Thursday, February 16, 2012

alhamdulillah :)..rejeki lagik.

Alhamdulillah... ada lagi rejeki2 orang offer arini.

Ketahuilah walaupon sedikit besar ertinya buat kami. Alhamdulillah...

Semalam Pahat kena cirit birit. Aku tak pegi klinik. Sebab ingatkan kejap.

Sambung ke hari ni. Siap melalak2 menanges2 saket perut.

Jadi, akak pegi klinik terdekat. Klinik Hanita tuh. Dalam purse ada RM50 sajork sebab aku malas nak pi bank kuarkan.

Tawakal je lah. Kang kena charge lebih RM50 aku pi draw kejap kat Alamanda.

Jumpa Doc. Doc kata as long as dia ada selera nak susu dgn makan it's ok.

Dapat 4 ubat. Akak dah seram okeh takut tak cukup duet.

Kena RM33 sajork. Nasib baik. Huhu..

Nasib baik Pahat takde masalah makan ubat. Bagi je dia nganga.

Actually dia takde masalah makan apa2. Asal orang bagi dia makan tak kisah la masam ke pahit ke tawar ke manis ke...

camtuh DBKL sangat anak aku. Senang hati mak suka hati nak masak apa pon. Tak macam apak kau cerewet kannnn???

Tadi malam perut akak masuk angin, sebab selalu sangat makan lewat. Dan skrg nih akak memang kurang selera sikit sebab period kot. Makan sekali jah sehari. Breakfast minum milo atau makan karipap jah. Makan tengahhari merangkap dinner pukul 3 atau 4 petang. Kau mampooo??

Haih...apa lagi aku nak merepek ni setannnn??

Wednesday, February 15, 2012

Rezeki

Pahat di Klinik Desa. **gambar lama.

Ha tu klinik desa berupa rumah papan. Bila kau jalan bunyik ''krikk..krikkk"

Gituuuuuuuu...

Akak pi jumpa Doctor semalam. Doctor kata ok jah. Tunggu 1 tahun 6 bulan kalau dia tak reti cakap lagik jumpa dia balik.
Best tau Doctor tuh, muda lagik boleh gelak2 dengan akak lagi dalam tuh.

Akak baru lah perasa setelah berjumpa dengan kawan2 lama yang FB akak dipenuhi dengan status Pahat.
Bila jumpa kawan yang lama tak jumpa nih, diorang akak cakap:

'ooooo...ni la Pahat? Selalu tengok dalam FB je..'

'ooo ni Pahat yang selalu sebut dalam FB tu eh?

Gituuuu..Pahat menjadi glamer. Clust Pahat!

Citer Pasal rezeki,

Akak dapat cheque lebihan bayar insuran lagik. Ntah berapa banyak aku terlebih bayar ntah.

Dapat 100 jah. Tapi itu pon rezeki bukan??

Nak cakap pasal rezeki ni, datang dari pelbagai punca.

Anak ramai pon rezeki bukan?? Sebab ada orang bukan main susah nak mengandung.

Dapat duit rm10 pon rezeki bukan?? Sebab ada orang nak dapat RM10 sehari pon susah.

Dapat Makan free pon rezeki juga, ada orang tak makan sehari.

Dapat kawan yang baik dan suka menolong juga rezeki, ada orang dapat kawan makan kawan.


Ye...banyak lagi bentuk rezeki bukan dari segi wang saja. Akak bersyukur walaupon kekurangan wang sekarang tapi akak dikurniakan rezeki 'HAPPY' duduk rumah kaedahnya.

Ada aku kesah orang cakap aku ado degree oversea ke hapa tapi dok rumah? Asalkan aku tak mintak det kau sudehhhhh!!

Yela... akak tengah carik keje lah niii..!! Mujur jumpa kawan2 lama. Dapat juga korek2 keje kosong. Kalau ada REZEKI insyaAllah ada lah...

Monday, February 13, 2012

aih, the reason why..

eh, ropa2nya sebab aku demam+sakit tengkuk+ merangkap sakit kepala + sakit badan adelah disebabkan oleh ulser2 yang bermaharaja lela di tekak.

Oihh... bukan 1 atau 2 ye... tapi banyakkkkk.

Punyala gigih aku menyuluh tekak di malam2 hari menggunakan lampu picit a.k.a henpon zaman batu ku itteww... Kau ado?

Rupanya banyak ulser kat tekak. Oih!!

Tapi kenapa kah ulser boleh ade kat tekak??

Dan kenapa pulak ulser tu menyebabkan aku kesakitan seluruh badan.

Tolong Doctor2 jawab. Akak pose2 malas nak google.

Korang baca paper Metro semalam tak? citer frontpage ittteww yang bertajuk sumpah darah?

Gila babi ke hapa budak pompuan tu dan boyfriend dia having sex setiap kali dia period? Keluar haid?

YUK!! nak muntah akak baca tauuu... Pengotor gila okeh. Kau boleh bayangkan tak time korang berdarah2 itteww boleh pulak boyfren dia ghairah disitu... Vodoh!!

Kang kalau kena SIPLIS dua2 ekor jangan sibuk mintak simpati pulak! Keji sungguh la budak2 zaman sekarang nih.

Hormone Endorphine

okeh, semalam sedang akak bersakit-sakitan dirumah, tiba2 Mohd Rafi ajak Pahat keluar beli air vitagen.
Keji sangat kann ajak Pahat je? Akak pon jerit dari jauh nak ikott!

So pegi Alamanda. OTW aku call CD Owner.
Sampai Alamanda Fiza call kata nak datang. Pastu aku xde kat rumah.. Rasainnnn kau datang tak call aku dulu. Pastu dia pegi Alamanda.

Then Cd owner stalk kitorg okeh. Keji kan nak stalk2 orang?? Then Aisar, Yanti dan Inn+Bak

Wah... tetiba menjadi meriah disitu. Lalu berborak dekat tengah jalan. Tiba2 akak menjadi sehat gituuuu.. Sebab akak happy dapat borak2 dengan kawan surrey.

Mohd Rafi tukang kejar anak dia. Fiza tukang amek gambar. Tapi Fiza, motipp kau amek gambar aku pejam mata??? Sabotage kahhh???


Eh, akak amek gbr passport kat Alamanda semalam. Tapi motipp dia tak bagi softcopy? Dah la printer 3 in 1 aku tu tak boleh nak connect dgn laptop i dont know why.

Kejihhhhh!

Semalam balik akak goreng ayam, masak sayur bening, telur masin dengan sambal belacan jah.
Sebab aku masak banyak, merasa tengah hari ni makan benda yg sama.

Kalau Pahat behave, akak nak buat karipap pusinglah uollss..

Bye...akak nak hantar resume tapi tak letak gambar.. Boleh kah??

Sunday, February 12, 2012

tak boleh tido uollsss..

Kaedahnya akak baru jah siapkan rainbow kek customer. Lepas ittew, time nak deco lupa icing sugar habes pulak.

Takde keje haku pukul 12 malam nih nak pegi kedai carik icing sugar. Itu pon kalau ada dan kedai bukak lagi.

Tunggu esok pagi la yek..

Eh tadi tengah hari akak gigih bawak Pahat makan kenduri kat akikah anak Sid. Kena la makan cepat2 uollls... Sedaplah. Tak bau kambing pon. Kueh pon sedap. **matila tak sedar diri tak masak tengah hari.

Pastu balik akak terjelepuk kat tilam kedemaman. Dah 2 3 hari pon badan akak saket2.

Akak lapar lah uolls.. Arini akak masak lauk tak sedap. **matila dah mesken makan nak sedap jah.

Akak ingat esok nak masak nasik tomato lah. Eh, tapi tadi akak terfeeling2 masak nasik banyak lah pulak.. Merasa lah makan nasik goreng jah.

Mohd Rafi pon dah tau komplen balik2 nasik goreng jah.

Akak bukan apa uolls, nak menyelamatkan nasik tuh, jadi merasa hari2 sarapan nasik goreng.

Ada orang tanya akak tau, best tak duduk rumah? gila tak best?? Mestilah best. Duduk rumah layan Pahat. Yang tak bestnya money...money...money jah. Oih, aku nak amek gambar passport nak isi borang keje pon kena tunggu ahad Mohd Rafi cuti.

Abes tu nak bawak Pahat amek gambar sekali? ntah kemana2 dia merayau. Kang hilang anak akak meraung bapak dia.

Eh, akak baru baca gossip Najwa Latip beli keter cash. Walaupon lagu dia nan ado chorus dan monotone **tetiba terkutuk. Tapi dia mampu okeh beli keter cash.

Macam ni akak nak jadi penyanyi jugak lah. Boleh cepat kaya. Boring lah jadi mesken...**Larikk.

iklan