Wednesday, January 11, 2012

AYERS ROCK damansara

Kannnn??? baru nak update pasal Ayer Rock.

DI sebabkan 4 bulan lepas CD Owner berjanji nak belanja akak sekeluarga, jadi Ahad lepas akak paksa dia belanja kat AYERS ROCK.

Mula2 akak suh dia belanja kat istana bambu tapi akak feeling2 tukar uollss... Keji tak??

Akak ajak Fiza sekali. Sorry uollls gambar sebelum makan nan hado pulak.

Akak order Wagyu Rib Eye -RM118 > mampos kalau guna duet sendiri jangan harap aku nak order.
Review : Sumpah tak sedap. Rasa hanyir daging, rasa rumput. TAPI daging memang lembut. So akak dah tau la rasa wagyu beef yang orang korea dan jepun agung2kan itttewww. Aku order medium dapat medium well.

Mohd Rafi order - Dia pon tak tau dia order apa bolehhh?? Tapi dia pilih steak kat kaunter.
Review : Sedap. Dia mintak medium well tapi dapat medium. Daging lembut. Rasa boleh tahan.

CD owner order - Agnus apa ntah ke nama dia
Review : Tak sedap dan liat. Order Medium well dapat medium jugak

Fiza Order - Lamb apa aku lupa***matila kannn
Review : Sedap! dan lembut.

Last sekali order beef ball > sedap tapi lagi sedap ikea.

Overall, takkan makan di situ lagik kalau ada duet. Kalau tak pon just amek burger sajork. Akak rasa kalau gravy dia tu lain mcm black pepper gravy ke lagi sedap kot.

Balik kitorang jalan2 ke One Utama. Awas! Jalan2 sajork sebab akak kan mesken. Paling2 pon beli air dengan Donut jah.


Budak ni mula2 excited nak masuk Kiddie Ride. Tapi itu semua hanya seketika. 30 minit kemudian dia boring sibuk keluarkan kaki nak turun. Keluarkan kepala lah. Tak sampai sejam aku sewa dah pulang baling. Keji!

Nasib baik murah RM3 sajork.

Akak tak berapa familiar dengan One Utama, tapi akak nak breastfeed kan Pahat. Masukkan la changing room. Ada budak ni SINGLE tengah duduk2 main henpon. Akak jeling2 suruh bangun pon nan ado dia paham. Hellooooo ni bilik ibu bapa yang ada anak bukan untuk kau duduk main henpon.

Last2 aku tak jadi lah breastfeed Pahat sebab takde tempat. Ajak Mohd Rafi balik, BF dalam keter dan terus Pahat tidoooo...


Tuesday, January 10, 2012

Amboiiii mentang2 dah pandai jalan...

Pahat dah setahun 3 bulan arinih.

Akak nak pengsan tiap kali nak memasak. Dah la konsep kitchen akak tu OPEN. Akak basuh pinggan tetiba dia dah kat tong sampah. Kang akak tengah masak dia tengah mencapai pinggan kaca aku. Kusss semangat aku menjerit.

Tengah basuh kain tetiba abes bawang2 aku terabur. Istiqfar banyak2 emak.

Jadi kalau feeling2 nak buat keje tu kena tunggu dia tido. Ataupon kalau nak masak kena masak yang simple2 je.

Baking pon kena tunggu dia tido jugak.

Eh, aritu kan pegi klinik nurse tu cakap sepatutnya setahun 2 bulan dah tau cakap 1 2 patah perkataan. Nan hadoooo okeh Pahat. Dia pandai bercakap bahasa baby jah.

Lion pandai tau bercakap dengan Pahat. Ntah bahasa apa emak nan ado tau.

Akak nak tunjuk gambar Pahat dengan Lion masa balik Johor aritu.


Rambut macam durian nih adelah LIon.


Yang botak tu anak akak lah. Menyibuk kat Lion yang tengah main henpon apak dia.


Di jusco TEBRAU. Campak dalam troli2 dua2 budak. Tapi kejap je lah nak. Lepas tu meraung2 nak turun jalan sendiri. LIon tu takpe la ada Apak dia kejar. Kau tu Pahat ado emak ni je okeh. Semput nak kejar kau sambil tolong nenek pilih handbag.


LIon sibuk je nak rampas bantak Pahat. Ko tau tak tanpa bantal itteww Pahat tak boleh tido ha??? Dalam gambar tersebut kedua2 budak sedang melalak ye uolls.. bukan sedang ketawa.


Pahat menumpang kasih kat Apak LIon. Pahat kan kekurangan Kasih sayang Ayah dia, so kat Johor tu mana2 lelaki yang berkulit gelap dia ingat APak dia.
Sibuk je PEHA besar emak LIon menyibuk dalam gambar tuh.

OKlah, akak nak tido pulak uollss...

Monday, January 9, 2012

1 ronok 2 ronok 3 ronok beronok2!!

Seronok tak duduk rumah jah tak payah pegi kerja??

Seronok uolllssss...

Akak suka!!

Cuma yang tak berapa ronoknya takde duet la gituuuu...

Eh, akak nak citer sikit boleh? Aritu ada orang nak order kek rainbow. 8' dengan edible printing sekali. Akak quote harga RM40. Sebab edible printing tu je dah RM18 hokeh. SO cake itttew harga Rm22 lah. Dia reply ' Haaaaaa'

gitttewww.... sorry je lah, akak memang tak boleh bagi harga lagi kurang dari tu. Dah la rainbow cake. Kalau butter cake biasa takpe lah. So lepas tu akak nan ado reply. Biarje lah dia tanya bakers2 lain. Mana tau kot2 dapat rainbow cake with edible printing dengan harga lagi murah ke kannn??

Akak malas lah nak kerja. Kalau akak nak kerja akak nak kerja yang flexible gituuuuu... Ala2 kerja work from home nan ado kah uolllssss???

Memang mampus lah aku tak buat kerja kalau from home je kannnn????

Eh, semalam akak makan wagyu rib eye kat AYERS ROCK yang berharga RM118. Matila kannnn bukan guna duet sendiri. Paw orang kaya!

Friday, January 6, 2012

Mesin basuh yang tak berapa baru sangat.

Korang pernah dengar KUALA??

Yang kat rengit batu pahat tuh. Tempat orang asli jual2 barang2 letrik yang diorang dapat dari singapore.

BUkan barang letrik je, perabot chantek2 pon ada.

Ari isnin aritu akak aku ajak pegi situ. Lepas maghrib. Gigih tak dari kulai beramai2 pegi Kuala tuh?

Akak pegi nak carik mesin basuh, sebab mesin basuh rumah akak dah rosak. Alaaa beli pon chap SEMI AUTO CHAP Pensonic, murah ja rm300 3 tahun lepas. Memang patutla rosak pon.

Kat KUALA tu mcm2 barang letrik ado. Kedai dia berderet. Kena pandai tawar. Jalan2 sampai kedai ujung baru jumpa Mesin basuh yang chantek sikit. Auto, chap Samsung.

Harga RM250. Boleh la kan.. Dah nama pon second hand.


Ada budak menyelit kat situ.

Akak aku beli peti sejuk saiz pintu chap Panasonic kat situ harga RM680.

Pastu balik kulai, abg ipar aku samak kan mesin basuh ittew dan esoknya try. Try membasuh 3 kali ok je semua functionnya. Angkut sumbat dalam kereta kenari aku tuh.

Kat kuala tu ada warranty okeh beli barang letrik nih. Tapi seminggu atau 2 minggu jelah.

Untuk2 orang2 miskin dan tak berkerja mcm akak nih sesuai lah uollssss....

Thursday, January 5, 2012

BACKKKKKK!!!!

Homaigod!

Akak hadirkan diri setelah seminggu lebih di johor.

Walaupon akak sudah tidak berkerja. Tapi akak rasa ada hikmahnya aku tak keje. Boleh la aku temankan mak aku hantar ke sana sini uruskan masalah dia. Bukan, masalah keluarga kami. Yela kann kalau aku keje takkan nak amek cuti seminggu lebih dibulan Januari pulak kannnn??

Takpe lah, perancangan Allah tu lagi cantik. Mungkin dia suruh aku tolong mak aku uruskan perkara tu.

Aku tak boleh cerita masalah aku tu kat sini.

Tapi BA aku rasa ko boleh agak apa dia. BA weh, aku msg ko aritu nak jumpa ko before ko balik kampung tapi ko nan hado reply. Aku pon lupa ko busy, aku pon tetiba kena uruskan benda2 tu pulak.

Tapi best lah dapat balik kampung. Aku teringat2 lagi sambal tempoyak emak kau. Apsal ntah.

Yang penting aku sekarang pon mengikuti jejak langkah ko dengan tidak berkerja. Gituuuuu...

Aku pon nak doakan diri sendiri semoga murah rezeki ditahun 2012. Dan juga semoga adik aku insaf.

Kesian aku tengok emak aku. Yang sedara mara aku pulak kesian tengok Pahat, sebab aku angkut ke sana sini setiap HARI aku bawak kehulu hilir.

Kata makcik aku, 'Nanti Pahat ni dah besar dia tau, susahnya mak dia, nenek dia kesana sini..'

Camtuh. Akak balik johor dengan emak akak dan Pahat sebab Mohd Rafi keje.

Eh, akak dah pegi JPO 2 kali. Murah kah??? Tak langsung pon!!! Tidak langsung akak feeling2 mampu nak bershopping disitu. Akak hanya mampu beli coklat DAIM disitu. Kali ke dua akak pegi coklat DAIM pon dah abes. keji!

APa aku merepek ni setannnn??? Sorry uollss akak baru baik demam 2 hari nih.

Cerita di johor sangat panjang berjela2. CD owner nanti aku cerita kat ko. Aku tengah menyusun kekuatan.

iklan