Wednesday, March 24, 2010

I tell you....

Kan semalam aku email Lecturer math ittew tanya soalan math yang aku x reti nak solve itteww...

Sampai sekarang ni dia nan ado reply..

Mula2 aku suspect dia pon nan ado lah reti memjawab. Tapi rupanyadia cuti uollss..

So howw dengan tutorial nih esok??

Tapi akak buat la 1 soalan instead of 2.

Tutorial Logic Digit baru dpt pukul 3.30 td. Hmmmm....

Akak cuma nak cakap sikit. Akak tau lecturer busy.. Tapi at least bagila soalan tutorial sehari awal dari hari tutorial tu..

Yela.. eventhough bagi solution pon.. Ko hengat theyolls bagi solution penuh?? Paling2 pon solution sepatutnya 3 helai, yang dalam solution dia bagi tuh cuma 3 baris. Tak ke pitam tiba2 nak carik jawapan tuh..

lagi satu, bagi solution ke tak, tutor balaci macam akak nih tetap lah kena study dulu... Abes tu pegi kelas bodoh2 je salin solution. Pastu kalau student tanya ko nak jawab apa?

Jawab 'saya tak tau.. saya salin je solution nih'

Akak tau la akak hamba abdi je kat sini.. Main pass-pass suka hati je la kan bila nak bagi soalan dengan solution.

At least buat la solution dari 3 helai tuh jadi 1 helai ke... kalau 3 baris je akak pon confuse mana dapat jawapan..

Pastu akak nak tekankan di sinih.. Jadi tutor adelah sucks!!

2015 aku nak apply lecturer University Politeknik lah. Contract dengan U**M pegi mampos aku rela bayar balik.

Sekian.

Not so random..

First... I'm so damn tired with my daily routine. Cemana la kalau ada anak tu kan?? Kesian anak akak tu nanti mak bapak dia pegi pukul 7pagi balik pukul 9 malam. Pastu pukul 11 dah membuta.. Cuma ada 2 jam je bermesra dengan anak sendiri..

Ok. tu bukan pointnya. Aku tgh tunggu lecturer bagi solution math sbb aku x brp paham sgt nak buat. So hopefully dia akak reply ASAP. Actually aku dh email dr semalam and no reply. I'm stuck okeh.
Ok. So the randomness of sunday:

Ini adelah gambar pengurusan Sri Palma Villa yang bangang pegi pagar keliling pool. Akak x faham kenapa diorang sibuk sangat nak pagar kan tempat tu sedangkan tu jalan utama masuk. Yang bongoknya diorang sibuk sangat management tak cukup duit, maintenance fee mahal cekik darah. Pastu sibuk pegi bazerkan duit buat pagar nak buat ape?
Pastu jalaan masuk pool tu ada satu je, masuk dari belakang...
Bangang sangatlah!.. Aka x pernah lagi jumpa apartment ke Kondo ke yang diorang pegi pagar keliling pool tuh...


Ini gambar angin bertiup kencang. Akak feeling2 autumn sebab daun2 semua berterbangan tapi sebenarnya petanda nak hujan lebat kaedahnya..


Sebenarnya, gambar muka subject orang di atas adalah tidak penting sama sekali. Yang penting tengok tudung ittew..
Akak kembur2 almari terjumpa pulak tudung tuh. Teringat pulak kesah scandal france/tganu. Dia yang bagi akak tudung tuh sempena dia balik kampung cuti summer ke winter ntah.. Pastu dia pos dari France. Tempat dia blajar la.
Tapi hubungan scandal tersebut tidaklah berjaya kerana ada seorang minah gila yang tiba2 xde feeling terhadap mamat tuh.. **akak le tu.. Kesian mamat tuh frust. Masa tu akak langsung xde mood nak layan dia. Dia call dari france akak neverla angkat. Dia email pon akak never la reply setelah akak memutuskan hubungan. Tapi skrg nih weolls dah jd friends balik.
Mamat tu pon dah berkeluarga. Akak harap dia happy sbb dia adelah lelaki yang lebih baik. Dia melayan akak lebih baik dari Mohd Rafi.

Tapi akak anggap xde jodoh je la.. Walaupon cd owner turut merasa kecewa akak memutuskan hubungan dengan mamat tuh.. Mungkin akak tengah gila pada masa itu akak pon x tau la...
Mula2 akak suka tau uollss.. Pastu kenapa ntah tiba2 akak x suka.. Howwww??? Ntah2 ada orang guna2 kan akak.. Wah! fitnah sangatsss...

Kesimpulannya, Kalau ada lelaki baik yang suka kat uolls, uolls terima je lah kaedahnya...

Tuesday, March 23, 2010

Aku dah agak dah...

Kalau Mohd Rafi shift pagi, aku pegi balik saing dia.
Kalau dia pose2 nak OT. Akak pose2 kena tunggu dia jugak.
Apa yang terjadi bila balik mesti akak muntah2 pening2 uollss..

Sbb kehidupan sangatlah hectic kalau mohd rafi OT.
Pagi bangun 6.30 panaskan lauk. Buat breakfast(buat air milo jek..atau panaskan mee yang dah masak malam semalam) ko hengat aku rajen nak bangun pagi2 masak breakfast. Kalau malam x sempat nak masak sah2 makan roti ataupon minum air milo sajorkk... Paling x sempat, x payah lah breakfast kaedahnya..

Pegi pukul 7pagi. Pukul 8 tunggu mohd rafi balik. Sampai rumah biasanya pukul 9 malam.
Sampai2 rumah jek masak nasik. Keluarkan ikan ke ayam dr fridge pastu mandi dan semayang semua.
Siap tuh, masak lauk sambil2 iron baju. Pastu makan.

Pastu lauk malam tuh panaskan esok paginya untuk dibawa bekal..

Pastu pagi esoknya nak bangun macam badan naik roller coaster. Pastu merasa lah fasa pening sampai petang.

Aish... last week aku boleh balik pukul brp suka hati tanpa tungguu Mohd Rafi xde pon pening2 sangat mcm nih.

sacrifice la kann..?

Yela.. kenapa akak x beli lunch kat luar jek.. kenapa nak kena masak bawak bekal bagai?

Laki akak uolls dia x suka makan kat cafe kilang tuh. Dia rela beli nasi lemak kat tepi jalan pajam tuh. Akak koser lah nak makan nasik lemak hari2.. Lebih baik akak masak.. Lagi sedap okeh.. **sempat lg puji diri sendiri kaedahnya..

Monday, March 22, 2010

Every now and then...

BA,

I feel u babe.. Aku pon sakit hati gila baca pasal makcik x sedar diri tuh. Aku suspect dia dah bomohkan jantan tuh.. Yela sebelum2 tu kan dia sibuk bagi bekal kat jantan tu tiap2 hari...

Ko x rasa mcm ko nak jumpa makcik tu dan maki dia beramai2 ke??

Aku pulak yang Emo bila baca..

...............................................................................

Esok adelah perjumpaan Alumni ex-surreyian. Staff dari University of Surrey akan turun KL join. Venue adelah dia The Apartment KLCC. So, ex-ex student surrey sekalian boleh la pegi..

Aku TAK pegi sbb aku balik pon dah pukul 8malam. Ntah bila nak balik rumah tukar baju dan mekap bagai..

Lagipon Alumni nih tiap2 tahun ada kan? kan? kan??

..............................................................................

Vah..tutorial math dah dpt soalan untuk minggu nih.. sungguh cepat!.. So malam nih aku boleh siapkan!

minggu nih sah-sah aku kena balik pukul 8 malam sbb Mohd Rafi OT hari2.. Bermula lah nanti Fasa pening2 lalat bila aku balik rumah.

another year of our annivesary..

last year kan we went to langkawi for our 1st annivesary. This year i'm thinking of going somewhere near. May be Desaru ke.. Sah2 aku kena maki bercuti ke Desaru yang sekangkang kera dari rumah tuh..

Or.. may be PD. Ni pon bakal kena maki jugak sbb rumah pakcik aku kat situ apehal sibuk nak tempah hotel?

or Cameron High perhaps?? Tapi tgh fikir ongkos juga sbb dua2 nih mesken.. so may be kat rumah je buat bodoh? How about that??

Mak aku nak pegi melawat anak lelaki dia yang bungsu kat jerantut April minggu ke 3 nih. Sbb mak aku dah sedih2 dia mimpi adik aku tu ikut jiran aku arwah poji tuh. Masalahnya jiran aku pon mimpi benda yang sama mcm mak aku. Dia mimpi adik aku ikut arwah adik dia. Pagi2 dia datang rumah mak aku, sambil nangis2 cerita.

Mak aku dan jiran aku tersebut bangun dari mimpi je azan subuh. Apekah maksudnya tu??

Akak seram memikirkannya sbb akak pon mimpi adik akak tu maninggal.. Tapi akak mimpi masa tido siang uolllss.. so kira x aci lah..

Did I tell you akak pegi tengok Pidato Peniti jumaat lepas kat Kolej 5? Saje tengok student berpidato since Filla jadi judge.

And, akak terserempak dengan one of lecturer kat sini td. Dia tanya apesal muka mcm x sehat? Adekah obvious muka akak mcm orang x siap?? Akak cakap la akak morning sickness...

itu sahaja update. Yang penting mak akak tuh sedang bersedih-sedihan sbb mimpi mcm tuh. Adik akak tuh pulak pegi camping kat Taman Negara nun 3 hari 2 malam.

Pastu yang mak akak tension, baik2 adik akak tuh boleh keluar tahun nih jadi delay pulak sbb dia kena denda sebab akak sulung akak tuh hantar dia lambat masuk asrama arituh..

Kesian mak akak sunyi duduk rumah sorang2....

iklan