Monday, June 21, 2010

Budak sekolah mana ntah nih??

Imej terbaru Mohd Rafi. Jangan komplen gambar gelap uollsss... Dah laki akak memang gelap nak buat cemana.. Tak koser akak nak photoshop bagai cerahkan.

Pengsan akak tengok. Dah macam budak samseng sekolah menengah ke ape ntah. Ntah dia feeling2 apa ntah masa potong rambut tu agaknya..

Hobi akak skrg nih ade mencekik... Skrg nih pon tgh makan biskut wafer music tu ha..

Kalau kat rumah keje aku makan ice cream mat kool..

Kejap lagi balik akak pose2 nak buat ais krim malaysia lah.. Sbb nak pose2 berjimat katanya..

:- Siapa2 yang balik johor atau ada kat johor sila lah datang kenduri lenggang perut yang sebenarnya kenduri kesyukuran kat rumah mertua akak di Felda Sg Mas.

p/s : Baju kurung ada 2 3 helai yang dah x muat.

Bye!

Sunday, June 20, 2010

It's not a big deal...

Akak rasa mcm kes Saiful Apek dadah mcm diexagerate kan oleh sesetangah pihak.

40g je pon jumpa. Bukan 400g pon. Not likely kes benjy lah.. Yang tu mmg kes besar. I think 40g still boleh forgiven lah..

Lagipon, dia bukan ada susahkan sesape dgn benda tuh unlike Fasha Panda yg suka buat kontroversi bukan2 melibatkan orang lain gituhhh..

And kes sultan brunei ceraikan Azrinaz tuh. Dalam blog gossip jadi ntah hape2.. Last2 bergaduh pulak pengomen2 malaysia dan Brunei pasal negara.

Ape kejadahnya?? Mcm dah xde keje lain lah diorang nih..

_______________________________

And semalam mak mertua akak call. Dia kata dia nak jahitkan bedung n barut baby. Sebab aritu masa Mohd Rafi datang akak suruh dia bawak balik kain2 yang akak beli tu. Sbb igtkan next week balik nak jahit sendiri je.

Sekali je semalam mak mertua akak volunteer nak jahitkan. Tugak mak aku pulak buat bengkung aku lepas bersalin nanti. Akak aku ada bengkung modern tuh, tapi aku tengok mcm x berkesan je... Aku rela pakai bengkung traditional walaupon kena lilit2 sambit ikat tiang.

Oh, 4 meter kain diperlukan untuk buat bengkung traditional. Akak beli color pink. Hahaha...

Aku ingat nak beli diaper bag color pink. Melampau tak agak2?? Ala..mmgla baby boy, tapi bukan dia pon yg galas beg tuh.. Kan mak dia.. So x kisah lah kan beli beg pink..

Lupa nak cakap, selimut baby pon aku beli kain kapas jahit sendiri.

Akak kan pose verangan nak DIY... Nasib baik mak mertua akak dan mak akak dua2 tukang jahit.

Okeh. Nak gi makan ais krim mat kool.

Saturday, June 19, 2010

Perempuan yang perasan gemuk atau memang gemok.

Nampak ticker tuh? Dah 23 weeks okeh. Tak lama lagi dah masuk 3rd trimister.

Eh, lupa nak cakap. Mohd Rafi dah balik Johor semula. Dia datang sehari je. Naik moto dari Johor. Abeslah dia pulas minyak nak bagi laju.

Mohd Rafi ada imej baru. Nanti lah akak upload gambar.

Aku rasa aku dah gemok. Aku rasa perut aku setiap minggu semakin besar. Mohd Rafi kata perut aku dah menenggelami breast aku. Bolehh mcm tuh??


Mcm biasa gambar di lokasi yg sama. Tetaapppp pintu toilet terbukak. Ape nak jadi nih??? isk..isk..

Uolls x rasa akak dah gemok ke uolllsss???

Xpelah, at least bulan nih punya check up berat akak bakal naik x macam bulan lepas. Sekilo pon x naik.

Nantilah akak buat perbanding dengan gambar2 minggu lepas..

Friday, June 18, 2010

Suprise!!!

Akak tengah masak lontong semalam. Tiba2 Mohd Rafi call. Akak ingat nak bagitau dia x jadi datang.

Tapi...

Nak bagitau dia dah kat Bangi.

Rumah bersepah uolllss... Tapi motiff akak nak kemas pon x sempat. Akak pose2 sambung masak lah...

Pastu dia sampai2 (naik moto).. terus membebel sambil kemas meja. Pastu menyapu satu rumah. Laki kau ado balik2 menyapu sampah???

Tapi sebab telinga akak dah kebal. Akak pon buat tak kisah sajork sambil sambung masak. Motiff akak dah lapar dan puasa sibuk nak mengemas?? Haruslah makan lagi penting uollsss...

Tapi akak pegi Jalan Sentul. Mohd Rafi nak beli barang Motor. Akak nak terkencing. Pastu akak drop je Mohd Rafi kat situ dan pegi Esso depan.

Sekali je jalan sehala uollss kat situ. Howw akak nak patah balik??

Akak main jalan sajork dan akak sesat. Akak call CD Owner nan ado angkat. Akak call Cik Lee pon sama.

Sekali je tetiba akak masuk Lebuh Mehameru. Tetiba sampai Tugu Negara. Cemana tuh? Padahal tugu negarra ittew akak x pernah jejak pon.

Call Filla pulak. Filla suruh masuk Jalan Kuching. Tapi akak termasuk Jalan Raja Laut.

Uollss tak rasa mcm nak maki diri sendiri kah??? Tetiba akak sesat sampai ke Pudu pulak??

Motifffffffffffffffff??????

Mohd Rafi dah calling2 akak tanya kat mana. Mula2 akak tipu cakap jalan jam. Pastu akak bgtau akak sesat. Haruss lah dia bising uolllsss...

Selepas sejam setengah pusing2 jalan KL ittew. Dan mengabiskan minyak kereta, baru lah akak jumpa Jalan Sentul.

Keeejihhhhhh!!!!!!!!!!!

Thursday, June 17, 2010

Janji manismu.....

Mohd Rafi kata nak datang tapi nan ado tanda2 nak datang pon.. Keji tau...

I have some good news today:

1. Kawan akak yang sopan santun akan bertunang next week. Tapi akak nan ado boleh datang sebab next week juga akak ada kenduri lenggang perut (bukan lenggang perut pon.. tapi lebih kurang kenduri kesyukuran sajorkkk) kat rumah mak mertua akak. Ye, rumah mak mertua akak bukan rumah mak akak.

Mak akak mula2 nak buat saing dengan adik akak yang gedik tuh. Tapi dah mak mertua akak offer diri dia pon ok sajork sbb boleh jimat duit katanya.. Haha..

2. Writing chapter 1 dah siap. Tapi on paper lah. Belum type balik. Chapter methodology in progress!

okeh..tu jah good news for today!
_______________________________________________

Esok 23 weeks. Yeay!!... Next week check up sorang2 setelah 5 bulan check up akak paksa Mohd Rafi temankan.
Nama baby dah ada. Untuk lelaki dan pompuan. In case tetiba scan balik jantina girl pulak ke..

Combination of initials R and F. R tu sbb Rafi. F tu nama akak lah Fa*ilah...**mati aku kalau ada student google nama aku.

Tapi gaduh dulu okeh baru dapat nama tuh. Motifff Mohd Rafi nak anak dia semua ada R kat depan?? Abes akak yang mengandungkan nih xde nama lah?? Chantek sangat kann??

So, we settled with Mohd R F la mcm tuh... Walaupon aku tetap x puas hati sebab R ittew didepan. Tapi pasrah jah uollssss...

Yelah uollss.. dia nak ikut mcm family dia semua guna huruf R didepan. Pastu family akak nama kan caca merba, widahwati, herman, Fa*ilah, sarypah dan sebagainya..

Pastu motifff nak ikut family dia jah??
Akak nak letak nama khawarizmi tau uollsss tp dia x bagi sbb 'K' di depan ittewww... Keji sangatlah...

Tu lah dia uolllsss... Pasal nama pon boleh gaduh okeh.. Tapi xde lah sampai baling2 pinggan ke hape.. Campak2 henpon ke hape...

Yang penting... akak panggil dia tetap dengan nama F di belakang.. Boleh??? Baby suka je kan??

iklan