Friday, October 8, 2010

Introducing.... Muhamad Rossiuddin Farhat


Born 8/10/10 via normal delivery.
3.04kg
49cm

kalau korang tanya akak pengalaman bersalin, akak rasa mcm itulah first and last akak nak bersalin.. Serious weh..

Nih bekas jahitan kat bawah tu saket nak mamp*s!!

Yey Ilot dah beranak...

Sorry aku tak reti nak berblog2 ni tapi the good news is

ILOT DAH BERSALIN pada hari Jumaat 8.10.2010 tepat pada pukul 2.oo pagi.

Yey!!!

Detail ibu - sihat je

Detail anak - 3.04kg
Nama - Mohd Rafi Jr.


Sekian buat masa ini....

Thursday, October 7, 2010

On contraction....

Akak nak bagitau yang akak confuse dengan rasa contraction.

Tadi pegi jumpa Doctor purposely nak mintak MC. Sebab darah akak masih keluar dan akak sakit perut rasa mcm nak period.

Pastu Doc tu kata nak buat VE terus akak jerit tak nak sbb sakit uollls.. Pastu Doc tu check perut tekan2 sajork.

Pastu dia kata dia tak berani bagi aku MC sbb dia kata aku dah nak bersalin sangat dah tinggal tunggu masa je. Dia suspect akak bersalin petang nih.

Terus akak cuak uolls...

Alamak, sambung lain kali.. Akak sakit perut!

Darah sebelum bersalin..

Mula2 akak sangat confuse. Darah sikit2 yang keluar nih adekah darah HAID atau WILADAH atau NIFAS?

SO Perlu atau tidak solat???

Akak jumpa jawapannya disini:

http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/05/22/status-darah-sebelum-bersalin/

Kita ikut Mazhab Syafi'e kan?? So, darah tu diconsider as darah haid. Jadi tak perlu solat.

Akak rasa takut nak bersalin nih.. Akak takut sakit. Howw???

Sekarang nih jangan harap la dapat tido dengan nyenyak okeh. Tido pukul 3 pagi. Pastu asik terjaga. Lepas subuh dah tak boleh tido balik. Pastu pukul 8 mcm tuh ngantok pulak.

Wednesday, October 6, 2010

Update Hari ini.....

Arini still keluar darah+lendir tapi sikit2 je.

Ramai orang kata dah nak dekat dah kalau mcm tuh.

Semalam mak akak dengan mak mertua datang dari johor. Mak akak kata perut akak dah turun bawah sangat dah. Tunggu hari je.

Akak ada perasaan cuak dengan contraction. Takut sakit uolllsss....

Dah la masa kena seluk semalam pun akak dah trauma.

Arini secara tak sedar diri akak paksa Mohd Rafi beratur kat burger king untuk burger RM1..

Puas hati akak dapat burger black pepper RM1 sbb whopper dah abes.

Ok. Sila nantikan update selanjutnya....

iklan