkata:

'Comelnya Pahat pakai tudung!'

Larikkkk!

Baby batuk nak buat apa ha??

Eh sebelum tu, akak baru sedar Pahat dah 5 bulan uollsss semalam. Sorry la debab, omak lupa semalam 8 march.

Pahat batuk teruk okeh. Batuk kokol. Kesian akak tengok dia. Tido pon nanges batuk.

Nak buat cemana eh? kalau pegi klinik pon bukan Doc kasik ubat pon since bawah umur lagi.

Adekah akak tak boleh minum air sejuk? ada kena mengena ke uollllsss???

Tuesday, March 8, 2011

Hati2 sunatkan baby perempuan yeah...

Okeh... Akak punya tutorial math minggu inih adelah agak pening sedikit. Complex z plane. Motippp sejam buat 1 soalan kannnnn????

Okeh... entry hari ini adelah, pasal circumsize atau sunat bayi perempuan.. Akak type dalam melayu supaya omputeh2 tidak membacanya dan melahar akak di kemudian hari..

Tahukah anda, menyunatkan bayi perempuan di UK dan negara barat adelah Illegal ???? Konsepnya sama mcm child abuse okeh.

Adalah akak nih akak gelarkan dia R, baru bersalin kat UK bulan 1 aritu. Secold child. Anak first lelaki, yang second ni perempuan.

So, orang health (ape ntah, motip akak lupa.. kita gelar org health sajork) datang rumah dia untuk check kesihatan dia dan anak mcm tuh.

So, R nih nak balik Malaysia for good this april. So orang health UK tu tanya dia,

Kalau2 dia nak sunantkan atau tak baby pompuan dia tuh.

R tu jawab, dia plan to do it after going back to Malaysia.

Yeah ayat dia adelah 'PLAN TO DO'

Lepas je health visitor tu balik, terus dia kena dakwa okeh. Sebabnya PLAN TO sunatkan anak dia.

Sekarang nih dia tengah prepare lawyer untuk fight case.
Malangnya, tak de lawyer yang berani amek case ittewww...

Worse come to worse, pihak pendakwa dia nak amek anak dia tu dan serahkan kat jabatan kebajikan.

So, sekarang dia tengah kumpul duit untuk fight case.
Eventhough dia nak balik Malaysia for good this april.

May be UK gov ingat kita sunatkan baby pompuan tu mcm org sudan sampai berdarah2 bagai. Sebenarnya sikit je pon.

So, in case you are in other country, be careful.

Monday, March 7, 2011

Project EBM ver 1

Di sebabkann demand Pahat semakin meningkat dan semakin gedik tak nak susu direct BF.

So, akak terpaksa memulakan project EBM ver 1 iaitu konsep mengepump 3 kali sehari kat opis dan 1 sekali dirumah. Maksudnya 4 kali lah kaedahnya.

Jadual pumping akak di opis adelah pukul 10am - 2pm- 4pm. Selalunya akak pump 2 kali 11am-3pm. Dan kat rumah malam atau bangun pagi sekali. Selalunya kat rumah dapat 4 atau 3oz. Kat opis dapat lah pagi2 tu 7oz pastu 4oz~5oz petang. So total lebih kurang 15oz. Kalau Pahat minum 3oz adelah cukup siap buat stok siap buang stok expired feeling2 cuci muka tangan bagai.

Tapi start arini, akak kena pum lebih sbb Pahat minum 4oz sekali. So akak tambah waktu pumping lagi sekali.

Hasil untuk hari inih (3 kali pump):

Lebih kurang 15oz. Kat rumah kang akak kena pump lagi skali. Merasa terpaksa rajin.

Ni untuk self reference akak. Next week nanti akak nak tengok kot2 bertambah ke hasil pump banyak kali nih.

p/s : Comel tak pump akak????

Anak lah anak...

Dulu akak sibuk2 anak akak x nak susu botol kannnn???

Sekarang nih siang2 tak nak direct BF pulak!. Pengsan akak jap..

Aiyohhhh... nak direct BF kena tunggu dia mamai2, paksa sumbat baru dia nak. Kalau kasik botol terus nganga je.....

Pahat, boleh tak jangan bertindak keji begitu?? Motipp lagi sebulan je nak exclusive ko buat hal??

Ni haa... sekarang tido siang nak meniarap sambil hisap jari kaedahnya. Ntah mana skill dia dapat pon akak tak tau..

Kalau susah sangat nak tido akak sumbat dalam buai.

Tapi ado dia nak tido??? Nan ado!! Dia sibuk gelak2 akak buai dia. Keji tau.

Pastu sibuk bergolek2 dalam buai. Last2 akak keluarkan lah uoollss... Biar dia meniarap sambil tertido.

Kalau bawak pegi shopping paling senang. Letak dia dalam stroler sorong la dalam 30 minit. Nanti lama2 dia tido dengan syarat jangan stop sorong dia kaedahnya.

Dia minum susu sekarang tak cukup ye 3oz. Jadi terpaksa la akak dengan rajin mengepump nak cukupkan 4oz kasik kat BS kaedahnya. Dah la direct BF pon kena paksa2..

Cemana nak buat nih??

iklan