Monday, February 13, 2012

Hormone Endorphine

okeh, semalam sedang akak bersakit-sakitan dirumah, tiba2 Mohd Rafi ajak Pahat keluar beli air vitagen.
Keji sangat kann ajak Pahat je? Akak pon jerit dari jauh nak ikott!

So pegi Alamanda. OTW aku call CD Owner.
Sampai Alamanda Fiza call kata nak datang. Pastu aku xde kat rumah.. Rasainnnn kau datang tak call aku dulu. Pastu dia pegi Alamanda.

Then Cd owner stalk kitorg okeh. Keji kan nak stalk2 orang?? Then Aisar, Yanti dan Inn+Bak

Wah... tetiba menjadi meriah disitu. Lalu berborak dekat tengah jalan. Tiba2 akak menjadi sehat gituuuu.. Sebab akak happy dapat borak2 dengan kawan surrey.

Mohd Rafi tukang kejar anak dia. Fiza tukang amek gambar. Tapi Fiza, motipp kau amek gambar aku pejam mata??? Sabotage kahhh???


Eh, akak amek gbr passport kat Alamanda semalam. Tapi motipp dia tak bagi softcopy? Dah la printer 3 in 1 aku tu tak boleh nak connect dgn laptop i dont know why.

Kejihhhhh!

Semalam balik akak goreng ayam, masak sayur bening, telur masin dengan sambal belacan jah.
Sebab aku masak banyak, merasa tengah hari ni makan benda yg sama.

Kalau Pahat behave, akak nak buat karipap pusinglah uollss..

Bye...akak nak hantar resume tapi tak letak gambar.. Boleh kah??

Sunday, February 12, 2012

tak boleh tido uollsss..

Kaedahnya akak baru jah siapkan rainbow kek customer. Lepas ittew, time nak deco lupa icing sugar habes pulak.

Takde keje haku pukul 12 malam nih nak pegi kedai carik icing sugar. Itu pon kalau ada dan kedai bukak lagi.

Tunggu esok pagi la yek..

Eh tadi tengah hari akak gigih bawak Pahat makan kenduri kat akikah anak Sid. Kena la makan cepat2 uollls... Sedaplah. Tak bau kambing pon. Kueh pon sedap. **matila tak sedar diri tak masak tengah hari.

Pastu balik akak terjelepuk kat tilam kedemaman. Dah 2 3 hari pon badan akak saket2.

Akak lapar lah uolls.. Arini akak masak lauk tak sedap. **matila dah mesken makan nak sedap jah.

Akak ingat esok nak masak nasik tomato lah. Eh, tapi tadi akak terfeeling2 masak nasik banyak lah pulak.. Merasa lah makan nasik goreng jah.

Mohd Rafi pon dah tau komplen balik2 nasik goreng jah.

Akak bukan apa uolls, nak menyelamatkan nasik tuh, jadi merasa hari2 sarapan nasik goreng.

Ada orang tanya akak tau, best tak duduk rumah? gila tak best?? Mestilah best. Duduk rumah layan Pahat. Yang tak bestnya money...money...money jah. Oih, aku nak amek gambar passport nak isi borang keje pon kena tunggu ahad Mohd Rafi cuti.

Abes tu nak bawak Pahat amek gambar sekali? ntah kemana2 dia merayau. Kang hilang anak akak meraung bapak dia.

Eh, akak baru baca gossip Najwa Latip beli keter cash. Walaupon lagu dia nan ado chorus dan monotone **tetiba terkutuk. Tapi dia mampu okeh beli keter cash.

Macam ni akak nak jadi penyanyi jugak lah. Boleh cepat kaya. Boring lah jadi mesken...**Larikk.

Saturday, February 11, 2012

Saket

Hoih, mengapakah sejak berumur 30 series... nih badan selalu saket2?

Kepala pon selalu saket2. Makan paracetamol tak jalan aku telan ponstan.

Adekah sebab dah jarang exercise. Bukan jarang ye... TAK PERNAH.

Merasa la kau kannnn??

EH,pastu akak pegi check up Pahat kannn, Nurse tu buat appointment dengan Doctor tau next week. Sebab, dah 1 tahun 4 bulan sepatah haram perkataan pon Pahat tak reti cakap.

Arahan dia paham. Kalau suruh bye bye ke, kiss ke, amek henpon emak yang malas nak bangun ke..**matilah.. suruh baca doa ke..

Tapi nurse tu kata masalahnya dia sepatutnya dah bercakap 1 2 patah perkataan.

Jadi next week kenala akak jumpa Doctor.

Akaknan ado lah risau mana tapi dah nurse tu suruh, akak pon pegi jahhh.

Hoih...bye, saket badan.

Tuesday, February 7, 2012

Terkunci

Motippp update sejam sekali??

Kasik chance la uollss... Esok2 kang akak dah terminate broadband nih nan hado nak update bagai...

Arini akak dah bersiap2 keluar pegi rumah fiza sebab nak pegi Nilai 3 carik barang sourvenir untuk customer.

Pastu, kunci rumah Mohd Rafi bawak. Kunci lagi satu dalam kereta. Masalahnya, cemana nak bukak mangga grill rumah kannnn??

Akak call Mohd Rafi keji nak mampus dia busy tak boleh anta kunci.

Akak dah pakai tudung tau uollssss..

Akak suruh CD Owner kat cyber, tak rehat katanya... Kau mampoooo tak rehat????
Kannnnnn????

Selepas 2 jam, akak fikir2... Baru teringat yang mangga dapur guna kunci lain sikit.

Oih nasib baik boleh bukak tau... Tapi Pahat pulak tido. Tunggu dia bangun lah.

Termination

I decided, sementara nak dapat kerja atau dapat catering job yang boleh support hidup, akak nak terminate benda lagha yang menambahkan bil seisi rumah.

Termasuk, broadband maxis dan juga bil maxis. Lepas ni guna prepaid sajork. So sapa2 feeling2 bagi msg akak tak reply tu sila mau hengat.

Then, channel2 yang tak perlu dan mahal seperti channel sport tuh. Mohd Rafi jah yang tengok. Kesimpulannya akak amek channel yang basic RM39.90 tu jah.

Lagi apa yang aku perlu kurangkan eh??

Nak kata kurangkan makan luar memang hari2 aku masak. Kurangkan jalan2 pon memang duduk rumah je pon.

Biasala kan, orang yang takde duet haruslah fikir cemana nak carik duet. Orang yang banyak duet tengah fikir pulak cemana nak habeskan duet bulan depan gaji.. **matilaaa..

Duet simpanan akak cukup sampai bulan depan sajork.

Bulan depan lagik kalau nan ado income terpaksa lah emak jual emas Pahat... ** sorry pahat, nanti emak ganti balik.

Eh, takpe lah kan akak tulis perihal kemeskenan akak disini. Nanti bila akak dah kaya akak tak lupa diri kaedahnya.

Byeee!!

iklan