Tuesday, February 21, 2012

Terdampar

Ha....semalam akak ado catering lagik. Dari upm jugak. Minum petang je. Diorang order:

Roti jala +kuah kari
kuih donut
puding roti
Teh dan coffee

Comment pasal makanan ok2 saja. Air manis sangat...hahaha.
Aku anta makanan sorong troli belah kanan, dokong Pahat belah kiri. BS akak nan hado uollls. Mula2 plan nak suruh Mohd Rafi jaga kejap. Tapi dah lambat akak pegi jah tawakal moga2 semua berjalan lancar.

Lagipon catering untuk 15 orang jah. Thanks Awin!

Arini aku buat order muffin 350 biji puiler untuk Tadika/taska precint 9. Alhamdulillah ni order tetap setiap selasa dan jumaat.

Terima kasih Kak husna dan Filla dan emak Filla.. gituuuuuu..

Jadi lepas hantar muffin pukul 11 tadi aku balik membuta. Akak paksa Pahat membuta sekali. Keji tak?

Akak ingat nak buat project masak lunch dan deliver kat orang. Akak charge la RM6 untuk 3 lauk. Ok tak uollss?

kawan akak kat cyberjaya setuju nak order. Nanti akak buat menu.
Yang penting, akak tak guna MSG semua tu ye.

Jangan la ada orang dengki dengan bisnes akak. Akak dah la mesken.

Eh, Pahat belum baik sangat cirit birit. Doc ada bagi antibiotik tapi akak sebolehnya tak nak la bagi. Biar dia develop anti bodi sendirik.

Pastu, 2 3 hari nih emak bertukar menjadi singa lapar!

Bye, nak tgk fairy tail

Sunday, February 19, 2012

Dating.


Ha tu gambar masa muda belia. Eh, kasut biru adidas samoa tuh akak ada lagi sampai sekarang. Elok je lagik.

Ada ex bf sekali disitu. Larikkkkkk!

Tiba2 ada orang tag gambar ni kat FB. Aku pon dah lupa ntah bila aku ada gambar nih. Atau aku dah buang. Hehehe... Sepatutnya orang tu yang buang gambar aku tapi aku pulak yang buang gambar dia apehal?? sah2 aku yang buat hal.. Larikkkk lagi.

Gambar kat mana ni meh? Surrey ke woking?

Tadi pagi2 buta pukul 5am, Mohd Rafi dapat call dari kawan merangkap anak ikan dia yang mengatakan keter masuk lumpur tak boleh jalan.

So dia pi la tolong kejap. Since dekat round about kat rumah tu je.

Pastu dia dtg rumah aku kejap bersihkan keter. Eh, pastu akak terdengar suara pompuan.

Bila dah balik tu tanya Mohd Rafi.

Ada apa tu?

Mohd Rafi kata, Ali baru balik dating, ngantuk agaknya pegi langgar lumpur kat round about.

Akak nganga kejap...

Gituuuuu...pukul 5 pagi baru balik dating.

Kau mampoooo??

Pastu aku malas nak tanya lagik sebab Mohd Rafi tak suka akak tanya soalan mcm polis pencen.

Friday, February 17, 2012

Jumahat.

Tahniah Puan Kher yang sudah berjaya akhirnya mengeluarkan Lil Mujahid beliau di hari jumaat inih.

Pahat pon keluar pagi jumaat. 2 pagi gituuu..

Pahat dah 3 hari kena cirit birit uollss sampai bontot dia melecet setiap kali berak dia melalak2.

Akak ado letak cream beli kat klinik. Kadang2 sapu minyak gamat. Siannnn Pahat tau.

Yang bagusnya berak2 pon selera tetap ada. So kurang sikit risau.

Akak ada masalah.

Masalah akak ialah akak takde selera makan, iaitu akak langsung tak rasa lapar.

Dalam erti kata lain, tak makan pon tak apa. **lagik bagus kalau aku puasa kannn? tapi period kaedahnya.

Akak ada baca, pesakit diebetes selalu mcm tuh uollss.. aiyooo tapi akak check darah nan hado. Tapi itu 6 bulan lepas la.

Kalau aku makan pon ala2 suku pinggan sajork. Apesal meh??

Kannn uollsss... dapat makan banyak2 pon satu nikmat Allah juga ye. Tapi awas jangan terlebih!

Puan Kher pantang elok2 yah!

Thursday, February 16, 2012

alhamdulillah :)..rejeki lagik.

Alhamdulillah... ada lagi rejeki2 orang offer arini.

Ketahuilah walaupon sedikit besar ertinya buat kami. Alhamdulillah...

Semalam Pahat kena cirit birit. Aku tak pegi klinik. Sebab ingatkan kejap.

Sambung ke hari ni. Siap melalak2 menanges2 saket perut.

Jadi, akak pegi klinik terdekat. Klinik Hanita tuh. Dalam purse ada RM50 sajork sebab aku malas nak pi bank kuarkan.

Tawakal je lah. Kang kena charge lebih RM50 aku pi draw kejap kat Alamanda.

Jumpa Doc. Doc kata as long as dia ada selera nak susu dgn makan it's ok.

Dapat 4 ubat. Akak dah seram okeh takut tak cukup duet.

Kena RM33 sajork. Nasib baik. Huhu..

Nasib baik Pahat takde masalah makan ubat. Bagi je dia nganga.

Actually dia takde masalah makan apa2. Asal orang bagi dia makan tak kisah la masam ke pahit ke tawar ke manis ke...

camtuh DBKL sangat anak aku. Senang hati mak suka hati nak masak apa pon. Tak macam apak kau cerewet kannnn???

Tadi malam perut akak masuk angin, sebab selalu sangat makan lewat. Dan skrg nih akak memang kurang selera sikit sebab period kot. Makan sekali jah sehari. Breakfast minum milo atau makan karipap jah. Makan tengahhari merangkap dinner pukul 3 atau 4 petang. Kau mampooo??

Haih...apa lagi aku nak merepek ni setannnn??

Wednesday, February 15, 2012

Rezeki

Pahat di Klinik Desa. **gambar lama.

Ha tu klinik desa berupa rumah papan. Bila kau jalan bunyik ''krikk..krikkk"

Gituuuuuuuu...

Akak pi jumpa Doctor semalam. Doctor kata ok jah. Tunggu 1 tahun 6 bulan kalau dia tak reti cakap lagik jumpa dia balik.
Best tau Doctor tuh, muda lagik boleh gelak2 dengan akak lagi dalam tuh.

Akak baru lah perasa setelah berjumpa dengan kawan2 lama yang FB akak dipenuhi dengan status Pahat.
Bila jumpa kawan yang lama tak jumpa nih, diorang akak cakap:

'ooooo...ni la Pahat? Selalu tengok dalam FB je..'

'ooo ni Pahat yang selalu sebut dalam FB tu eh?

Gituuuu..Pahat menjadi glamer. Clust Pahat!

Citer Pasal rezeki,

Akak dapat cheque lebihan bayar insuran lagik. Ntah berapa banyak aku terlebih bayar ntah.

Dapat 100 jah. Tapi itu pon rezeki bukan??

Nak cakap pasal rezeki ni, datang dari pelbagai punca.

Anak ramai pon rezeki bukan?? Sebab ada orang bukan main susah nak mengandung.

Dapat duit rm10 pon rezeki bukan?? Sebab ada orang nak dapat RM10 sehari pon susah.

Dapat Makan free pon rezeki juga, ada orang tak makan sehari.

Dapat kawan yang baik dan suka menolong juga rezeki, ada orang dapat kawan makan kawan.


Ye...banyak lagi bentuk rezeki bukan dari segi wang saja. Akak bersyukur walaupon kekurangan wang sekarang tapi akak dikurniakan rezeki 'HAPPY' duduk rumah kaedahnya.

Ada aku kesah orang cakap aku ado degree oversea ke hapa tapi dok rumah? Asalkan aku tak mintak det kau sudehhhhh!!

Yela... akak tengah carik keje lah niii..!! Mujur jumpa kawan2 lama. Dapat juga korek2 keje kosong. Kalau ada REZEKI insyaAllah ada lah...

iklan