Tuesday, October 25, 2011

Demam hape ntah nih??

Pahat demam dah 3 hari.

Tapi akak tak paham demam dia. Dia cuma demam malam sajork.

Siang badan dia ok, temperature normal. Bila malam je suhu naik. Badan panas.

So semalam pegi klinik. Doc tuh suruh pegi emergency hospital amek darah..

Walaweh... korang pernah pegi bahagian emergency hospital tuh?? Korang tau tak berapa bapak lama kena tunggu??

Akak pernah okeh. 2 kali. Dari pagi pukul 10 tuh, pukul 4 baru dapat turn.

Kalau akak yang kena pegi sorang takpe lagi.. Nak bawak Pahat nih??? aiyooooooo..

So, last2 akak bawak Pahat pegi Azzahrah sebab situ panel dan boleh check darah jugak..

Tapi Doctor check dia kata Pahat kena Demam viral. Dia suh makan ubat selama 4 jam sekali. Bagi sekali ubat bontot. Walaupon siang tu tak demam still kena bagi jugak.

So monitor 2 hari, kalau tak baik jugak baru amek darah.

Yang heran tu, time dia demam dia dok aktif mcm biasa je. Mcm tak demam pon akak tengok. Sebab tu akak tunggu 3 hari baru pi klinik sbb dia tak menunjukkan ciri2 orang demam pon.

Sunday, October 23, 2011

Health Concious!

Nah pukul 3 pagi akak dah bangun, sebad akak tido pkul 9 kaedahnya.

Dah tu akak nak mengamalkan konsep kesihatan dalam islam di mana bangun dan mandi sebelum subuh. Pastu lepas subuh kau tido balik kannnnnnnn????
Akak tetiba bangun teringan eggwhite yang dah dikeluarkan dari fridge dari siang. So bangun buat pavlova.

hihihihihi....

Jumaat lepas ada talk pasal 'Wellness in workplace' kat opis akak nih..

Ternganga2 kitorang dengar okeh, sebab banyak benda yang kita practise adelah salah okeh. So akak share kat korang eh apa instructor tu cakap. Supaya akak ingat gituuu.


1. Start exercise with cardio exercise. Brisk walking is the best sebab korang gerakkan your whole body. Then baru la korang boleh buat muscle exercise.
Ramai orang terus jump buat exercise konon nak kuruskan badan sbb tu fail nyehhh!

2. Start with slow and steady pace. Tak pernah exercise jangan dok jogging mcm nakmasuk marathn ye uolllsss.. sikit2 yang termampu sudah.

3. Cardiac arrest bukan hanya disebabkan oleh rokok dan juga diebetes tetapi juga disebabkan korang terus2 buat exercise berat contoh bersukan tanpa buat cardio exercise.. Dan juga disebabkan oleh liposuction gituuu..in this case die on operation table.

4. Before cardio exercise at least kena makan 'sikit' dulu. Bukan melantak nasi lemak ye uolllss... makan biskut sekeping jah. Minum air milo kaaa..

5. Badan kita boleh develop calcium, so kalau uolls dah cukup calcium tak perlu amek supplement sebab tu akak menyebabkan benda2 yang x elok, > akak lupa kenapa nyehhhh.. Boleh gitu??

6. Korset mahal tak boleh menyebabkan korang kurus. Tengok je la penjual korset yang TOP itteeewwww... Adekah beliau kurus seperti yang diwar-warkannn??? Tapi untuk korang menjana pendapatan boleh laaa..

7. If korang makan banyak, make sure calorie yang korang burn pon banyak tu jugak.

8. Eat healthily. Minum air 1 ke 2 litter sehari. Jangan minum banyak sangat sebab nanti darah korang akan diluted, dan keluar through liang roma. Nak??

9. Different body shape have different type of exercise. Pear type of body tak boleh start with jogs exercise okeh. Akak baru tau, korang kena start with bicycle.

10. Nak kuruskan badan jangan tunggu esok. Kalau tunggu esok memang selamanya la tak exercise. > ni ayat akak!

Nanti akak share pulak pasal kesihatan dlm islam.

Friday, October 21, 2011

The next great baker!


Ha...nampak? nampak??

Tu ada talent jadi chef tak??

Abes tu akak nak buat order kek orang dia sibuk jugak nak tepuk2..Akak bagi la mangkuk dengan spatula tu. Merasa la kau Pahat!!

Matila kan akak janji2 palsu nak upload episode 2 birthday Pahat..

Thursday, October 20, 2011

Kau mampu nyanyi lagu Move Like Jagger??

Akak on the way pegi Mc D tadi pagi breakfast dengar Hot FM panggilan hangit tu.

Mcm nak mati akak gelak dalam kereta.

Fafau ni call sorang budak ni nama dia Amirul.

Fafau kata kalau nak pegi **tutt** dah dalam radio sebut **tuutttt*** akak pon tulis lah uolsss..
Kena nyanyi dulu.

So Amirul ni pon nyanyi.

Ko tau dia nyanyi lagu apa??

Politeknik Malaysia!!

Pitam akak dengar!!.. Pastu Fafau tak puas hati. Dia suruh panggil kawan2 dia yang lain yang reti nyanyi.

Dia pass kat kawan dia Fakhrul. So, Fafau suruh la dia nyanyi.

Dia kata tak ingat lirik la. Kena nyanyi dengan background music.

So dia bukak la lagu..

Lagu apa??

Lagu Move Like Jagger tu ha. Pastu dia nyanyi siap buat suara kepit sekali.

Akak pengsan lagi sekali...

Aiyooooo...kau mampuu???

Oppss I did it again!!

Tu diah tadi malam Mohd Rafi balik rumah pukul 11. Dia mandi2 pakai baju amek charger phone.

Akak tanya, nak pegi Mana?

'Kedai'

'Kedai mana?'

'Kedai Moto. Nak sambung keje, moto orang tak siap lagi ni...'


Akak pengsan dengan Pahat!!


Ujung2 dia balik pukul 2 pagi.. Terlebih rajin susah. Pemalas pon susah. Tapi i guess lebih baik lebih rajin dari malas kannnnnn????

iklan