Tuesday, April 6, 2010

Saya sudah 3 bulan!

Alhamdulillah... Trimister pertama of pregnancy dah lepas. Kalau ikut kiraan Doctor sudah 3 bulan 4 hari. Tapi ikut ticker kurang sehari.

Sebelum balik kampung lepas kelas sempat pegi check up dulu. Pukul 11 lebih baru pegi. Nasib baik x ramai org. Semua nak check up pregnancy. Tu pon sekejap2 je.

Timbang berat, berat sekarang adelah 48kg.Gula dalam air kencing adelah normal.
Kuman doc kata ade sikit tapi normal lagi.Tekanan darah normal jugak.
Baby dalam perut juga excellent siap lompat2 lagi tanda dia bagi reaction.

Paling best pening2 dan loya2 sudah tidak ada. Boleh continue buat research. Yeay!!!
Baju kebaya dah x muat kat breast dan perut. Paling x sedar diri, bawak balik baju kebaya sahaja balik kampung masa kenduri adik aku tuh. Feeling2 masih lagi slim.. Howw???

Gambar terbaru:

Takde perubahan kan??

Tapi perut nak nampak la buncit sikit. Tapi lagi nampak breast besar. Bolehhhh???

Doc kata akak x payah minum air gula uollsss... Akak rasa best gila. Sbb Doc kata family takde history diebetes dan berat akak nan ado naik mendadak. Kalau tiba check up bulan depan naik mendadak harusla kena minum air gula n amek darah bagai..
Tapi kalau ikutkan history family akak mmg nan ado yang pregnant kena minum air gula. Akak iols pon dah 3 kali beranak nan ado minum air gula ittew.. Harap2 akak pon begituuu.. Kena jaga makan la uollss.. Jangan la bagi alasan baby yang nak makan sedangkan omak eh yang x kawal nafsu. Wah... mcm bagus akak kan? Padahal baru 3 bulan nih pregnant.

Masalah akak ialah akak malas tau nak ulang alik toilet setiap sejam. Tido pon asik terjaga nak pegi toilet. Nasib baik toilet dekat dlm bilik uollls..

Teaser gambar adik akak kawen guna camera phone cabuk pastu x terang plak tuh..

Ni masa malam berinai. Pengapit gemok tu diupah RM50 untuk jadi pengapit. Keji tak??

Oh lupa weh.... hari ini adelah our 2nd annivesary..

Mohd Rafi terchenta, Happy 2nd Annivesary !!..

Nan ado celebrate sbb dah jatuh miskin balik kampung.

Sekian.

Kenduri Kawen adek aku adelah penat..

Serious weh penat gila dah nih. Hari pegi opis pon mata layu je..

Penat rewang sekali dengan org kampung and sedara aku uruskan wedding adik aku yang Tipot ittew. Yang gedik nikah bulan masa puasa aritu kaedahnya..

Akak ni uollss sibuk la masukkan telur dalam bunga pahar. Pegi siapkkan hantaran dia. Pastu tolong masak tengah hari dan malam untuk orang yang datang rewang.
Pastu time pakcik akak yang head chef Ilham Resort tuh masak makanan pengantin akak pon sibuk2 la kat situ. Dapat jugak akak makan udang goreng nestum dgn ikan siakap sweet sour.

Kaki akak nih dah rasa mcm nak terchabut okeh. Keje duduk bangun pastu jalan keluar tengok apa yang kena tolong lagi..
Menu pada hari kenduri ialah lauk kampung..

Nasi putih
Ikan keli pecal (Pecal nih maksudnya mcm siram la.. jangan samakan kuah dia dgn kuah sayur pecal tu pulak)
ayam masak kicap
sayur lemak nangka
asam rebus batang keladisayur pecal
Urap
ikan masin bulu ayam

and tahu panas
Ikan keli dengan asam rebus keladi tu awal2 dah abes. Asam rebus batang keladi tu memang sedap gila mak mertua akak masak. Sorry laa ye, akak nan ado mintak resepi.
Tapi akak tau petua dia nak ilangkan gatal batang keladi tuh dia letak batang pisang sikit masa masak.

Ikan keli tu di basuh 3 kali sampai hilang hanyir. Memang x hanyir langsung. Orang yang x makan ikan keli pon sibuk jugak pegi mangabeskan lauk ikan keli tuh. Ikan tuh di basuh 3 kali.
Basuhan pertama dengan air kunyit.
Basuhan kedua air kunyit campur limau purut.Basuhan ketiga dengan air limau kasturi.

Akak nan ado lah tolong siang sbb emak akak x bagi.. So tolong buat observation sajork..

Lauk pauk alhamdulillah semua habes kecuali ayam masak kicap tu ha..
Modal pon x banyak sbb nangka tu rempat kat rumah pakcik akak. Batang keladi kat rumah mak mertua akak berlambak.

Urap tuh guna pucuk ubi kat rumah makcik akak jugak. Dan juga kelapa hasil kumpul2 rumah akak, rumah mak mertua akak dan juga makcik2 akak.

Kuih muih adelah super duper banyak tapi tetap habes howw?? kuih koci keledek, donat sira sambal, kuih abok-abok, kerepek2 sefamily. Paling laris ialah tapi pulut makcik akak buat masa hari jumaat tuh.
Akak x sempat tengok cemana dia buat. Tapi guna 4 kilo beras pulut yang dah di kukus. Pastu letak ragi bungkus dan peram selama 3 hari.

Haruska akak x dibenarkan makan uolllsss... Tapi adik bradik akak sekali makan 6 biji terus. Tamak haloba gila.

Secara ringkas tu lah gambar pelamin. Anak sedara akak main kawen2. Gambar lain akak malas nak upload. Keji tak?

tunggu next week lah gambar dari photographer ye.

Wednesday, March 31, 2010

Kadang2 menyampah baca komen anoyying..

Ni bukan komen kat blog tapi kat FB..

Akak nih uollss letak la status ' Saket gila pinggang..'
kat dalam FB nun.. ade pulak yang komen.

' Terlebih overtime ke tadi malam. Be carefull k, time mcm ni x boleh lasak sangat'

Pengomen tersebut adelah lelaki. Ok fine. Akak reply:

'Malas nak komen. Laki aku keje shift malam minggu ni xde masa nak buat bukan2'

Dia reply ' Boleh percaya ke?'

Sorry la eh.. Akak tak kiss n tell apetah lagi sex and tell. Akak x kuasa nak cerita berapa kali having sex or watsoever kat orang. Perlu ke nak anggap benda2 macam tu???

Dan ini bukan kali pertama dia komen mcm tu. Kali ni, akak terus delete uollss post status tuh. X kuasa okeh ada ex student akak kat FB akak tuh, Mak bapak Fiza, Kawan2 yang belom kawen lagi..Nan ti diorang baca x kuasa akak nak menjawab. Dan ada kawan2 Mohd Rafi jugak dalam FB.

Kalau ko rasa ko nak sex and tell, letak kat status sendiri. Jangan keluarkan kat FB org lain.

Nak buat assumption lucah sila ke FB org lain. Kat FB akak, akak delete terus. X kuasa nak layan.

Lantak la kalau orang lain suka. Yang penting akak x suka. Bolehhhhh???

Tuesday, March 30, 2010

Pinggang adelah saket....

Sebenarnya dah lama aku saket2 punggung+pinggang, sejak 2 bulan lepas. I thought it will go away after sometimes tapi nan ado...

Tunggu balek kampung nak pegi berurut..

Aku sejak pregnant bak kata Cik Lee kan di serang amnesia. Pastuh aku lupa check up aku 1 hb itu adelah hari khamis merangkap hari tutorial sedunia.
Nak pegi petang mcm malas la puler sbb cuaca skrg adelah panas.
Dan aku lupa aku dah janji dengan student untuk bagi solution for last week tutorial question sbb ada 1 soalan tu x sempat nak buat.

Oh... seriously aku saket pinggang..

And aku adelah paranoid dengan check up minggu nih. Kenapa kah??

Sbb aku trauma dengan pregnancy yang lepas. Yela.. without any sign dia dah xde..

Even kau berhati2 pon, even kau jaga sepenuh jiwa pon.. kalau bukan rezeki kau ia tetap pergi.

perasan tak, orang yang x nak anak tu, dikurniakan pregnancy yang cukup mudah. Ade yang minum air nenas bergelen pon tetap x gugur.. Selamat pulak tu melahirkan bayi dengan Normal.

Sedangkan orang yang betul2 inginkan anak, bukan je morning sickness, nak mengandung pon setahun baru lekat..**aku la tu.. Lepas tu mcm2 dugaan ketika mengandung. Bleeding la... fatique la.. nausea lagi..pening2 lagi...

Start minggu lepas, loya dah kurang cuma sekali sekala. setiap kali aku x rasa apa2.. Maksudnya tak rasa pening atau loya, aku rasa paranoid... Sbb aku takut itu tandanya bayi tidak bertindak balas.. If you were me, you will feel the same too..

Perut pon tidak lah menunjukkan kebuncitan yang melampau membuatkan aku lagi paranoid. Cuma breast aku ade besar okeh sekarang nih. Pastu saket dan sengal.. Pergh.. Kadang2 tuh dalam ofis aku rasa mcm nak bukak bra pon ada sbb sengal..

Aku cuma harap kali ni bayi ini kekal sehingga melahirkan.. Aminnnnnn...

cepat ramai2 aminkan!!

oi...TM oi...

Akak hangen dengan TM nih.. kata nak betulkan telefon rumah jumaat lepas pukul 4 petang. Tapi ado??? Nan ado okeh.. Sampai ke hari ini telepon akak tetap mcm tu jugak..
Tension akak okeh. TM nih punya service memang la mcm Hanj tau..

Ke dua. Akak penat gila 2 3 hari nih carik rumah sewa. Makcik kg Limau Manis tuh time akak call cakap ada la rumah sewa, time akak nak tengok, call banyak kali never la angkat.

Last2 kat Desa Pinggiran ade rumah kosong. Tadi malam jugak pegi tengok.
Rumah ok la.. Dapur pon x sempit sangat. Cuma toilet tu nak kena repair sikit kot.
Sewa RM550 deposit sebulan sajork. Tapi kaedahnya akak mintak kurang RM500 owner x bagi uollss... So, kawtim punya kawtim, dapat la RM525... boleh la tu uollsss...

Tapi rumah tu ada orang duduk lagi sebenarnya. Ujung bulan baru dia pindah. So x dapat la nak amek kunci bagai..

Akak dah malas nak pikir2 carik rumah dah. Akak amek je la rumah tu. Lagipon deposit pon sebulan je. X beban sangat.

So, petang ni nak pegi bayar deposit bagai kat UKM. Fakulti Pengajian Islam. Menurut penyewa lama, beliau adelah seorang ustaz. Harusla akak bersopan santun hari inih..

iklan