Friday, June 25, 2010

Update lagi dan lagi..! @24 weeks.

Frust sbb x boleh check up arini. So akak tepek gambar perut hari ini lah yek. Cukup 24 minggu. Ticker tuh adelah lembab nak update pastu lambat sehari. Akak ikut kiraan doctor la uollss..

Gambar dalam opis lepas bangun tido...Opppppssss!! Ntah kenapa makan nasik lemak je mesti ngantok.

Diam kau Cik Lee dan Cik Sha. Mak tau uolls bakal nak cakap mak propah dan sememangnya suka tido... Haha.

Nak citer pasal world cup nih uolllsss... Akak pose2 message Mohd Rafi bagitau akak sokong Portugal sbb Ronaldo seksi..
Pastu laki akak balas 'I x seksi ke?'

Akak pose2 jujur jawab ' X sgt. Ronaldo lagi seksi'

Dia reply 'Mmmm..'

Adekah bermaksud sentap dengan jawapan akak???

Ilot di Pagi Jumaat : Edisi sentap lite2..

Uolls... Akak dengan vangganya bangun pagi2. Breakfast. Makan acid folic n Iberet folic.

Amek buku merah pegi klinik.

Sexcited nak pegi check up 6 bulan la kaedahnya..

Sampai sana, budak yg jaga kaunter tuh bagitau:

'Doctor Rahaya xde. Cuti. Datang next week lah. Hari selasa'

Keji tau uolllss... Akak dah buat appointment 25/6 sekali je dia cuti daaa...

Tapi akak pon confuse jugak sebenarnya, selalunya check up appointment hari khamis. Tetiba bulan ni dia letak ari jumaat. Sah lah, Doctor Rahaya salah tengok kalendar.

So akak terus sentap lite2.... frust x dapat tengok baby arinih..

Terus pegi beli nasik lemak kerang bawah pokok tuh. Dia letak kerang sebeban sbb nak abeskan stock katanya.
Padahal akak nih bukanlah suka sangat makan kerang. Akak pose2 makan kerang sbb nak naikkan HB sajork..

Arini akak gantung kuali periuk kat rumah. Nan ado bawak bekal. Nan ado masak. Sbb ptg ni nak balik kampung takut x abes lauk2 ittew..

So, uolls semua x payah check blog inih (**pose popular) selama 4 hari kaedahnya....!

Selamat Bercuti!!!!!!!!!!!!

Thursday, June 24, 2010

Wow!! Hebat...hebat....sambil tepuk tangan...

Update pagi dimulakan dengan berita Ariel Peterpon.

Hebat gila uollsss... Polis jumpa 32 video, 4 daripada tu adelah video dgn lelaki. Howwwww???

Memang stock semua dia sapu uolllsss asalkan boleh bayar bil air kaedahnya...

Lagi hebat okeh dari Tiger Wood. Kau ado Tiger Wood scandal dengan 32 org??

Yang akak heran tuh, dah buat scandal tu dah la.. Yang pegi rakam tu nak buat hape kejadahnya??

Nak feeling2 syok sendiri kah tengok aksi sendiri???

Aiyohhh...pengsan akak mcm nih!! Terus akak feeling2 geli nak nyanyi lagu peterpan di karaoke.. Cemana tuh?? Padahal dulu menjadi pujaan.. Kan CD Owner kannnn???

SUMBER KLIK SINI!
____________________________________
Lepas tu kan uollss... akak nak tergelak dengan gossip Fasha Panda tuh.
Paling best akak rasa statement Almy Nadia :

"Saya tidak kenal Tizz dan tidak pernah berjumpa dengannya. Saya kenal dia pun sebab kontroversi ini tapi saya tidak mahu komen tentang dia.

"Pada saya buat apa mencampuri urusan mereka. Mereka bergaduh berebut lelaki, kenapa nak mengaitkan saya dan Fizz dalam hal ini?" soalnya yang terkilan dengan kontroversi tersebut.

Tak ke kau sentap kalau jadi Fasha Panda tu kalau baca statement tu???

_____________________________

Yang ke 2, dah 2 hari akak bangun tido kaki cramp. Tapi sebab susah nak tarikh ibu jari kaki sendiri. Akak feeling2 biarkan je sampai hilang sendiri.

Mohd Rafi ade ke suruh gesel ibu jari kaki kat meja solek. Takde maknanya!!!

Esok ada check up 6 bulan dan juga balik johor naik flight. Hahahaha.. Tak sabar!!

Wednesday, June 23, 2010

per'KEMBANG'an~~!

Lihat secara clockwise. Baju hitam tu adelah ketika 19 minggu. Yang paling recent(Gemok) baju kuning 23 minggu.

Walaupon sebulan je, banyak gila perubahan dalam perut. Kagum sebentar dengan anugerah tuhan.

Tapi perut akak masih dalam kategori comel gituuuu...

Nih akak nak citer pasal adik akak Tipot yang pregnant 4 bulan setengah tuh.
Semalam dia ada check up. Pastu lepas check up tuh dia pose2 call mak akak. Mak akak pon haruslah call akak..

Sejak dia pregnant, berat dia bukan makin naik. Tapi makin turun ye.. Dari 48kg, ke 46kg, skrg nih 45kg. Kau ado mcm tuh??

Haruss lah dia kena marah dengan mak akak sbb x nak makan segala.
Pastu HB dia turun dari 12 ke 11.6 ke 9.7, Mak akak pon membebel la dengan segala petir sambar menyambar...

Walaupon HB akak lagi teruk sebenarnya. Haha..Akak punya 9.3 sajork. Tapi akak makan ubat okeh. Adik akak tuh nan ado makan ubat.
Padahal bila orang sediakan makanan, sedap je dia makan. Bila duduk rumah sendiri malas kaedahnya nak masak.

Harusslah mak akak bising. Nasib baik berat akak nan ado turun walaupon nan ado lah naik.

Sekarang nih sbb berat dia asik turun je, Doctor suruh dia check up every 2 weeks. Rasainn laki dia cuti 2 minggu sekali hantar dia pegi klinik kaedahnya...

Pengsan mcm nih....!

Tuesday, June 22, 2010

Mari makan!!!!!!!!!!!!

Berikut adelah makanan2 yang wujud dalam opis akak:

1. wafer music tuh dah nak tinggal suku padahal baru beli semalam.

2. Kismis Tok guru (tak ori. Salah beli dan banyak bijik. Benci aku.). Sbb Mohd Rafi suruh makan sbb dia terpedaya kata2 Cik Lee yang makan kismis bagus time pregnant.

3. Nesvita 3 in 1 incase x sempat breakfast dirumah.

4. Biskut tiger. Last choice kalau lapar. Sbb aku x suka makan biskut pon.

5. Jajan cikedis -Dah 2 bulan x abes2 lagi

6. Asam janggut - Makan time boring.

Aku rasa bulan nih berat aku bakal mencanak-canak naik. Agak2 mesti lebih 3 kilo.. Xpe la kannn, naik untuk bulan lepas yang berat aku x naik sekali tu. Bolehhhhh kira mcm tu???

Sape yang paling happy bila aku gemok?? Mohd Rafi okeh. Dia kata 'xpe la... untuk baby..'
Mohd Rafi suka gila lah tiap kali balik rasa perut akak baby tendang2. Pastu siap dekatkan telinga kat perut. Ntah dengar bunyi apa akak nak ado tau.. Kalau ado stetoskop(cemana ntah eja dia) boleh jugak dengar sendiri.

Akak risau la jugak berat naik mendadak nih. Kang kena minom air gula pulak. Baik2 aku terselamat dari minum karang jadi pemecah tradisi record pregnant tanpa minum air gula family akak kang.. Kau ado record mcm tuh???

Lagi satu akak risau nanti muncol pulak strecth mark kalau berat naik mendadak. So far "BELOM" keluar lagi. Tak bermakna "TIDAK" okeh.

Kaki pon 'BELOM' bengkak lagi. X tau lah berapa bulan baru bengkak. Errr... korang berapa bulan baru bengkak??

Lepas makan perut rasa SENAK dan KETAT. Pastu nak bernafas susah. Jalan slow dah tak boleh laju2 mcm dulu.

Esok lah akak update per'KEMBANG'an badan dalam masa sebulan nih..! Nak baca journal pulak. Kang tak siap thesis aku before bersalin.

p/s ; Alhamdulillahh kontrak sambung lg. Dah keluar kat system.
p/s/s ; rasa mcm nak minum nescafe lah.

iklan