Thursday, July 22, 2010

7 bulan okeh....

Lagi sehari je nak masuk 7 bulan. Alhamdulillahh.....

Perut memang dah tak boleh disembunyikan lagi. Baju kurung tinggal 3 4 helai je yang muat..

Barang basic untuk baby dah cukup insyaAllah... Eh, botol susu belum beli sbb nak breast feeding je.. **wah..confident gila nih!!

Ye, baby dah ada nama. Nama dia jadi panjang sbb ayah dgn ibu dia masing2 gaduh nak bagi nama. Last2 letak la nama panjang. Bagi puas hati dua2. So, kita namakan dia Baby F..

Suka hati akak la nak letak F sbb nama akak start F gituuuu... Tapi nama depan dia R. Kaki mat rempit patut boleh teka R stand for apa. Menyampah!

Baby F sekarang nih suka buat perut akak senget2.. Kadang2 dia tolak mcm nak keluar dr kulit perut pun ada.

Akak suspect berat dia dah 1kg++. Tengok mak dia mcm kembang semangkuk je. Mcm seram je nak timbang berat. Naik lagi 3 kg confirm aku kena minum air gula nih..

Mohd Rafi dapat la jugak rasa F gerak2. Tapi kadang2 timing dia pegang perut tak betul.. Setakat letak tangan kat perut akak 5 saat mana la boleh rasa unless he is lucky enough. Paling2 pon kena tunggu 5 minit ke.. Cubaan berkata2 seperti ini:

'F, ni ayah ni.. Cuba F tendang2, ayah nak rasa...'

Tak jalan okeh.. Sebab F ikut cakap ibu dia je.. Muahahaha... Psycho!

Time kenyang, puasa(lapar) dan juga nak tido adelah time dia paling aktif. Kadang rasa mcm geli kan sebab perut rasa berombak..

Strecth Mark?? Akak tengok macam hampir2 nak jadi je.. Terus dengan gigih akak sapu lotion setiap jam. Mohd Rafi kata:

'Ala...siapa nak tengok perut u tu..'

Akak kata ' U la.. nanti dah x chantek u tak nak tengok pulak..'

Pastu gaduh pulak pasal baby. Ayat akak 'Anak u la ni yang besar sangat..'
Mohd Rafi kata 'Bukan anak u jugak ke...?'

Kannn?? akak mmg suka gaduh uolls dgn Mohd Rafi supaya lebih mesra katanya... boleh gituu..

Baby F, behave ye dalam perut Mommy.. Nanti lagi 2 minggu ayah datang lagi. Yeah!!

Woh, citer pasal pregnant adelah never ending story.

Farhana : I'm sorrry for your lost. It's never too late too try again.. Harap uolls tabah. Akak tau, akak pon amek masa juga untuk hilangkan kesedihan after miscarriage.

5 comments:

anna said...

ohohohoooo.. so suwwwweeeett la both of u kak... hehehe.. suke la... bile plak anna nak rase ni.. moga2 ade rezeki jugakk...hehe..

dah 7 bulan ke kak?? pasal mcm cpt sgt mase blalu nihhh.. haiiihhh

cc said...

kaki mat rempit tau? adakah rossi kak? hehehehe

yang benar,
sy bukan kaki rempit

Aan Andes said...

Hehe best kan..enjoy the moment. Awal2 dulu me pun takut nak excited lebih2 u know lah..in case anything kan..but yg penting we live the moment and cherish every second of it ;)

monstorious wife said...

anna : haah, rasa mcm cepat je...

Cik C : walaupon uolls bukan rempit tapi uolls mmg hebat teka..

Aan : ha ah.. me too.. lebih2 lagi bila baca baby tebelit tali pusat... Nauzubillah...

Puan Jiha said...

heehhehe syok kan..

erk larat lg ke nak buat kuih raya ni?

oh ya.. beli la botol susu satu, perah sket susu.. senang time nak urut pantang nanti

baby Aqeef makin kuat susu, so time Jiha urut, nenek bg susu perah dlm botol

iklan