Friday, December 12, 2008
Maxis hanjeng!
Line maxis kat rumah aku tetiba dapat GPRS je. Selalunya dapat 3G full bar..
Maxis, Lu mau mati ka????
Gua bengang!!
Xpe...aku sambung buat keje..lagi sikit je nak siap..
Celaka lu maxis!! mempermainkan perasaan aku!!
To anynomous: untuk disable archive, check kat html coding tu, delete 'next' atau 'previous' entry atau apa2 la yang ko letak untuk click ke previous entry.. Nasib la ko paham ke x.. aku x boleh nak upload gambar satu2 cemana nak buat.. Good Luck!
p/s : akak suka sekals arini.. results experiment speaker Iden akak menampakkan hasil.. setelah akak tukar kepada 10x10 matrix.. Show an increament from previous 20x20 matrix.. **gituuu..matila korang x paham... yesss! isnin dah bleh jumpa supervisor tunjuk results!!... alhamdulillah...
Wednesday, December 10, 2008
Hantaran untuk budak gedikss
Adik akak nak tunang 21/12 nih.. Getik sangat belum abes blajar nak tunang dah kan??
Akak dulu uolls, dah abes blaja pon xde BF lagi **sedih**.. Hazab sangat ke muka akak uolls??? walhal akak rasa akak lagi chantek dari adik akak..**matila sindrom x nak kalah.. **larikkk
So uollls akak busy buat hantaran untuk penyapu tuh.. kenapakah akak panggil dia penyapu??? Akak tension okeh.. dah tau nak buat tema MERAH PUTIH. Dia pegi beli kemeja color biru, sejadah color hijau, kain pasang color purple, kain pelikat color coklat... Kau x pitam tengok??? terusss pengsan lite2 akak okeh bila tengok barang2 dia beli... Ala2 caca merba sangatsss.. Tapi disebabkan KEKREATIFAN akak yang maha tinggi.. akak telah berdaya saing untuk cuba juga menchantekkan hantaran PENYAPU tuh..**matila dapat akak gila.. Akak ugut dia, 'Ko basuh kete aku, aku buat hantaran ko.. hahahahahaha' ***sambil gelak syaitoonnn..
Nak tengok hantaran2 yang akak buat???
1. Sejadah
2. kemeja
3. towel
4. kain pelikat lalalala **sambil nyanyi
Sebenarnya ribbon merah itu adalah hasil recycle dari hantaran wedding akak.. Bunga dengan daun je beli lain.. Berjimat cermat katanya uolllss... Krisis ekonomi dunia kaedahnya.. Lagipon ribbon tersebut terlalu chantek untuk akak buang..**matila sindrom x nak kalah lagi...
Lepas itu, akak jua merangkap mak andam pilihan telah cuba untuk me'make up'kan adik akak. Hasilnya tadaaaa!

oh...jangan tanya akak kenapa fake eyelash tu ada 1 je.. lagi satu tu rosak pulak.. so pakkai satu je.. Volehhhh??? Tapi ni trial make up sajork occayyy!!.. nnt betul2 punya akak pakaikan la dua2.. Takkan la akak nak sabo pakaikan satu sajork.. **motiffff???
sebagai bonus entry ini... **matila bonus katanya... **matila bonus x perlu...akak letak gambar Hari Raya Aidiladha akak dan Mohd Rafi... Posisi yang sama seperti hari raya aidilfitri.. **haraap maklum..
p/s : nak tau x? sekarang Mohd Rafi feeling2 muka dia Faizal Tahir look alike sbb lepas separuh akhir juara lagu ramai orang cakap muka dia dgn Faizal Tahi tu iras2.. Termasuk anak sedara akak yang umur 6 tahun tuh.. Motiffff??? tapi akak rasa diorg buta.. sah2 la Mohd Rafi lagi gelap dan tinggi..**larrikkkkk!!
Tuesday, December 9, 2008
Semua Yang Tenat..
Hari jumaat dapat call dari Pakcik aku bagitau Nenek sedara (nenek aku dgn dia adik beradik) dan tenat kat Hospital suruh melawat. Kat Hospital Melaka. Rumah dia kat Muar.
Nak pegi. Tapi mak aku x tau jalan dan aku pon ingat2 lupa. Ade yang sesat 2 beranak pulak karang nih..
Balik rumah. Raya Haji. Jalan2 cari nangka muda. Tiba2 teringin nak makan. Rembat kat rumah pakcik aku kat Lok Heng.
Malam tadi dapat call Nenek sedara dah meninggal. Dah pukul 11 lebih. Call semua makcik2 aku, diorg ckp nak pegi lepas subuh. Aku jadi driver. Tapi sampai Muar je. Pastu aku pass mak aku kat pakcik aku sbb aku nak balik Mantin. **gila derhaka sehhh!!... Aku ajak Mohd Rafi, dia kata dia kena keje.. Ok. Suka ko lah!..
Oh... makcik2 aku punya subuh pukul 5.40 betul2 lepas subuh. Aku punya subuh 6.40 waktu biasa aku bangun subuh.. Mestilah aku kena maki sbb lambat!!..
Hasil rempitan sejati. Sampai Muar pukul 10 lebih. Jenazah baru nak di sembahyangkan kat surau sebelah.. Nasib sempat. Ramai sungguh orang.
---TENAT 2---
Ada sesapa keje company US? atau company dia supply barang untuk company US?.. Kawan aku keje Flextronic kata ramai yang dah kena VSS. Kilang Wester Digital pon sama tenat. Abang ipar aku tempat kilang dia keje supply barang kat Flextronic, dari 6 hari seminggu keje jadi 5 hari seminggu. Sekarang dah jadi 4 hari seminggu je. Yang ada anak bini tu nak makan apa? belum masuk hutang kereta... rumah lagi... errr... credit card lagi....
Adakah anda merasai kesan Ekonomi Global??
Tapi.... kerajaan Malaysia buat promosi Jualan Jimat Malaysia.... Cemana tuh???? ***larikkkkk!!!
Saturday, December 6, 2008
korban....
So, apa aku rasa??.. Aku buat2 happy je la.. sambil anyam daun ketupat untuk mertua aku. pastu cukup 20 terus balik rumah mak aku pulak..
Tapi xpe la.. aku pon bukan ada usaha pun.. bayangkan walaupon aku balik johor pon aku jumpa Mohd Rafi 2 minggu sekali. Untung aku balik johor. kalau x balik?? belum tentu sebulan sekali nak jumpa.. Konon nak jumpa Gyne pon x jumpa.. Aku ade mix feeling antara nak atau x nak.. Buat masa ni, sebelum betul2 confirm yang Mohd Rafi akan pindah aku serahkan pada takdir je la tanpa usaha..
Aku nak pregnant bukan x nak, tapi aku takut pregnant sorang2.. kalau mak aku duduk dgn aku tu lain citer. atau ade maid ke.. best jugak..
So, sekarang ni aku rasa kalau ada tu ada la.. tapi kadang2 tu sentap jugak dengar org yang baru kawen dah pregnant.. mestila akak jeless uolls...
Friday, December 5, 2008
Edisi komen rempit sejati...
akak mintak maaf akak terdisable comment2 untuk anynomous reader dgn reader yg xde account blogspot. Akak x perasan uolllss... Td CD Owner call bagitau baru akak sedar gituuuuu...
So, sekarang semua orang dah boleh komen dah..
Akak nak ucapkan terima kasih kat CD Owner kerana telah mengeposkan buku Autobigraphy VALENTINO ROSSI dari uk. Akak carik kat book store malaysia x jumpa okeh. Nasib baik murah.. GBP 7.99 sajork ..**matila duit buku belom bayar lagi..
Siapakah Valentino Rossi?? Dia adalah legend Moto Gp okeh.. Akak vangga sgt dgn dia..**matila xde kena mengena tetiba nak vangga.. Motifff kauu!! Dia muda lagi tau.. baru 29.. Tapi dah menang juara dunia sebanyak 8 kali.. Boleh x gambar akak malas nak tempek kat sini?? Korang carik sendiri kat internet volehhhh??
Sebagai balasan kepada kebaikan CD owner, akak tepek gambar akak bersama buku tersebut.. **matila orang x hingin nak tengok... **matila pakai baju kelawar disiang hari..