Monday, November 21, 2011

Anak apak.


Kannnn??? gaya tido sama kaedahnya. Walaupon Pahat cerah banyak dari apak. Apak nampak sipi2 je kat belakang tuh.

Muka happy dalam parkson Alamanda. Biasala kannn hari ahad adelah hari bersama apak.. **kata apak dia.

Nasib baik arini ujan sepanjang hari. Kalau tak Apak kata dia nak pegi keje jugak... Pengsan dengan pahat lagik!

Saturday, November 19, 2011

Entry Miss you so much and I wish i had million dolar.

Entry meroyan rindukan UK uolllss..

For sure ex surreyian jugak meroyan rindukan uk. Terutamanya bila Cik Sha upload gambar2 baru Uni of Surrey..

Homaigod. Akak rasa mcm mimpi pernah duduk sana selama 3 tahun.

That was the bestest memories and friends i had.

As uolls know, hard disk akak yang FULL dengan gambar ketika di SURREY/UK. Telah dihilangkan oleh FIZA.

Sentap!

Jadi sebagai mengimbau kenangan akak upload gambar dari fotopages akak suatu ketika dulu. Nasib baik fotopages masih lagi hidup. ni pon yang ado gambar masa melawat scotland on christmas day.

Baju pelampung ni dah selamat akak bungkus2 masuk dalam kotak. Sapa feeling2 nak melawat time winter boleh amek baju tuh.

Walaupon akak telah dikutuk membeli baju winter ala2 pelampung tapi akak suka baju ittew sebab panas je pakai time winter okeh.

Akak ingat lagi time nak pi UK tu akak gigih keje kilang sebab nak cari duit bayar yuran ielts. Pastu tambang pegi ulang alik KL lagik. Semua guna duet sendiri sebab masa tu emak akak tak mampu kaedahnya.

Nak tak nak kena keja kilang. Pastu supervisor tu macam lahanat sangat mentang2 akak operator jah. Janji keje 4 hari. Tapi bila kau taknak buat OT jumaat sabtu merasa la kau kena maki.

Lepas tu akak apply pulak jadi repairer pulak. Tapi sebulan jah. Lepas tu pi UK. Duit gaji tu akak buat beli barang2 dan baju pegi uk. Itu pon akak beli chap ayam sajork. Baju pon nan ado jenama. kasut pon beli yang murah RM10 tu ha.

Nasib baik pegi time autumn. Pakai jaket biasa2 je pastu. Weekend pegi woking beli kasut baru. Akak ingat lagi kasut jenama 1st yang akak beli adelah ADIDAS samoa tuh. 15 pound for 2. Satu color biru gelap. Satu color purple. Kasut tu wujud lagi ye sampai skrg..

Tu la uolls... tak semua dilahirkan senang. Ada masa kita kena berusaha mcm nak gila untuk memdapatkan sesuatu.

All in all, thanks to mARA kerana merealisasikan impian akak.. Akak dah bayar abes pon MARA punya utang.

Bye.....

Friday, November 18, 2011

Tamak

Tu diah semua nak masuk kat mulut.

Semalam kan akak dok busy siapkan order orang, sekali je Pahat dengar bunyi moto kat depan rumah.

DIa pon kelam kabut pegi kat pintu siap melalak2 bagai..

Tapi, tu bukan apak dia uolls... Tu orang lalu saja nak rem kat depan rumah akak kuat2 kannn??

Dah tu dia dok tunggu la kat depan pintu tu sambil capai2 tombol mcm dia tau nak bukak je.

Sebab selalunya apak dia balik dia tunggu kat pintu pastu melalak, nanti apak dia amek.

Semalam lama jugak dia tunggu apak tak amek2 jugak.. Last2 dia mengamuk. Aiyoohhh terus terhenti pembuatan kek akak.

DIa tak tau next week apak nak pegi indon 4 hari.. Merasa apak bawak pahat sekali!

Wednesday, November 16, 2011

Weekend yang indah.

indah la sangatttttt kannnn??

Macam biasa hari sabtu Mohd Rafi keje.

Pagi tu akak baking 2 tray brownies. Satu akak letak cream cheese topping. Satu lagi akak topping choc ganache. Resepi amek kat mana akak dah lupa tapi website omputeh mana ntah..

Yang cheese brownies akak bungkus dan bawak ke rumah Fiza. Dari akak boring kat rumah lebih baik akak bawak Pahat jalan2 pegi rumah Fiza.

Pastu kitorang pegi Seremban. Pegi butik D Haja. Dalam kete Pahat tido tak sedarkan diri. Sampai kedai pon tak sedarkan diri jugak, lalu akak campak dia kat sofa yang ada dalam butik tuh.

Citer pasal Butik D haja tu dia ada jual tudung express Rm 4.99. Tudung yang ala2 Ratu tu harga RM75 . Tak koser akak nak beli. Tudung yang murah ittew pon akak nan ado beli sebab awning dia tak chantek. Last2 akak beli shawl jah.

Hari ahad Mohd Rafi cuti. Yeay!!. Dia belanja makan. Akak suspect gaji dia banyak bulan ni tapi taknak bagitau akak. Keji kann??

Mula2 nak makan kat The little cafe bangi tu. Tapi kedai dia ala2 exclusive sangat tak berani kitorg nak masuk.

So, round satu bangi, kitorg end up masuk 'Taste'

Owner dia omputeh uolls.. Akak suspect dia kawen dgn melayu sebab menu malay pon ado dalam tuh.

Konsep kedai dia blue and brown. Tu Pahat tak reti duduk diam selagi tak bagi dia makanan.

Mohd Rafi order Marinara pasta. Dia ni kalau makan western memang suka order pasta jah.

Pasta dia sedap. Rasa italian. Seasoning very lite yet rich. Senang citer 40 kali lebih sedap dari pasta Pizza hut yang keras tuh.

Mushroom soup ni akak order. Pun sedap jugak. Very rich taste of mushroom.

Harga pon ok. Not bad. Pasta dalam rm12.90. Mushroom soup RM6.

all in all akak puas hati la makan kat situ.

Tuesday, November 15, 2011

Nah! update mix and match.

Mula2, hari khamis lepas, gigih pegi lunch cepat2 sebab pukul 1 akak ada lab MicroP.

Tup tup, akak tersepit jari kat kereta uollsss... Aiyoooo menjerit akak disitu jugak.. Kali ni jari kelinking pulak kena. Sebelah jari yg kena sepit bulan puasa aritu. Dah la jari yg tu pon dah hodoh tersepit pintu. Nasib baik akak dah kawen tau, nan ado alasan nak turunkan hantaran ke apa...


Nampak tak jari akak yang chantek tu??? Akak pon tak paham motipp jari akak boleh tersepit pintu kereta??

Akak pose2 la call Mohd Rafi konon2 nak mintak simpati. Hadooooo?? Nan ado uollsss... Laki akak bebel2

'Tula I dah cakap jangan kelam kabut sangat buat keje.. slow..slow.. Ni kan dah kena...bla..bla..bla...'

Sedih akak tau! Keji kan laki akak??

Motippp tetiba gambar Pahat? apa kena mengena dengan tersepit jari??

Nan ado kena mengena uolls.. Akak saja upload gambar dia sebab dah snap katanya..

Buai belakang tu hanya sebagai display sajork. Nan ado dia nak masuk dalam tu. Siap terjun keluar sendiri lagik.

Rambut dia emak tak tau la bila nak tumbuh. Dari lahir memang segitu je lah uollss rambut dia.

Eh..eh.. Pahat dah pandai jalan uolls.. dalam 7 8 langkah gitu.. Tapi kaedahnya dia tak pandai berdiri. Dia cuma pandai berjalan. Kalau dirikan dia nanti dia duduk balik.

Kalau dia dengar bunyik moto apak dia cepat2 dia tunggu depan pintu sambil melalak2... gedik sangat kannnn???

Paling dia suka panjat atas badan orang sambil hisap jari feeling2 nak tido.

Ye uollss...dia still lagik isap jari bila nak tido.

Ha...akak mcm ni la tetiba malas nak type lagik. So, later!

iklan