Tuesday, June 30, 2009

KONSERT SATU SITI...

Sorry uollss... arini akak busy berguling2 dgn Mohd Rafi..**larikkkk..

Okeh, Semalam akak pegi Konsert SATU Datin Seri Datuk Siti Nurhaliza... **amek ko gelaran je dah penat type..
Ni je la gambar Istana Budaya paling hebat yang akak boleh amek.. X boleh amek gambar okeh dalam IB.. Lepas tu camera phone akak kan hazab siikit uolllsss..

Best okeh!!.. Siti nyanyi 30 lagu..oppss..extra 1 lagu.. Lagu BUDI BAHASA iklan kat TV tuh.. Mak kira okeh berapa banyak lagu dia nyanyi **matila x percaya dia cakap bakal nyanyi 30 lagu.. sbb tu akak sibuk kira uolllsss....

Siti nyanyi memang x pancit okeh.. Maintain je suara dia mcm dengar lagu dalam CD, dari awal sampai akhir.
Baju dia yang opening color Putih tu akak suka sekali... Ropol2 kat bawah kain tu chantek sangat..

Akak kagum okeh siti tukar baju cepat sekali... Magic David Cocopil betul..

Secara keseluruhan akak bagi 9.5/10. X penuh sebab akak x suka penari masa lagu cindai.. Mak lebih suka tarian zapin gituuuu... cik Lee dgn Cik Sha bagi 10/10..

Ahli rombongan malam tadi.. Sah-sah akak yang paling chantek kan?? **larikkk **matila tiket paling murah..


Bersama Cik Tau yang beli tiket mahal belakang okestra tapi dapat harga Murah.. **matila..

Sorry la uollss...camera phone kan ala2 hazab nak amek gambar malam kan.. so paham2 sendirissss okeh..

Konsert abes pukul 11.30. Pastu call Mohd Rafi, dia suruh balik cepat jangan singgah makan. Tapi akak cakap nak gi makan kat kampung baru dia ala2 x nak bagi x bagi je..
Sekali skala okeh jumpa kawan2 lama, so weollss makan kat Nasi Lemak antarabangsa.. Sambal sotong dia sedap uolllssss..
Akak terpaksa rasuah Mohd Rafi dengan belikan Nasi lemak bungkus..

Sampai Mantin dalam pukul 2 pagi gituuu... Mohd Rafi x tido lagi. Tapi dia x makan pon nasi lemak itteww sbb dia dah kenyang melantak kat Rumah Fiza secara Marathon..

Pastu dia cakap ' nak pujuk la tu, belikan nasi lemak..'

Hahaha... mcm tau-tau je..

Balik-balik tengok baju dah basuh dan dah sidai.. Bila tanya dia, dia cakap,

'I boring duduk rumah..tu yang basuh baju..'

Bagus! hahaha... Rasainnnn sangat kan.. slalu dia tinggalka akak sorang2 kat rumah, kali ni rasainnn akak tinggalkan dia kat rumah sorang2 pulak..

Esok balik kampung amek barang dia untuk pindah sini terus..

Penat la nokkssss!

Sunday, June 28, 2009

Cake Of the Day.

Tempahan dari custtomer tetap akak.. Iaitu Fiza.. Blehhh???
Untuk Birthday bapa dia yang ke 50.. Mohd Rafi kata, bunga-bungaan tu banyak sangat..

Choc Moist Cake.


Oreo Cheese Cake.

Western saturday.

Lunch :
Grill black pepper chicken, Mashed Potato, Black pepper sauce

>> Black pepper sauce terlebih black pepper. Merasa pedas nak mampus!
>> Salad, lupa nak beli.. bantai je la piramid makanan yang x betul..


Dinner : Fiza buat Pizza **macam word pun x??

Gigih nih Fiza datang rumah akak masak Pizza. Ada 3 tapi sempat amek 1 gambar je. X clear plak tu.. Bantai la yek..

Arini, oven akak very the busy. Bakar 3 keping pizza. Pastu bakar cheese cake lak. Pastu Choc Moist cake lak..
Choc Moist cake merekah sket sbb terlebih masak. esok akak letak gambar..

Errr...esok xde orang puasa kan??

P/s : Sian Mohd Rafi kena selsema pulak.. Rasainnn jangkit dari akak...

Friday, June 26, 2009

oh no! Oh NO!

Mohd Rafi is coming!

Rumah sepah... Matila kannn..

Kete x hantar car wash lagi dan OF COURSE bersepah dgn TISSUE(sbb aku selsema n batuk. remember?).

Peti sejuk. KOSONG. Serious. Satu lauk pon xde..

Plan.
1. Pegi beli barang buat kek.
2. Beli barang dapur
3. Anta BCL kat carwash
4. Kemas rumah
5. Tido.

Boleh x, nak cancel no 1 sampai 4, tapi nak buat no. 5 jek??

Adekah aku isteri keji??

p/s : pandai pulak Mohd Rafi ni datang lepas akak abes period. Kalau tak, manjang datang tengah period je..

Midnight..


oh..oh... semalam tengok Transformer dgn Fiza.

Kitorg tengok show pukul 10.30. Sbb ada orang x sedar diri esok dia keje. Dia kata xpe...

Tiket Transformer memang HOT STUFF okeh.. kitorg beli pukul 10.20 nan ado seat kosong 2. Yang ada separate seat. Tapi amek jugak la sbb dah nak tengok sangat..

Akak bagi 5/5 bintang lah citer Transformer nih.. And MEGAN FOX tu memang HOT giler okeh..

Isnin nih.. akak nak pegi GENTING naik HELIKOPTER SABAH AIR.. Feeling2 mawi dan Ekin kejap kan..
Akak menumpang family fiza. Bapak dia keje Sabah Air, so merasa la akak tumpang kebahagiaan diorg naik Genting sekali...

Akak kan memang suka tumpang2 nih uolllsss.... Akak kan anak tumpang parents fiza gituuuuu...

iklan