Wednesday, May 25, 2011

Pahat dah tumbuh gigi yeay!!!!!!

Pahat dah tumbuh gigi bawah dia ada 2 batang. Tapi lagi satu tu mcm malu2 je nak tumbuh.

Tu muka tengah happy. Memang hari muka happy mcm tu pon. Bila ko amek dia mula lah sengih2...

Pastu anak aku tak reti takut orang okeh. Ado dia nak menjerit melalak kalau orang lain amek dia? Dia buat bodo je okeh. Yang penting orang dukung dia. Ado dia kesah kena culik??

Dah 7 bulan lebih tapi nan ado dia reti duduk. Duduk kejap je boleh. Pastu goyang2.

Mainan kegemaran dia ialah Kasut keje apak dia dengan kotak CD.

Pantang lepa, kesitu la dia sampai. Siap isap2 kasut apak dia ntah sedap agaknya.

Aritu dia suka isap2 door stoper tuh. Kaedahnya aku geram, aku campak keluar. Ni suka kasut apak dia pulak. Takkan nak campak kasut Mohd Rafi pula kannn?? Mampus kasut tu dicampak ke muka aku pulak kang.

So, nak pegi mana dikawasan rumah sila lah bawak dia. Kalau tak kang ntah hapa2 dia makan kat rumah tuh.

-------------------------------------

Arini aku call TNB, tanya outstanding bill rumah aku tuh. Ada RM212. Tak pernah bayar ke hape agaknya ntah. So aku suruh TNB potong je. Merasa lah kau bergelap.

Gara2 kau bulan ni duit gaji aku cukup2 makan je tau tak? Kalau aku boleh bayar duit rumah tu tiap2 bulan tak payah la aku sewakan kat orang. Tambah lagi dengan bil2 yang outstanding dia tak bayar tuh. Tu belom aku check bil air lagi.

Secara kesuluruhannya, walaupon dia bayar deposit, aku tetap mengalami kerugian. Tu belom kerosakan rumah tu lagi yang aku tak tengok.

Sebab kau la aku terpaksa memalukan diri mengutip utang tau tak?

Lesson learn : lepas ni sewakan orang sila buat agreement. Plus deposit 2 bulan. Kalau nak cepat jaya contohi owner rumah Cik Lee, selang setahun suruh tambah deposit rumah lagi sebulan + sewa rumah naik RM50.

Heran lah aku, kenapa ada orang2 yang suka tak bayar sewa mcm nih?

**pengsan mengadap belanja kira2 bulan nih.

3 comments:

Mrs Nageb said...

yeay happy for pahat dah ada gigi :)..yerlah nampak susut si pahat nih....huhuhuhu..pahat aktip ye..Mareesa pun dah ada gigi sebatang...sebelah tuh pun nampak dah nak tumbuh gigi..tapi Mareesa ala2 takut orang sikit...dia pun lom duduk..lom merangkak..huhuhuhu :)

fuad ansari said...

to farhat:
nanti farhat tlg gigit auntie tu supaya dia bayar sewa umah erk.. (",)

shilafaizz said...

yeayyy pahat dah ade gigi yer..nanti suruh ibu belikan finger foods yer..heheh.tak lame lagi pandaila die duduk, merangkak tu kak..lain budak lain development die..

iklan