Monday, May 23, 2011

Penyewa yang menyakitkan hati 2

Wah... ada entry bersiri pulak kannnnnn???

Meh akak citer kronology penipuan tenant rumah akak nih.

4.5.2011 : Dia call akak bagitau anak dia sakit. Baru keluar hospital. Gaji baru masuk. So dia lambat sikti masukkan duit. Dia kata dalam 5 atau 6 hb dia masukkan. Dia mintak bayar RM450 dulu sbb dia tak cukup duit.
Aku kata : ok takpe. Tak kisah la lagi Rm50 tuh... ****baikkan hati kauuuu????

7 hb : akak sms dia tanya mana duit sewa rumah? ****serious akak nih tak rajin okeh nak tuntut duit orang.
Dia kata dia dah suruh laki dia masukkan dalam account aku.
So, aku check through cimbclicks > dia ingat aku nih keje pegi ATM ke check duit dah masuk ke tak??? Online jahhhh!!!!
TAKDE OKEH.
Aku suh dia fax slip.
Dia senyap je.

9 hb : aku message dia lagi suh fax slip. Dia kata slip laki dia pegang. Dia mintak laki dia asik kata takde je. DIa kata nanti dia check.
Ok Fine.
Dia kata sebelum 12hb dia cuba settlekan.

14hb : Dia sms aku kata dah dapat duit. Dah on the way pegi bank nak masukkan duit. ***wTH kannn??? yg ko sms aku kata nak pegi bank tu kenapa? lain lah dah masukkan.

Aku tunggu sampai malam. Nan ado jugak duit masuk.
So, akak sms ' Ni dah malam dah. duit dah masuk ke belum?'

15hb : Dia sms aku lagi (dia tak berani nak sms Mohd Rafi okeh takut kena maki). Dia kata dah masukkan duit konon2 bagi detail:
seg no dgn atm no, pastu 15/5 to Fa****** Hassan, RM500.

Akak terus check duit. NAN ADO okeh!!

Aku suh dia fax slip. DIa senyap lagi. Tak reply apa2.

16 hb - 17hb : Aku sms dia hari2 suruh fax slip tapi nan ado. Tu yang aku call bank. Bank kata takde problem dengan machine. If ada, pon machine deposit tu akan notify kat user tuh.

Dia reply. Nanti dia check.
Aku reply, aku bagi masa sampai 20hb, kalau takde sila keluar.
Siap kasik kata2 nasihat lagi boleh?? aku cakap, aku pon gaji cukup2 makan tiap2 bulan, sewa rumah aku RM600 kat KL nih. Tapi tak pernah bayar lambat. Hari tu gaji, hari jugak aku transfer duit. Anak aku pon sakit jugak tapi xde la aku kasik alasan nak lewat bayar sewa.

19hb : dia sms kata jangan risau. Esok mesti dah settle duit rumah. Dia dah kirim kat budak opis dia RM100 sbb dia kata takut nak kirim duit banyak2 kat orang.

Ok. Fineeeeeee. Aku tunggu esok.

20hb : aku check rm100 tu ada. Tapi dia sms aku:

Lebih kurang mcm ni lah. Malas aku nak copy paste:

Kak, ni A** yang sewa rumah akak. Duit RM100 saya dah masukkan smlm. Nanti petang ni saya masukkan lagi RM200. Tu pon pinjam duit orang. Segitu je yang org tu boleh bagi pinjam. Lagi RM200 saya usahakan lagi. Hari sabtu saya settlekan lagi RM200 tu.

Paham takkk??? Kenapa bayar duit rumah sampai nak kena pinjam orang kannn?? 15hb tu kenapa ko sibuk kata kau dah masukkan duit kat aku? Pastu 19hb tu kenapa ko kata ko ADA duit cuma taknak bagi kat budak opis tu masuk banyak2 je..

Nampak sangat menipu kannnnnn???

Aku kasik chance lagik. Tapi aku sms jugak dia. Panjang jugak tapi aku ringkaskan.

'Lain kali, kalau takde duit cakap. Jangan asik nak menipu kata dah masukkan duit. Kawan akak ramai keje bank boleh check. Tak payah menipu'

Pastu dia tak reply sampai ke hari ni. Janji2 paslu dia nak masukkan duit tu NAN ADO okeh!!!

So, aku sms dia suruh keluar dari rumah before 31 may. No compromise. Buat sakit hati je layan dia.

Bayangkan eh, dia start masuk bulan 11 2010. Baru duduk rumah tuh 6 bulan tapi dah 3 kali dia menipu mcm tuh. Sakit hati tak kalau kau???

6 comments:

BA said...

ilot,

sila la tembak org tersebut dgn ubat pelali babi.

geramnya aku.

dia tak malu ke menipu camtu? dah ko halau tu, sila la tukar mangga pintu dan pagar segala.


BA

Anonymous said...

isk, bangang tul tenat akak tuh. sy plak sakit ati.
kak ilot, next tenant akak buat jer tenancy agreement.
mcm sy, umah yg bakal sy duduk pas kawen nnt tuan rumah tu siap buat tenancy agrrement, surat loyer bagai. mcmkan nak beli rumah.
tapi bagus jugak, ada hitam putih. apa2 bleh tarik p court.

iema :)

monstorious wife said...

BA : aku pon geram okeh. Kalau dia tak keluar by 31 nih aku mangga je rumah.

Iema : tu la. Lepas nih memang buat tenant agreement terus. Sakit hati mcm nih.. Errr...ciskek aritu ok ke?

sha said...

geram gila ngan org2 gini. penyewa umah mak aku cenggitu la. last2 aku ngan laki aku basuh ngan berus sabut baru sedo diri. kalo ikut aku memang nak halau je dia tapi mak aku ni lembut ati la sangat. ni dia bg budak tu duduk lagi. cuma dah ada sign2 agreement la skrg. haih

Mrs Nageb said...

suh dia keluar rumah dengan segera!

monstorious wife said...

Fasha : tu la pasal, dah bagi muka tapi lemak lagi.

Khalilah : dah suh diorg keluar. Last 31 may nih sbb diorg dah bg deposit sebulan.

iklan