Saturday, March 12, 2011

Aktiviti merapu...

Kenapa ntah Pahat pakai tudung lagi comel okeh.... Matila..!

Adekah sebab dia takde rambut??

Makcik bedah bolehhhhhh???? Kaki apak tetap enterframe. Kau ado?

Bila dah bosan jadi la mcm nih. Dia dok tarik kain tu ke depan.

Anyway, selepas membaca info2 pasal baby batuk kat internet dan tanya2 org. Akak bawak jugak dia pegi klinik.

Doc check nafas dia kata ada sikit je kat kanan depan. Kiri depan and belakang dia clear.

So, Doc prescribe ubat salbutamol dan cair kahak. Aku tanya, tak payah Neb ke?

Doc kata, tak perlu, sbb sikit je ni. Makan ubat boleh baik. Lagipun Neb tu akan sebabkan jantung dia jadi laju. Dia kata Neb pon pakai ubat yg sama jugak.

So, balik rumah bagi ubat, Doc suh kasik 2.5ml. Aku kasik 1.5ml jah. Terus Pahat lepak.

I guess salbutamol tuh drowsy sikit kot.

So, hopefully dengan ubat ni boleh baik.... Aminnnn..

Bila dah baik Pahat minum susu banyak2 je biarr bam bam.

Musim demam batuk2 selsema..

Pahat adelah demam, sebab emak dia feeling2 lepas inject pegi KLCC tak bagi paracetamol syrup itteeww..

Sebab uollss, masa inject Pahat tuh, dia tak nanges pon jerit pon tidak. Nurse tu siap tanya akak,
'Eh, tak sakit ke budak nih?'

Bolehhh? sebab peha dia tebal kot sbb tu x rasa. Haha

So semalam Pahat demam. Batuk dah kurang sikit tapi kat tekak dia tuh bunyik kahak lagi.

Akak balik kelas nak bawak dia pegi klinik. Bapak dia tak bagi okeh. Dia kata sikit je demam. Keji tak?

Jadi, sebab kahak dia kat tekak, dia x nak susu sangat. Tido siang pon susah. Malam tido ok je.
Tapi asyik merengek+melalak time nak tido..

Akak ingat nak pegi klinik lah suruh sedut kahak dia tuh. Semua klinik ada ke nebulizer tuh? ke hospital je ada?

Akak kasik madu pon tak jalan lah uollss.. Penat akak beli mahal2 kat alamanda tuh. Kesian Pahat nak bernapaas pon susah kahak sekat2 kat tekak.

Thursday, March 10, 2011

Check up Pahat 5 bulan..

Akak cuti arini sebab check up Pahat. Tapi cuti pon akak tetap datang opis dulu pukul 8 pagi tuh. Sebab ada tutorial, koser lah akak nak ganti bagai..

On the way susur masuk seri kembangan dari puchong/putrajaya tuh jammed lah pulak. Apehal pulak tutup 1 lane? motippp akak dah lambat jalan nak jammed puiler..

Rupa2nya ado accident kereta terbalik. Dengan sepantas kilat keluarkan camera phone. Snap gambor sambil drive. Berani mati tak??? Tak ke polis kat situ kalau nampak aku suka la nak menyaman kaedahnya???Tu yang akak bulat2kan ittew... Tayar empat2 kat atas okeh.

Gambo tak clear uollss.. sbb akak amek gambor lg jauh uollss... Akak amek gambo sebab akak kagum kereta tu boleh terbalik tayar empat2 kat atas.

BTW, driver dia selamat.

So berbalik cerita check up Pahat.

Berat Pahat 5 bulan adelah 8.2kg.
Panjang : 68cm.
BMI : 18

Akak tengok anak orang tembam akak rasa geram... Tak sedar anak sendiri debab. Ado kau mcm tuh???

Akak tengok Pahat mcm kurus jah... Matila kannn..


Bapak kanggaru dengan anak kanggaru. Gambar baru amek tadi kat KLCC. Gedik tak cuti2 pegi KLCC???

Akak pegi redeem voucher 1901 yang akak beli dari milkadeal ittew sambil berniat untuk bergossip dgn BA.. Nurakah sangat niat aku kann??

Balik lepak2 pastu cubaan membuat brownies.. Tu nanti lah citer. Nak tido. Boleh tak tetiba mcm tuh?

Wednesday, March 9, 2011

Bayi perempuan saya

Cilakak blogspot terbalikkan sendiri gambar akak.. motiiipppp??

Comel tak? comel tak??

Sebelum uolls lahar akak... Ni bukan keje akak okeh.. Keje apak dia, sambil berkata:

'Comelnya Pahat pakai tudung!'

Larikkkk!

Baby batuk nak buat apa ha??

Eh sebelum tu, akak baru sedar Pahat dah 5 bulan uollsss semalam. Sorry la debab, omak lupa semalam 8 march.

Pahat batuk teruk okeh. Batuk kokol. Kesian akak tengok dia. Tido pon nanges batuk.

Nak buat cemana eh? kalau pegi klinik pon bukan Doc kasik ubat pon since bawah umur lagi.

Adekah akak tak boleh minum air sejuk? ada kena mengena ke uollllsss???

iklan