Monday, January 9, 2012

1 ronok 2 ronok 3 ronok beronok2!!

Seronok tak duduk rumah jah tak payah pegi kerja??

Seronok uolllssss...

Akak suka!!

Cuma yang tak berapa ronoknya takde duet la gituuuu...

Eh, akak nak citer sikit boleh? Aritu ada orang nak order kek rainbow. 8' dengan edible printing sekali. Akak quote harga RM40. Sebab edible printing tu je dah RM18 hokeh. SO cake itttew harga Rm22 lah. Dia reply ' Haaaaaa'

gitttewww.... sorry je lah, akak memang tak boleh bagi harga lagi kurang dari tu. Dah la rainbow cake. Kalau butter cake biasa takpe lah. So lepas tu akak nan ado reply. Biarje lah dia tanya bakers2 lain. Mana tau kot2 dapat rainbow cake with edible printing dengan harga lagi murah ke kannn??

Akak malas lah nak kerja. Kalau akak nak kerja akak nak kerja yang flexible gituuuuu... Ala2 kerja work from home nan ado kah uolllssss???

Memang mampus lah aku tak buat kerja kalau from home je kannnn????

Eh, semalam akak makan wagyu rib eye kat AYERS ROCK yang berharga RM118. Matila kannnn bukan guna duet sendiri. Paw orang kaya!

Friday, January 6, 2012

Mesin basuh yang tak berapa baru sangat.

Korang pernah dengar KUALA??

Yang kat rengit batu pahat tuh. Tempat orang asli jual2 barang2 letrik yang diorang dapat dari singapore.

BUkan barang letrik je, perabot chantek2 pon ada.

Ari isnin aritu akak aku ajak pegi situ. Lepas maghrib. Gigih tak dari kulai beramai2 pegi Kuala tuh?

Akak pegi nak carik mesin basuh, sebab mesin basuh rumah akak dah rosak. Alaaa beli pon chap SEMI AUTO CHAP Pensonic, murah ja rm300 3 tahun lepas. Memang patutla rosak pon.

Kat KUALA tu mcm2 barang letrik ado. Kedai dia berderet. Kena pandai tawar. Jalan2 sampai kedai ujung baru jumpa Mesin basuh yang chantek sikit. Auto, chap Samsung.

Harga RM250. Boleh la kan.. Dah nama pon second hand.


Ada budak menyelit kat situ.

Akak aku beli peti sejuk saiz pintu chap Panasonic kat situ harga RM680.

Pastu balik kulai, abg ipar aku samak kan mesin basuh ittew dan esoknya try. Try membasuh 3 kali ok je semua functionnya. Angkut sumbat dalam kereta kenari aku tuh.

Kat kuala tu ada warranty okeh beli barang letrik nih. Tapi seminggu atau 2 minggu jelah.

Untuk2 orang2 miskin dan tak berkerja mcm akak nih sesuai lah uollssss....

Thursday, January 5, 2012

BACKKKKKK!!!!

Homaigod!

Akak hadirkan diri setelah seminggu lebih di johor.

Walaupon akak sudah tidak berkerja. Tapi akak rasa ada hikmahnya aku tak keje. Boleh la aku temankan mak aku hantar ke sana sini uruskan masalah dia. Bukan, masalah keluarga kami. Yela kann kalau aku keje takkan nak amek cuti seminggu lebih dibulan Januari pulak kannnn??

Takpe lah, perancangan Allah tu lagi cantik. Mungkin dia suruh aku tolong mak aku uruskan perkara tu.

Aku tak boleh cerita masalah aku tu kat sini.

Tapi BA aku rasa ko boleh agak apa dia. BA weh, aku msg ko aritu nak jumpa ko before ko balik kampung tapi ko nan hado reply. Aku pon lupa ko busy, aku pon tetiba kena uruskan benda2 tu pulak.

Tapi best lah dapat balik kampung. Aku teringat2 lagi sambal tempoyak emak kau. Apsal ntah.

Yang penting aku sekarang pon mengikuti jejak langkah ko dengan tidak berkerja. Gituuuuu...

Aku pon nak doakan diri sendiri semoga murah rezeki ditahun 2012. Dan juga semoga adik aku insaf.

Kesian aku tengok emak aku. Yang sedara mara aku pulak kesian tengok Pahat, sebab aku angkut ke sana sini setiap HARI aku bawak kehulu hilir.

Kata makcik aku, 'Nanti Pahat ni dah besar dia tau, susahnya mak dia, nenek dia kesana sini..'

Camtuh. Akak balik johor dengan emak akak dan Pahat sebab Mohd Rafi keje.

Eh, akak dah pegi JPO 2 kali. Murah kah??? Tak langsung pon!!! Tidak langsung akak feeling2 mampu nak bershopping disitu. Akak hanya mampu beli coklat DAIM disitu. Kali ke dua akak pegi coklat DAIM pon dah abes. keji!

APa aku merepek ni setannnn??? Sorry uollss akak baru baik demam 2 hari nih.

Cerita di johor sangat panjang berjela2. CD owner nanti aku cerita kat ko. Aku tengah menyusun kekuatan.

Tuesday, December 27, 2011

Jalan2 ke pantai puiler..

Sebab akak esok nak balik johor. Tak tau la seminggu ke 2 minggu ke forever ke... SO akak tinggalkan dengan update2 yang lapuk. Matilahkan feeling2 diva.

Ni berita last week semasa Mohd Rafi pegi Jakarta.

Bawak anak sedara aku Beena nih jalan2 kat pantai putrajaya sebelah Pullman tuh.
Beena kurus kena tiup angin melayang.


Nak melepaskan diri. Si Beena tu dengan Pahat dah nak sama besar uolls.. Kalau dibiarkan Pahat tuh mau terjun dalam tasik tu kang.


Sibuk berjalan atas pasir.

Masa akak pegi keje Beena tu lah yang mandikan Pahat. Sebab Mak akak tak kuat nak angkat Pahat, tangan mak akak kan patah tak baik2 lagik.

Akak pon suka sebab dia boleh jagakan pahat time akak masak gituuu.

Esok akak balik johor dengan membawa 20kilo durian beli kat pasar. Sampai luka2 kaki aku mengangkat. Gigih punya pasal kannnn??

Dah tu balik rumah Mohd Rafi paksa aku letak kat luar sebab dia tak tahan bau durian. Keji sangat kann??

Byeeeee... Dont Miss Me!

Kereta baru

Uolllss aritu akak balik johor, akak singgah rumah Tipot Ompong. Pastu ada kereta Lion tu, Pahat suka la pulak naik. Pastu memekak picit lagu2 yang ado kat keter tuh.

Pastu Pahat tu over la pulak naik keter tu mcm dia punya..

Pastu akak citer kat apak dia. Apak dia kata:
'Nanti ayah belikan tau..'

Cuba kalau akak yang mintak. Hado??? nan hadoooo!

Budak botak kesayangan apak. Akak pon tak tau sapa yang ajar dia buat molot mcm tuh. Mohd Rafi tuduh akak tauuu..

So, ahad christmas akak pon feeling2 pegi KL cari kereta dia. Pegi lah kat jalan apa ntah yang banyak2 kedai jual toys tuh.

Ni kat depan kedai toys tuh.

Tapi nan ado jual kereta murah2 uollss.. Ado kereta remote mcm Aaron nephew Fiza hado,

Ala...yang duduk pastu orang kawal keter tu guna remote tuh... Harga kat situ dalam RM370. Koserrrr lah kitorang yang mesken ni nak belikan Pahat.

Pegi dalam 3 4 kedai pon nan ado.

Pastu pegi la Jalan Tar misi utama nak bawak mak aku jalan2 cari kain.

Ya Allahhhhhhh.... ramainya manusia kat Jalan Tar. Kat depan SOGO tuh dah mcm ado parade akak tengok.

Last2 akak pegi 4 5 kedai kain je dah. Koserrr uollss nak jalan jauh2. Pastu terus pegi SOGO.

SOGO memang SALE banyak. Kalau akak kaya dah lama akak kirai duit kat SOGO itteewwww..

Tapi cari barang pahat sajork.

Beli la baju yang sekali dengan seluar tuh RM10. Emak mesken. Dan Apak belikan Pahat Lori askar.

Ni ha Lori askar Pahat. Harga RM47 hengget. Memang yang paling murah yang ado kat situ akak beli uolllsss..

iklan