Friday, November 18, 2011

Tamak

Tu diah semua nak masuk kat mulut.

Semalam kan akak dok busy siapkan order orang, sekali je Pahat dengar bunyi moto kat depan rumah.

DIa pon kelam kabut pegi kat pintu siap melalak2 bagai..

Tapi, tu bukan apak dia uolls... Tu orang lalu saja nak rem kat depan rumah akak kuat2 kannn??

Dah tu dia dok tunggu la kat depan pintu tu sambil capai2 tombol mcm dia tau nak bukak je.

Sebab selalunya apak dia balik dia tunggu kat pintu pastu melalak, nanti apak dia amek.

Semalam lama jugak dia tunggu apak tak amek2 jugak.. Last2 dia mengamuk. Aiyoohhh terus terhenti pembuatan kek akak.

DIa tak tau next week apak nak pegi indon 4 hari.. Merasa apak bawak pahat sekali!

Wednesday, November 16, 2011

Weekend yang indah.

indah la sangatttttt kannnn??

Macam biasa hari sabtu Mohd Rafi keje.

Pagi tu akak baking 2 tray brownies. Satu akak letak cream cheese topping. Satu lagi akak topping choc ganache. Resepi amek kat mana akak dah lupa tapi website omputeh mana ntah..

Yang cheese brownies akak bungkus dan bawak ke rumah Fiza. Dari akak boring kat rumah lebih baik akak bawak Pahat jalan2 pegi rumah Fiza.

Pastu kitorang pegi Seremban. Pegi butik D Haja. Dalam kete Pahat tido tak sedarkan diri. Sampai kedai pon tak sedarkan diri jugak, lalu akak campak dia kat sofa yang ada dalam butik tuh.

Citer pasal Butik D haja tu dia ada jual tudung express Rm 4.99. Tudung yang ala2 Ratu tu harga RM75 . Tak koser akak nak beli. Tudung yang murah ittew pon akak nan ado beli sebab awning dia tak chantek. Last2 akak beli shawl jah.

Hari ahad Mohd Rafi cuti. Yeay!!. Dia belanja makan. Akak suspect gaji dia banyak bulan ni tapi taknak bagitau akak. Keji kann??

Mula2 nak makan kat The little cafe bangi tu. Tapi kedai dia ala2 exclusive sangat tak berani kitorg nak masuk.

So, round satu bangi, kitorg end up masuk 'Taste'

Owner dia omputeh uolls.. Akak suspect dia kawen dgn melayu sebab menu malay pon ado dalam tuh.

Konsep kedai dia blue and brown. Tu Pahat tak reti duduk diam selagi tak bagi dia makanan.

Mohd Rafi order Marinara pasta. Dia ni kalau makan western memang suka order pasta jah.

Pasta dia sedap. Rasa italian. Seasoning very lite yet rich. Senang citer 40 kali lebih sedap dari pasta Pizza hut yang keras tuh.

Mushroom soup ni akak order. Pun sedap jugak. Very rich taste of mushroom.

Harga pon ok. Not bad. Pasta dalam rm12.90. Mushroom soup RM6.

all in all akak puas hati la makan kat situ.

Tuesday, November 15, 2011

Nah! update mix and match.

Mula2, hari khamis lepas, gigih pegi lunch cepat2 sebab pukul 1 akak ada lab MicroP.

Tup tup, akak tersepit jari kat kereta uollsss... Aiyoooo menjerit akak disitu jugak.. Kali ni jari kelinking pulak kena. Sebelah jari yg kena sepit bulan puasa aritu. Dah la jari yg tu pon dah hodoh tersepit pintu. Nasib baik akak dah kawen tau, nan ado alasan nak turunkan hantaran ke apa...


Nampak tak jari akak yang chantek tu??? Akak pon tak paham motipp jari akak boleh tersepit pintu kereta??

Akak pose2 la call Mohd Rafi konon2 nak mintak simpati. Hadooooo?? Nan ado uollsss... Laki akak bebel2

'Tula I dah cakap jangan kelam kabut sangat buat keje.. slow..slow.. Ni kan dah kena...bla..bla..bla...'

Sedih akak tau! Keji kan laki akak??

Motippp tetiba gambar Pahat? apa kena mengena dengan tersepit jari??

Nan ado kena mengena uolls.. Akak saja upload gambar dia sebab dah snap katanya..

Buai belakang tu hanya sebagai display sajork. Nan ado dia nak masuk dalam tu. Siap terjun keluar sendiri lagik.

Rambut dia emak tak tau la bila nak tumbuh. Dari lahir memang segitu je lah uollss rambut dia.

Eh..eh.. Pahat dah pandai jalan uolls.. dalam 7 8 langkah gitu.. Tapi kaedahnya dia tak pandai berdiri. Dia cuma pandai berjalan. Kalau dirikan dia nanti dia duduk balik.

Kalau dia dengar bunyik moto apak dia cepat2 dia tunggu depan pintu sambil melalak2... gedik sangat kannnn???

Paling dia suka panjat atas badan orang sambil hisap jari feeling2 nak tido.

Ye uollss...dia still lagik isap jari bila nak tido.

Ha...akak mcm ni la tetiba malas nak type lagik. So, later!

Monday, November 14, 2011

Bukak kedai nursing wear yang chantek!

Haloooo.... akak dah tutup dah kedai software. Sapa2 nak sila la email kat sapa2 yang akak dah emailkan tuh.. Dah tak larat nak copy paste uolllsss..

Arini akak nak bukak kedai NURSING WEAR + BARANG BABY..

BUkan kedai akak uollss... Ni kedai kawan akak. Dia jual mcm2 dari nursing wear, bra barang baby, maternity wear yang chantek2.. Harga pon berpatutan.



Ni nursing wear color ijau. Chantek kannn???

Maternity wear color ijau jugak. Motipp tetiba suka ijau?? Baju ni merangkap nursing dan maternity sekali.


Nursing bra yang chantek kannn?? Harga RM29 sajork..

Banyak lagi korang boleh tengok di sini:

http://scornieymaternity.blogspot.com/

Atau add kat facebook dia :

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001794258771


BERITA BAIK!!!

Korang nak diskaun kannnnn??
Add dia kat facebook dan private message kat dia:

'Hi Arni, saya kawan Ilot. Boleh tak bagi diskaun?'

Ha..nanti dia akan bagi korang diskaun atau dapat free delivery..

Silalah terjah sekarang!!

Friday, November 11, 2011

Dah tilik ke birthday korang??

Ha... penat pulak akak mencopy paste email2 korang untuk sebarkan dakyah tilikan birthday.

Akak dah send dah email. Sila check email masing kecuali gmail. Sapa2 kasik email gmail sila bagi email lain seperti yahoo atau office mail.

Sapa tak dapat lagi mai tinggal komen kat bawah.

Laku software akak, merasa kalau jual RM5 dah kaya akak semalam.. Matila kannn.

iklan