Sunday, February 13, 2011

Rezeki terperuk

Ingat tak tahun 2009 aritu Mohd Rafi ado bagi hadiah seluar jeans kat akak. Pastu kan akak pregnant taun lepas jadi nan ado la pakai seluar tuh.

Akak kira2 ado setahun tak pakai.

Sebab akak feeling2 akak dah kurus. Semalam akak try lah.

Ternyata akak dah kurus walaupon hakikatnya perut akak sangat sedih!!.. **akak tak pakai korset popular itteww ye uollss... **mati aku kena maki ni kang.

Pastu akak seluk poket, tetiba ada duet uolllllssss!!

RM60. Akak girang sekali sambil menggeleng2 kepala tanda tidak percaya. **matila kau ayat..

Terus akak siap2 pakai seluar ittew pegi carefour beli barang dapur. Abes duet akak RM75. Tetiba lebih lak.

p/s : Uollss minum air f&n kurma+longan tu berkesan tak? Akak minum jadi berak2 uollsss... Howww?

Friday, February 11, 2011

Siapa kalah kena la belanja.

Aritu akak bet (eja salah) dengan Mat Rapi.

-TEKA BERAT PAHAT BULAN INI-

Mat Rapi teka 8kg. Alasan : I yang dokong dia hari2. I tau la berat dia dah 8kg.

Akak teka 7.8kg. Alasan : Elleh... I yang susukan dia. I tau la dia minum banyak mana.

So, kitorang bet sape kalah belanja makan.

Jadi Mat Rapi kalah. So akak paksa dia belanja makan di Half Moon yang dekat South City tuh.




Yang atas tu akak makan ROyal Chicken. Aritu akak makan royal lamb sedap.

Henpon berskrin ijau zaman batu tu adelah enpon akak. Sedih tak??
Akak suka tau enpon tu. Konsepnya baling pon tak rosak okeh. Iphone ado??
Henpon akak ada lampu picit. Henpon uollls ado?

Taste wise boleh la. Akak bukan peminat makanan arab pon. Sbenarnya akak nak makan lamb kebab tapi 'not ready' katanya.

Potion dia memang banyak gilo. Boleh share 2 orang kalau tak mampu.. **matila ayat tak mampu kannn??

Satu pinggan tu RM13. Tapi juice dia memang terbaik. Mohd Rafi order mango juice memang dia blend mangga betul. Campur air pon sikit je. Pekat gilaa. Juice RM5..

Akak feeling2 order Barbican. Tapi bau dia mcm arak, so akak tak minum. Akak tukar dengan Mat Rapi. Akak telan mango juice dia.

Eh, cemana akak tau bau arak? Dulu akak keje supermarket bertajuk 'Sainsburry' ramaila pemabuk2 yg datang beli arak kalau malam2 tuh. Bau busuk gila lah.

Selamat bercuti esok! **eh, tetiba boleh???

p/s : CD owner + cik lee : Datang rumah aku ari ahad boleh. Tolong master mak. Nanti mak masak sedap2..

Tuduhan2 palsu ketika check up.

Tajuk propah katanya..

Semalam akak pegi check up Pahat. Tetiba semalam ramai orang pulak. Jadi ramai la orang sibuk2 tanya sesama sendiri 'Anak berapa bulan? berapa kg?'

Tiba time Pahat semua orang kagum okeh.

'4 bulan mcm ni? Semangatnyaaa!'

Yang paling akak tak tahan ialah nurse kat situ.

Nurse : Berapa bulan ni?

Akak : 4 bulan

Nurse tu tengok Pahat. 'Semangatnyaa. Awak bagi makan ke?'

Akak : Tak lah. Saya bagi susu je.

Nurse : Bagi susu formula ke?

Akak : Tak. Saya breastfeed je.

Pastu nurse tu tengok carta dia lahir. 'Eh, dia lahir tak la besar. 3 kilo je'

Lepas tu akak terus kena interview okeh. Dia tanya akak makan apa. Minum susu ke. Ada makan suppliment ke.
Pastu dia tanya balik, ada bagi makan ke tak. Pastu dia tanya perah susu lah.

Last2 dia cakap , 'Berjaya awak breastfeed kan anak awak. Bukan senang nak breastfeed nih. Kena sabar. Jangan bagi makan sbelum 6 bulan ye?'

Gituuuuuu kannnn???

FYI, akak makan mcm biasa. Semua akak telan. Suppliment akak nan ado makan. Susu jua akak nan ado minum. Susu formula akak tak pernah bagi kat Pahat walau setitik pon. Kasik makan lagi la tak pernah. Motippp sangat fitnah akak kasik Pahat makan tau.

Tapi akak minum air banyak. Pastu hari2 minum milo time breakfast. Malam minum holick. Air teh and coffee tak minum (tapi kalau pegi rumah orang hidangkan air tu terpaksa jugak minum).

Akak pump pon pukul 7 am kalau breast bengkak. Pukul 11 atau 12 . Dan antara pukul 3 hingga 4 ptg tu tengok waktu mana yg tak sibuk.

FYI jugak berat Pahat bulan ni nan ado naik sangat pon. Panjang dia lagi la tak naik langsung. Terus akak sedih. Tapi cemana ntah kat klinik tuh semuua org kagum tengok ke'semangat'an Pahat.


Ha. Ni carta berat dia dari lahir. Nampak tak dia carta tu dah tak ikut line dia sepatutnya. Bulan ni berat dia cuma 7.75kg sajork.



Ni carta panjang yang lagi merepek akak rasa. Nasib baik bulan ni tak naik langsung panjang dia. Kalau tak, dah nak masuk ke line baby yang lahir 55cm. Padahal dia lahir 49cm je.

Syukur, Pahat mem'BESAR' dengan jayanya dengan susu akak nih uollss.. Jimat duet akak. Walaupon akak sedih bulan nih berat Pahat naik sikit jah. Paling sedih tinggi dia nan ado naik langsung.

Thursday, February 10, 2011

Banyak2 upload.

Eh entry semalam memang keji sikit.

Entry arini sempena kejap lagi nak pegi check up Pahat.

Pahat sekarang suka bercakap dengan langsir okeh. Kadang time malam seram pon ado tiba2 dia bercakap dengan langsir.

Mula2 baik je tangan kat dada.

Lama2 tu diahhh... isap jari. Ntah rasa coklat ke apa jari dia tuh. Yang akak geram tu time breastfeed pon sibuk nak masukkan jari dia. Motipppp?? Dia ingat jari dia tu setaraf kah dengan breast akak??


Ketawa mengekek time bapak dia agah semalam. Yang coklat2 tempat Pahat bersandar tu bukan kayu ye uollssss... Itu kaki Laki akak. Motippp akak mms gambar ni kat adik akak dia boleh tanya:
' Yang coklat tu kerusi baru eh?'

Keji sangat soalan kan? Sentap tau.

Akak dah 3 hari okeh puasa cium Pahat. Sebab akak selsema+batuk kokol. Kang jangkit sia2 hidup akak.

Dah. Nak pegi klinik.

Cepat teka berat Pahat 4 bulan berapa. Hadiah misteri menanti anda!!

Wednesday, February 9, 2011

Entry Paksaan..

Boleh gitu entry terpaksa katanya:

Nah! Happy 4th year birthday CD Owner!

iklan