Monday, August 17, 2009

mARI meNdERMA dARAH BuKan DARA

Haiyohhh...derma dara la kan??

Akak derma dara kat Mohd Rafi sajorkk...**matila statement kan??

Ari Sabtu aritu, akak telah membuat kerja2 amal dengan Menderma DARAH sebanyak 350ml. Walaupon darah akak ala2 tak guna pon nak derma.. Darah AB la katakan..

Mula2 sebelum menderma darah kena la isi borang dulu. Akak dgn Fiza gigih amek borang. Adah(adik fiza) bertindak sebagai Photographer.


Pastu check Hemoglobin dalam darah dan check jenis darah. Fiza adelah 'O', akak darah 'AB'.

Nampak tak dia cucuk jari tu??

Pastu check tekanan darah pulak.
Doctor tu cakap tekanan darah akak rendah 112/75, tapi masih boleh menderma.
Fiza disahkan ada Darah Tinggi dan Doctor tak bagi dia menderma darah..
Keciwa Fiza..

Pastu, process baring atas katil/kerusi yang disediakan.

Muka gembira dapat menderma darah..

Disebabkan tangan kanan akak lenguh pegang microphone karaoke.. Blehhhh?? So, akak suruh nurse tuh buat kat tangan kiri.

Nampak bengkak tu kena cucuk jarum??

Tapi kan, lepas dia masuk kuarkan jarum.. masuk lagi..kuarkan lagi... Nurse tuh tak jumpa okeh urat akak. Dia kata urat akak halus sangat. So akak suruh dia tukar tangan kanan. Lagipon akak dah ngeri okeh tengok dia kuar masukkan jarum..

Tangan kanan sekali cucuk je dah ok. Barula kuar darah okeh..

Benda bulat yang akak pegang tuh, fungsinya untuk mengepam. Supaya darah laju sikit keluar. Tengok kat lantai tu sampai tumpah2 okeh darah akak.
Sebab akak dah berpengalaman menderma darah. Akak dah 5 kali okeh derma darah. Kau ado???
Lepas siap derma tuh, nurse tuh suruh minum dgn makan kuih yang disedia kan.. Akak pon melantak la uollss.. Makanan free katanya.. Ada karipap pusing dan Donut.. Donut dia sedap sekali..

Inila hasilnya... Orang sekali cucuk je.. akak, dua2 belah tangan kena cucuk..

MARILAH kita sama2 MENDERMA darahh.. Tak sakit sangat pon uollss... Kalau uollls takut tengok darah or jarum, masa nurse nak cucuk tu, uollls pose2 tengok lain.. Kalau uollls tengok nanti pengsan pulak uollss..

P/s : masa first time akak derma darah ketika berumur 18 tahun. Akak pitam okeh di foyer menaraa ITM ittuh.. Doc kata sebab akak terlampau nervous gituhhhh...

Sunday, August 16, 2009

Ini lah dia ustaz paling poyo aaku pernah dengar...

Dah baca paper??

Akhil Hayy tu bernikah dgn Waheeda akhirnya...

Hai... zaman sekarang ni ustaz pon dah pandai menipu...

Dah tau kan siapa benar dan siapa yang salah??

Baca sinih kisah poyo diorang yang menyampah sampai aku rasa mcm nak sepak je ustaz gila tuh.. Blehhh????

http://www.murai.com.my/article/default.asp?article_id=4631&c=1&s=1&whichpage=3&pagesize=10

paling tak boleh blah statement nih:

Selepas bercerai, Akhil akui dia semakin rapat dengan Waheeda dan tidak menolak kalau ditakdirkan akan berkahwin dengan pelakon filem Nana Tanjung itu kerana Waheeda memiliki ciri-ciri wanita yang disukainya.

adoihhh...matila kau... ko baru bercerai like one month gitu kan?? Ex wife punya edah pon tak habes lagi... Lagi nak buat statement semakin rapat selepas bercerai... KEPALA HOTAK KAU!!!

Yang waheda tuh dulu wat statement dah dedahkan aib Maizawati sampai dia malu satu malaysia kan?? Apa sudah jadi sekarang..

Eiiii...babi la korang nih... **bolehhh tetiba emo????

Saturday, August 15, 2009

Settle!!

Masalah gue dah settle...

Owner dah kasik duit. Isnin nanti aku gi bayar cukai sebelum barang rumah aku kena sita..

Dah naik taraf dari miskin ke sederhana.. Hahahaha..

Pegi makan kat sini:

Daging lembu liat nak kunyah sampai terpaksa gave up keluarkan balik. JUga terselit kat gigi. Rasa menyampah nak makan satay daging lagi.. Rahang juga penat nak kunyah..

Sentap tau.. Sebenarnya akak nak rasa satay rusa uolls.. Tapi nan ado.. Yang ado satay ayam dan kambing sajork.. Pastu kat MENU dia tulis ada.. Tu yang akak sentap secara tiba2.. **matila gila..

Semalam ramai nak mampus la orang kat Satay Kajang tuh.. Mesti owner dia untung beribu untuk satu malam tu jek...**dengki weh!

Pastu, sekarang dah takde sistem pegi layan uolls dimeja.. Sekarang konsep layan diri ala2 McD gituuu... Order.Bayar. Dan pesanan anda akan sampai ke meja sebentar lagi...

KELLASSSSSSSSSSSS!!!!

Friday, August 14, 2009

tak tau la nak kata apa..

Uollsss...

Semalam akak bincang2 through sms dgn tuan rumah. Pasall cukai taksiran tu la..

Dia setuju akak duit sewa rumah tu akak bayarkan cukai tu je..

And dia pon setuju untuk settelkan RM253 cukai tu sebelum tempoh 7 hari.

Pastu dia kata, dia nak masukkan duit kat akaun akak dan akak bayarkan kat MAJLIS PEBANDARAN NILAI tu je... Yela, nak guna duit akak dulu memang la akak nan ado duit.. Duit syiling sajork yang ado.. Sedih tak??? Tunggula esok.. mungkin kaya sedikit..

Dia KATA NAK MASUKKAN ARINIH...

Tapi uollss...... Sampai pukul 9.00 malam nih, nan ado jua duit dimasukkan..

CEMANA TUH????

AKAK SENTAP!!!!

Thursday, August 13, 2009

kusut la weh!

Sepatutnya arini ada meeting dgn Dr K. Pukul 4.30pm. Tapi aku cakap dgn dia nak settle pasal rumah nih..

Gila ko kalau lambat2 nak settle buatnya perabot rumah aku kena sita, sape nak belikan lagi??

Dah la aku beli guna duit sendiri..

Yang bengang tu pegi Majlis perbandaran pastu tanya dia pasal due date lagi seminggu tuh. Pegawai tu kata kalau owner tak bayar lagi cukai taksiran tu. Barang2 aku dalam rumah tu la yang akan di sita/rampas.

Tak kira la owner tu duduk situ ke tak. Yang penting aku duduk situ.. Blehhhhh????

Dia bagi statement cukai taksiran tu kat aku. Semua skali ialah RM1283.50.

Hah!!... Mana nak dpt duit tuh??
Pegawai tu kata boleh bayar ansuran RM253 sebulan..
Tapi sebelum 7 hari ni bayar dulu RM253 tu. Kalau tak barang aku kena sita.

Rasa mcm nak lempang diri sendiri. Dah la tengah miskin weh.

Tuan rumah sms aku kata dia nak tanggung. Tapi tak tau la betul ke tak tuh..

Pening kepala aku memikirkannya..

Nak pindah rumah lain pon nak kena bayar deposit lagi.... Sewa lori lagi..
Paling malas nak kemas lagi.. Dah nak puasa pulak nih.

Mohd Rafi tak dapat2 keje lagi.

Kusut weh!

iklan