Tuesday, January 18, 2011

Macam2 pe'el nya..

Akak nak pengsan kejap..

Biasala Farhat kan x nak botol sangat. BF pon sekarang kalau dia kenyang dia tak nak. Dulu main nganga je, sekarang tidak lagi okeh.

BF pon nak sebelah KANAN dan nak BARING sahaja. Kau tak pengsan???

Pastu untuk kosong kan yang belah kiri punya pon aku terpaksa bagi dari sebelah kanan juga. Sila bayangkan sendiri bagaimana hodohnya posisi aku menyusukan Pahat tuh.

Padahal rasa sama je kanan ke kiri pon. Bila aku susukan dia dari posisi kanan baru la dia nak.

Disebabkan siang dengan babysitter tu dia x nak susu sangat, jadi malam terpaksala juga aku berjaga 2-4 jam sekali susukan dia. Supaya siang tu dia tak lapar sangat.

Nanti kalau kurus kan dah tak comel.. Kan? Kan??

Aku mula2 ingat nak pegi beli puting arini. Tapi BA weh, aku baca kisah M, terus tobat plak aku..

Gasak ko la Pahat nak isap jari ke apa...

Cerita pasal Babysitter Pahat, so far Alhamdulillah.. akak tu ok. Rumah pon bersih dan kemas gila okeh. Kalah rumah aku yang anak sorang nih. Dia jaga pon 3 orang je. 2 orang tu dekat 2 tahun dah, dengan baby Pahat.

Sebab Pahat sorang kat situ, jadi dia suka lah semua orang dok agah2 main2 dengan dia.

Tapi still, aku rasa guilty gila kena hantar dia pegi rumah Babysitter okeh. Rasa mcm aku tak memberi kasih sayang sepenuhnya. Pycho ke ape ntah..

Sunday, January 16, 2011

Dah pandai hisap jari sampai susu pon tak nak..

**ha tu tido selepas stim isap jari.

Ibu2 sekalian... ada tak anak uolss dok ralit isap jari sampai tak nak susu?

Farhat nih start last week dah pandai isap jari. Minggu lepas tak la terukk sangat sebab dia still nak susu lagi. Minggu nih susu tak nak langsung okeh. Direct BF taknak botol apetah lagi.

Nak menyusu pon kena paksa pegang kepala dia atau time dia tido sbb masa tu dia tak sedar. Time dia sedar meraung2 melalak2 nak suruh menyusu. Tapi kalau siang, dia rela isap jari dia kalau lapar dari menyusu.

Akak dah try pakaikan sarung tangan, dia sibuk isap sarung tangan tu pulak..

Adoii... cemana nak buat uollsss? Kalau mcm ni haruslah pengeluaran susu akak terbantut dan yang penting akak tak nakla berat Pahat tuh turun nanti.

Ada kawan akak cadangkan start bagi dia makan which akak rasa ridiculous untuk baby 3 bulan dan masih belum pandai meniarap.

Tolong uollss... ada tak benda pahit2 yang boleh akak sapu kat jari dia supaya dia tak isap jari??

Friday, January 14, 2011

Adekah anak akak obese??

Uollss semua, semalam akak check up Pahat 3 bulan.

Berat dia 7.3kg
Panjang dia 66cm
BMI dia 17.

Bila akak bgtau berat anak akak 7.3kg 3 bulan semua orang terperanjat uollss... Lalu bertanya:

'Tak obese ke tu?'

'Nurse tak marah ke'



Tapi kan uollss... memang dia berat okeh tapi nan tengok takde la gemok sangat. ke akak yang suka feeling2 anak akak tak cukup makan??

Sekarang ni dia suka isap jari okeh. Pastu bila nak bagi susu suka nak main2 dulu.

Ni gambar paling latest. last week kot. Sbb skrg ni akak dah feeling2 malas amek gambor dia sbb sama jah.

..boleh tak sambung esok entry nih?

Wednesday, January 12, 2011

oh...ampunkan akak okeh...

Arini akak mcm tak cukup kaki berjalan okeh..

Pagi2 bangun breast bengkak.

Nak pump sekali je Breastpump rosak!!

Pastu bagi kat Pahat dia tak nak okeh.

Penat akak pujuk2 + paksa bagi direct tapi dia tak nak okeh.

Ok. Takpe tak bengkak sangat. Pegi opis dulu.

Pukul 11 dah tak tahan breast bengkak gila. Rasa berat je. Pegi puchong. Dua kali salah masuk jalan kena uturn. Macam haram sungguh.

Sekali je sampai sana tak de manual breastpump. HAMPEH!

Pegi IOI lah sebab terdekat. Sebab akak kedekut. Akak feeling2 beli paling murah iaitu Pureen.

Masuk feeding room kat jusco tuh. Konon2 nak pump sikit bagi keluar just nak legakan breast je. Tapi ado??? Bagai nak gila akak pump okeh.. NAN ADO..

Last2 nekad picit guna tangan. Dapatla 2oz. Asalkan lega breast kaedahnya. Tapi untuk kegunaan harian tak kan nak memicit je kaedahnya..

Pegi Bangi pulak nak beli Specra3. Tapi kedai MAnjaku tu Nan ado pulak stok spectra3... Hangennya akak okeh..

Motippp apakah dosa2 akak mendapat hari yang sungguh bad hair day??

Last2 sebab akak desperate. Akak amek pump elektrik yang paling murah iaitu the First Year. Dia kata kat situ Profesional gred. Ntah ye ntah tidak.

Pump little bean akak tuh ada warranty tapi tertinggal kat kampung pulak. Moga2 emak aku yang suka mengemas tu tak bakar kotak breastpump tuh.

Bawak balik pump tu sebab kenala basuh dulu sebelum guna betul tak. Nak strelize bagai lagi. Sampai rumah campak semua benda, bukak kotak tengok charger dia style korea okeh. Pengsan akak kejap.

Last2 pukul 4 baru siap mengepam sepanjang hari tu akak tahan breast sakit.. Aiyohhhh!!

Pastu sambung balik pegi opis sebab keje akak banyak tak siap. Dan sambung balik kat rumah ni haaa...

Haaa... Nak pengsan kejap.

Tuesday, January 11, 2011

Masa berlari-lari tak sempat ku kejar..

Ada anak ni kan, pegi2 nak brekfast pon tak sempat. Apetah lagi feeling2 nak mekap smokey eyes bagai..

Apetah lagi sem nih kena siapkan writing, pastu lab sheet kena buat, ajar lab, tutorial math. Balik tidokan si Debab Farhat tuh tak tido2 jugak. Sudahnya pukul 10 baru tido.

X de la aku nak feeling2 bawak keje opis balik rumah. Dulu boleh la.. sekarang nih harammmm sangatss buat penat bawak beg berat2 balik jah. Dengan aku aku sekali tido pukul 10.
Ntah penat kenapa ntah.

Fb and blog lagi lah time sempat je bukak.

Gambar bulan lepas masa cukur jambul Farhat. Rambut seciput pon akak cukur jugakla uollss..
Mula2 dia sengih2 ketawa2 masa cukur jambul. Bila dah lama sangat dah boring, sibuk pulak eh..eh... nak nanges.

Pemegang adelah Mohd Rafi. Pencukur adelah Pak Long dia.

Alhamdulillah Pahat dah 3 bulan dah. Khamis nih check up. Khamis ni jugak aku ada kelas pukul 8 pagi.. mampos!

iklan