Serious weh penat gila dah nih. Hari pegi opis pon mata layu je..
Penat rewang sekali dengan org kampung and sedara aku uruskan wedding adik aku yang Tipot ittew. Yang gedik nikah bulan masa puasa aritu kaedahnya..
Akak ni uollss sibuk la masukkan telur dalam bunga pahar. Pegi siapkkan hantaran dia. Pastu tolong masak tengah hari dan malam untuk orang yang datang rewang.
Pastu time pakcik akak yang head chef Ilham Resort tuh masak makanan pengantin akak pon sibuk2 la kat situ. Dapat jugak akak makan udang goreng nestum dgn ikan siakap sweet sour.
Kaki akak nih dah rasa mcm nak terchabut okeh. Keje duduk bangun pastu jalan keluar tengok apa yang kena tolong lagi..
Menu pada hari kenduri ialah lauk kampung..
Nasi putih
Ikan keli pecal (Pecal nih maksudnya mcm siram la.. jangan samakan kuah dia dgn kuah sayur pecal tu pulak)
ayam masak kicap
sayur lemak nangka
asam rebus batang keladisayur pecal
Urap
ikan masin bulu ayam
and tahu panas
Ikan keli dengan asam rebus keladi tu awal2 dah abes. Asam rebus batang keladi tu memang sedap gila mak mertua akak masak. Sorry laa ye, akak nan ado mintak resepi.
Tapi akak tau petua dia nak ilangkan gatal batang keladi tuh dia letak batang pisang sikit masa masak.
Ikan keli tu di basuh 3 kali sampai hilang hanyir. Memang x hanyir langsung. Orang yang x makan ikan keli pon sibuk jugak pegi mangabeskan lauk ikan keli tuh. Ikan tuh di basuh 3 kali.
Basuhan pertama dengan air kunyit.
Basuhan kedua air kunyit campur limau purut.Basuhan ketiga dengan air limau kasturi.
Akak nan ado lah tolong siang sbb emak akak x bagi.. So tolong buat observation sajork..
Lauk pauk alhamdulillah semua habes kecuali ayam masak kicap tu ha..
Modal pon x banyak sbb nangka tu rempat kat rumah pakcik akak. Batang keladi kat rumah mak mertua akak berlambak.
Urap tuh guna pucuk ubi kat rumah makcik akak jugak. Dan juga kelapa hasil kumpul2 rumah akak, rumah mak mertua akak dan juga makcik2 akak.
Kuih muih adelah super duper banyak tapi tetap habes howw?? kuih koci keledek, donat sira sambal, kuih abok-abok, kerepek2 sefamily. Paling laris ialah tapi pulut makcik akak buat masa hari jumaat tuh.
Akak x sempat tengok cemana dia buat. Tapi guna 4 kilo beras pulut yang dah di kukus. Pastu letak ragi bungkus dan peram selama 3 hari.
Haruska akak x dibenarkan makan uolllsss... Tapi adik bradik akak sekali makan 6 biji terus. Tamak haloba gila.

Secara ringkas tu lah gambar pelamin. Anak sedara akak main kawen2. Gambar lain akak malas nak upload. Keji tak?
tunggu next week lah gambar dari photographer ye.