Wednesday, February 23, 2011

Kemaruk

Sekarang Pahat adelah kemaruk nak meniarap okeh..

Suruh tido sibuk dia dok pusing2 nak meniarap. Pastu tak reti nak terlentang balik.

So, sebab akak keji. Akak suh Mohd Rafi tido sebelah kiri dia dekat2 dengan badan dia. Sebab Pahat reti meniarap sebelah kiri sajork. Lama2 dia penat trying. Dia tertido sekali.

Tu je entry utk hari ini. Tak memberansangkan langsung kannnn???

Tuesday, February 22, 2011

Feeling2 nak buat business...

Uolllsss... sabtu aritu akak melawat kawan lama akak Hud yang bersalin second child bersama Lyd n family. Pastu tiba sana ajak CW sekali.

Kalau dah emak orang punya perbualan apa lagi mesti la pasal anak.

Akak ngaku, kalau akak kaya akak nak duduk rumah jaga anak akak yang debab tuh.

Pastu akak feeling2 nak homeschool kan Pahat sajork. Sbb akak confident akak boleh ajar dia sampai pandai. **matila kan confident..

Pastu berbual masing pon nak berenti keje buat business part time. Akak feeling2 nak bukak business uollss... Tapi modal ado RM5 sajork. Howww??

Sekarang business kecil-kecilan dulu jah. Akak amek order tiramisu dgn ciskek jah.

Cupcake kalau rajin jah akak buat sbb akak malas nak deko.

Time raya, akak jual kueh raya pulak..

Mashyuk la jugak.

Breastpump review

**** ni akak review breastpump yang akak pernah guna sajork.. Harap maklum.

MUla2 dulu akak guna little bean yang macam nih:

Harga kalau tak less RM249. Kalau biasa kedai jual RM199. Kalau ada diskaun biasanya RM159.

Tapi akak tak galakkan beli pump nih sebab:

1) Bunyik bising nak mati mcm mesin rumput jangan feeling2 nak mengepump diwaktu hening pagi kalau tak nak seisi rumah bangun.
2) Wayar charger adelah pendek menyusahkan kau nak menunduk2 - x berapa selesa.
3) Hasil suction dia tak berapa best.


Sejak 2 bulan lepas aku start guna MIPUMP from The First Year.

Akak punya bukan Double mcm nih, tapi single sajork.
Harga tak offer RM359. Harga offer RM249 -skrg tgh offer kat baby manjaku. Price included - travel bag yang comel, botol storage + feeding, 2 liner , set pump.

Akak suka sekali dengan pump nih sebab:

1) Suction dia best gila. Corong dia lembut lekap kat breast.
2) wayar dia panjang, guna tube - so senang nak gerak2 while pumping.
3) Mesin dia adelah comel. Pastu kecik. Lebih kurang 8cm x 3cm
4) Yang penting mesin ni senyap. Pagi2 buta nak bangun mengepam pon ok jah...

**motiipp masa akak beli nan ado double pump mcm gambar tuh??

Yang tak best:
1) Kepala charger dia tu style US. Pandai2 carik soket yang sesuai kat kedai.

For manual pump akak suka Philip Avent. Sape2 yang gigih guna manual pump boleh beli.

Bye. Nak pegi lab.

Monday, February 21, 2011

Pahat berjaya yeay!!!

Berkat dorongan, sokongan moral, dan juga kata2 perangsang dari ibu dan ayah dia, akhirnya Pahat meniarap jua... **matila kan gembira mcm anak kau menang pertandingan gores dan menang jah..

Suatu pagi yang indah, hari sabtu ketika Pahat sedang mengiring. Ayah dia tepuk2 bontot dia.

'Cepat pahat! Meniarap'

Tapi nan ado Pahat meniarap uollss.. Dia terlentang balik kaedahnya nak angkat kepala dia berat sangat.

Pastu ayah dia ' Ala...Pahat ni malas lah.. kepala berat sangat..'

Pastu terus Pahat try lagi skali dan berjaya meniarap. Terus Mohd Rafi jerit panggil akak. Motipppp sangat kan??

so, akak pon cakai henpon amek gambo step by step walaupon gambar blur kaedahnya asal ado sudahhhh.

Ini dia baby comel yang berjaya meniarap. Yeay!!!

Kalau uolls perasan kat belakng Pahat tu ada lembaga gelap disitu adelah laki akak. Kalau uolls tak perasan akak faham, color dia dah nak sebati dengan background.. Matila nurakah!!

p/S : Baby sitter call kata telinga Pahat berdarah. Teling Pahat tu mcm ada bernanah. Dah letak ubat kejap je baik. Tension betul.

Sunday, February 20, 2011

Photoshoot Give Away!!

Korang nak berphotoshoot secara FREE mcm akak?? **matila akak mmg suka benda free uollsss...

Nak? Nak??

Meh sini akak war-war kan yang zacheryart. Atau pemiliknya Puan Kher secara baik hatinya telah membuat satu give away photoshoot free..!
Sape yang ada baby or nak amek gambar family boleh join give away nih.

Cara2 nya:

1. Copy banner yang ada muka akak yang chantek tu kat blog uollsss..

2. Lengkapkan ayat inih :
saya nak menang mrs zach's first give away kerana.....(tidak lebih 200 patah perkataan". kalau korang ada blog, tulis dalam blog korang benda alah ni. kalau takde, buat kat ruangan komen.

contoh akak : saya nak menang mrs zach's first give away kerana saya nak pose2 macam america's next top model***sambil lambai2 Tyra.

3. Jadi Folllower blog puan kher di sinih:

http://umyraepisode.blogspot.com/

4. Tinggalkan comment kat entry blog beliau.

Sekian sahaja dari akak. Sila hebahkan ke orang lain okeh.

iklan