Monday, March 2, 2009

Long...long journey...

Semalam kan hujan lebat sepanjang hari. So, sepanjang perjalanan balik ke Mantin di iringi dgn hujan lebat dan kilat sabung menyabung. Drive 60km/j. Dari 3 jam jadi 6 jam perjalanan. Jalan memang slow gila dan sampai kereta2 terpaksa pasang lampu kecemasan.
Sampai Melaka hantar Tipot balik Utem. Dah x ujan. Dengan x sedar diri sempat lagi pegi JOM HEBOH. Bolehh??? Jalan sikit2 je. Beli London Roll pastu balik. London Roll 5 kotak potato chips 5 packet =Rm10. Ramai org. Leceh nak jalan2...
Sampai dekat bawah bukit mantin, ada pulak pokok tumbang. Lagi 5 km je nak sampai rumah. Keji tau... Terpakksa patah balik tol Seremban, pastu keluar Tol Nilai.. Pukul 11 baru sampai rumah. Padahal dari Melaka pukul 7.30pm. Gila lama nak sampai!! Kaki akak sakit2 layan jam. Walaupun kereta auto..haiyohhh...tobat la akak nak balik petang2 lebih2 lagi hari ahad..
Pokok kacang panjang akak dah tumbuh.
Memang saja tanam dalam Polybag. Senang nak uruskan.
Tadi pegi Seremban Specialist buat Pregnancy Check up. Ya Allah... akak ingatkan klinik private ceppatla kan dapat turn jumpa Doc. Ado??? Nan adoo okehh... pukul 11 datang dekat pukul 2 baru dapat turn. Pastu jumpa Dr Kala (satu2nya Gyne pompuan kat situ). Scan baby guna Ultrasound. Xde degupan Jantung lagi. Dr Kala suruh datang lagi 2 minggu untuk tengok degupan jantung baby. Bayaran??? Sekali check up RM50..
Esok nak gi check up kat klinik Goverment pulak.. Ntah berapa lama lagi pulak la aku kena tunggu kan?? Dah la kena pegi lepas presentation. Esok ada presentation sampai pukul 10. Ntah kalau pukul 10 datang agak2 pukul berapa baru dpt Turn??? ..Haiyohhh..masa akak terbuang begitu sahaja..

Akak saje nak upload gambar terbaaru akak bersama tudung murahan RM9.. Adik akak cakap sejak akak pregnant muka akak pucat. Kena make up kalau kuar.. Koser okeh nak make up2 nih.. Malas.. Volehhh??

Ok..tu je.. Akak ada keje nak buat...

Saturday, February 28, 2009

X habis-habis lagi...

Gambar tersebut ialah gambar terbaru akak dgn anak sedara akak Icah. X payah la korang request nak tgk gambar perut akak, mmg x nampak pun. Sampai akak sendiri pon confuse betul ke ada baby dalam perut akak ni uollss??

Dah la xde morning sickness, xde la mengidam bukan2.. akak pulak yang pening sbb akak boleh happy2 je.. Motiff kan??

Akak doa2 anak akak putih mcm Icah. X nak la gelap mcm Mohd Rafi. Nanti dah x comel.. Volehh??

Slides akak nih asik direject oleh supervisor akak je.. 40 kali akak buat correction...**nampak sgt tipu.. ye la.. baru 3 kali je.. Sampai dah malas nak buat boleh?? **matila kalau supervisor baca blog aku!

Balik Mantin akak bawak Adik akak Temok. Dia bakal menemani akak selama 2 minggu.

Friday, February 27, 2009

Still busy during holiday

Sebenarnya, sorry la.. akak mmg x sempat nak baca sangat blog korang dan juga tinggal comment..

2 3 hari ni busy sket siapkan keje Master. Automation dah siap.. Ape? korang ingat akak happy2 balik johor x payah buat keje?? Supervisor akak kejar sampai johor okeh..

Dah. akak nak tido.. Tunggu je la update2 selanjutnya..

Wednesday, February 25, 2009

Korang suka Tag akak kann???

1. Apakah benda yang paling penting dalam hidup kamu?
Baby dalam kandungan.... Mohd Rafi??? siapa tuh??? **oppssss

2. Apakah benda terakhir yang kamu beli dengan wang sendiri??
Tudung ala2 ekin berharga 2 RM18. Akak kan suka membeli barangan murah...Munawarrah ke Ariani ke.. xde makna dalam hidup akak... Vollehh gitu berlagak??

3. Dimanakah tempat impian perkahwinan kamu??
Kat rumah je... Yang penting kawen pun... ada aku kesah kawen kat mana pon??

4. Berapa lama hubungan kamu berkekalan?
jap akak kira... 3 tahun kot...

5. Adakah anda sedang dilamun cinta??
Agaknya kot..

6. Dimanakah restoran terakhir kamu makan malam??
Restoran??? x ingat la... memang hari2 makan kat rumah je... Last makan kat Restoran 3 4 bulan lepas kot..

7. Namakan buku terakhir yang kamu beli?
Dik Cerdas - episode 48 **sungguh x ilmiah kan?? Buku mahal okeh.. koser nak beli..

8. Apakah nama penuh kamu??
Fazilah Kamsah ....haha..kamsah tu akak yang tambah

9. Kamu lebih senang dengan ayah atau mak??
Ayah dah xde, so, dengan mak...

10. Namakan seseorang yang ingin kamu jumpa dalam hidup kamu buat pertama kalinya??
Jawapan poyo: Rasulullah... jawapan x poyo: Valentino Rossi >> nak mintakkan autograph untuk Mohd Rafi..

11. Sebutkan 8 nama sahabat yang paling rapat dengan kamu
CD Owner - fiza- cw-cik lee-cik sha-mader-fila-......

12. Adakah kamu mencuci pakaian sendiri??
Yep, pakai TANGAN okeh... kau ado??

13. Tempat yang paling seronok yang kamu mahu pergi?
UK

14. Butirkan 5 perkara tentang orang yang tag kamu.
Siapa? Farhana? hmmm... hAppYlY MarRieD...

15. 8 perkara yang amat saya gilai??
Blog-duit-mohd rafi-Icah comel-baking-........

16. Pelukan atau ciuman??
Boleh x akak xde mood nak peluk or cium sejak pregnant nih?? Padan muka Mohd Rafi...

17. 8 perkataan yang sering diucapkan??
Haiyohhh-gila ke ape?-jelek-.......

18. 8 buah buku yang paling baru di baca??
Semua journal compilers DSP Processor

19. 8 lagu yang saya boleh dengar berulang kali??
Seriously x dengar lagu. Dalam laptop ni pon langsung xde lagu kecuali lagu raya.

20. X nak TAG sesape pon....

Tuesday, February 24, 2009

haish...

Haiyohh la kan Supeervisor akak reject slides akak sbb missconception on compiler dgn assembler. So kena betulkan esok.
Pastu dia kata suruh aku cepat sikit buat programming sbb dia risau aku x siap2 lagi.. Kannn??? cemana la nak cepat kalau memang x tau buat?? Pening lak akak..

Td pagi mak akak mimpi apa ntah masak nasi lemak siap bungkus2 dalam daun pisang. Pastu makan..

Tengah hari td ada org datang jual keropok. Mak aka x nak beli. Pastu dia tanya akak, mengandung ke. Akak cakap 'x la..' sebab malas nak layan kalau dia nak jual ubat-ubatan mengandung..
Pastu dia cakap lagi ' Betul ke x mengandung? nampak mcm mengandung je..'
Wah! hebat betul orang tu. Padahal perut akak x nampak pon. Last2 akak ngaku je la pregnant.
Rupa2nya dia nak bagi akak free keropok kalau akak pregnant.
So, akak dapatla keropok 1 paket.
Terus malu sbb x beli keropok pastu dpt free.
X pe lah, akak doakan orang tu murah rezeki..

iklan