Sunday, March 7, 2010

The things about 2 months..

Masalahnya ialah akak tak boleh tido secara berlebihan sekarang nih. Nanti bila bangun rasa mamai, darah tak masuk dalam kepala dan juga kaki kebas.

Tapi masalahnya, pantang akak letak kepala kat sofa atau meja je mata mesti ngantuk. Howww???

And paling obvious dan dialami oleh kebanyakan kawan2 akak yang mengalami fasa seperti akak ialah pantang lapar mesti rasa nak muntah. Gitu la kaedahnya kena sentiasa ada stok makanan.
Since minum susu anmum secara panas adelah susah nak ditelan tekak, sekarang nih akak sejukkan dalam fridge. Pastu minum baru lah sedap.. Haha...

Pastu kan Mohd Rafi tak makan kat kantin kilang dia keje tuh. So kupon meal tuh dia amek air soya sebanyak 2 tin tiap2 hari bawak balik. So, akak letakk dalam fridge dan hari2 minum. Moga2 anak aku putih la hendaknya..

Oh...akak x minum coffee dan stop jugak minum teh kecuali green tea. Tapi kaedahnya kadang2 dalam diet akak nan ado sayur. Tapi akak nak sedapkan hati akak berfikir secara logik yang akak telah memakan sebiji acid folic sehari sebagai ganti sayur.

Stop minum coffee xde masalah bagi akak sbb akak mmg tak minum coffee sangat ponn (kopi dan nescafe)..

So, sekarang nih akak sediakan stok MAMEE kat opis dgn kat rumah.Sbb ini adelah yang terpaling senang nak dimakan ketika lapar. Tapi harusla x boleh makan depan Mohd Rafi nanti dia bising tak sehat la ape la..

Tapi masalahnya, akak baca okeh kat depan plastic tuh tulis:

No trans fat, No artificial flavor, No bla..bla..bla..
Siap awarded sbg food for kids kat Aussie lagi...

Tak kisah la kalau dia tipu yg penting plastic dia ado tulis gitu... Kau ado???.. Lagipon akak bukan makan perencah dia tuh uolllss, akak makan mee dia sajork utk tahan lapar kaedahnya.. So, akak x rasa bersalah pon makan banyak2... Boleh gituuuu??

Akak rasa kan uollss, perut akak nih buncit bukan sebab ada bayi tapi sbb akak asik makan pastu minum air sejuk pastu duduk. Yelah alasannya sebab tak boleh berdiri lama nanti pening.. Logic tak alasan akak tuh? Tapi tu memang alasan ikhlas uollss..

Mak akak bising akak pegi scan perut. Dia kata x elok untuk bayi. Motifff mak akak ingat akak buat xray kah??? Penat taau akak terangkan kat dia akak buat ultrasound untuk check perkembangan bayi tuh. Akak kepada akak pon sama bising akak pegi scan. motifffff??? Yela uollss mak akak tuh kan orang kampung mana tau ultrasound nih.. Zaman dia dulu beranak pon kat rumah. Selamat sajork...

Akak sebenarnya bosan nih uollss... Mohd Rafi balik JB selama 2 hari tinggalkan akak kat rumah sorang2. Akak x nak ikut sbb nanti muntah dalam bas siapa nak lapkan muntah aku??? Sia2 nanti akak kena halau turun bas.

Ape kejadah yang aku tulis malam nih???

Friday, March 5, 2010

Bila terasa pening...

Hari ni adelah hari pening sedunia since pagi.

Aku pegi opis pon lambat. Last2 akak telan je la ubat muntah uolllss...

Pastu dah ok. Sbb akak kena drive kaedahnya dari mantin tuh.. Kang akak pening2 langgar tiang x ke niaya?

So, akak makan la sebijik sajork. Walaupon arahan 3 kali sehari kaedahnya.

Konsepnya, makan bila perlu sajork..

okeh. daaaaa!

Thursday, March 4, 2010

ceri mari mari!

Gambar ihsan guugle..

oh, Siapa tau kat mana ada jual cherry nih?? Akak teringin pulak tetiba nak makan. Sah2 la skrg bukan musim kaedahnya sbb europe tgh musim sejuk..
Tapi kat mana ada jual?? kalau boleh yg berdekatan dgn rumah akak sajork.. Akak koser nak pegi KLCC.

Arini akak dpt limau. Student bagi sempena chinese new year. Akak amek je la uollss..

pastu semalam akak gigih buat roti gulung sbb akak pose2 beli roti gardenia satu plastic besar yang dah nak expired esok. Merasa tamak sangat beli banyak2..
So, td pagi akak letak kat opis 1 tupperware.

Akak pose2 la ajar mak akak cara buat roti gulung tuh, pastu kan uollss hari2 dia kemaruk buat okeh. howw??? Sampai akak dah naik muak tiap kali balik kampung ada je roti gulung tuh. tapi skrg nih dia dah insaf. Hobi dia pagi2 makan nasi ambeng bungkus beli kat kedai depan pulak.

Arini akak lupa bawak staff kad. So akak x boleh la nak lalu bilik lecturer. So lepas mengajar akak pon jadi mcm student, turun tangga 2 tingkat, pastu jalan keliling bangunan baru nampak lift. Pastu naik samapai tingkat 4 terus muntah. Sebab banyak sangat berjalan.

Rasainnnnn!!

Arini akak bawak keter. Mohd Rafi bawak motor pegi keje. Nasib baik tak ujan. Semalam dah la motor dia pancit tgh jalan... Sian laki akak...Boleh gitu?

Wednesday, March 3, 2010

Penyakit ape ntah and second check up..

Tadi pagi pegi punch in pastu aku lari pegi klinik sbb ingatkan Doc tak bagi MC sbb bulan lepas pegi dia x bagi MC pon. Agaknya dia tengok aku sihat wal afia. Hahaha..

So, tadi check up heart beat. Akak cuak + nervous uollsss.. Ye la, pregnancy yg lepas kan kena buat erpoc(dnc guna vacum) sbb baby takde heartbeat..
Pagi2 akak bangun hangatkan lauk semalam lepas tu tumpang Awi, adik fiza sampai U**M sbb Mohd Rafi shift malam kaedahnya.

Lagi akak cuak sepanjang naik kereta bersama Awi, akak xde perasaan nak muntah langsung. Yela uolllss..kann orang kata muntah2 and pening2 tu tandanya baby tu bertindak balas dgn ibu dia.. Aku cuak gila.. Dalam kepala dah pikir bukan2 dan terus pasrah.

Pastu tunggu Mohd Rafi ambik. Duduk je dalam keter kenari akak tuh terus rasa nak muntah dan pening2. Howww?? Adekah akak alergy dgn laki sendiri atau kereta sendiri??? ***statement bunuh diri okeh..

Yela, Klinik mesra tuh ramai gila orang check up pregnant. So, harusla kena tunggu lama. Pukul 8 lebih aku pegi dekat pukul 11 baru dapat turn.
Datang2 je, Dr tanya, makin loya dan pening tak?
Wah! Akak kagum dia tau akak makin loya2 dan pening2.
Doc Rahaya scan perut. Pastu dia buat muka confuse.
Akak nampak baby tuh dah semakin besar compare dgn before. Tapi Dr Rahaya tuh x dpt carik heartbeat dia. Dia kata susah nak tengok.

Akak bertambahla nervous uolllsss... Pastu dia pusing2 sikit. Ke kiri ke kanan, baru jumpa.
Lega uolllsss dia dah ada jantung.
So ukuran dia sekarang adelah sama dgn progress dia, lebih kurang 7 weeks 5+-4 days.
Next check up is on april fool. Janganla dia april fool kan akak uollsss... Akak dah la nervous.

So, Dr tuh prescribe akak dgn acid folic, ubat tahan pening (dia kata kalau terdesak baru makan) dan MC.

Terus berlambak acid folic dgn ubat pening akak. Semalam pon dapat jugak dgn Dr kat mantin nih.

Masalah akak ialah td pagi akak lupa akak tutup api lauk ke tak?? Akak rasa mcm tak tutup. sepanjang perjalanan tuh akak dah fikir bukan2 sepeerti rumah terbakar. Bomba datang. Semua org kena berkumpul kat bawah. Akak tak bgtau la Mohd Rafi nanti dia maki akak sbb lupa tutup api.
sampai rumah cepat2 akak naik atas rumah. Check api, rupanya dah tutup. serrious weh akak x ingat bila akak tutup. Ari isnin aritu akak rasa akak lupa nak punch out. Pastu akak dah sampai rumah kaedahnya. Akak suruh la mohd rafi yang nak pegi keje tuh singgah kejap check kan.. Tapi harammm uollsss.. Laki akak tuh buta IT. Dia tak reti tengok. Penat akak ajar.
Kenapa uollsss akak pelupa sekarang???

Tuesday, March 2, 2010

Low pressure...

Sebenarnya, niat aku nak pegi klinik tadi pagi ialah nak mintak ubat kurangkan pening, loya dan pusing.

Sebab aku kan minggu ni kena naik komuter sbb Mohd Rafi shift malam. Pastu bila naik komuter semestinya kena berdiri sebab manusia ya ampunnnn ramai gila. Aku dah la tak boleh diri lama sikit nanti loya2 and pening. Lagi la ada hati nak naik komuter kaedahnya.. memang pitam aku dalam tuh.

So pegi klinik tadi pagi. Doc tuh kata ada ubat tapi dia check blood pressure dulu. Dia cakap:

'Patutla u slalu pening2. Blood pressure u low. 90/60'

ooo..ye ke? pastu dia bagi aku Obumin. Aku dah ada obumin tuh sebenarnya tapi stop makan sbb loya2 dan pening sangat. Pastu dia bagi ubat tahan muntah and pening.

Makan bila perlu sahaja. Dan dia bagi aku MC 1 hari walaupon aku x mintak.
Agaknya dia tgk muka aku mcm hazab sangat tahan pening dia bagi aku MC.

Orang bagi MC, aku amek je la...Betul tak??

Esok check up pulak.

iklan