Monday, February 7, 2011

Congratulation Ciktari!

Akak ingin mengucapkan tahniah ke atas CIKTARI kerana melangsungkan perkahwinan semalam.

Iolls pegi okeh uolls punya wedding tapi cuma pose2 ditepi-makan dan balik. Tak sempat beramah mesra. Tapi sempat sign guessbook. Boleh la kann???

Arini akak MC. Akak hantar Pahat pegi rumah babysitter. Kang jangkit selsema dgn aku sia2 je.

Tapi lepas pegi klinik Mohd Rafi telah mengheret akak pegi kedai motor padahal akak nak balik rehat2 dirumah sajork.

Dia cakap 'Duduk rumah nak buat apa?'

Aiyohhhh... akak nak balik makan ubat bagai. Tapi tiba2 tak sedar diri sampai ke KL pulak..

Dah la. Malas nak update pulak. Nak basuh kain.

Sunday, February 6, 2011

Having flu while BF. What should I do..

Akak selsema+demam uollss..

Takut jugak jangkit kat Pahat.

Mula2 ingat x nak kasik BF takut aku terbersin kang masa BF terus terjangkit.

Tapi kesian pulak nak bagi botol.

So, akak makan paracetamol sebijik dan juga panadol soluble sebijik.

Boleh ke makan soluble uollss?? Paracetamol tu akak tau memang boleh makan while BF, soluble tu tak sure. Soluble contain 500g acetaminophen.

Akak doa2 Farhat tak jangkit.

Saturday, February 5, 2011

Segamat dah tak banjir dah. Tapi aku penat nak mati pegi segamat.

Cuti CNY akak balik kampung dipendekkan menjadi 2 hari sajork gara2 ke segamat punya pasal.

Kota Tinggi ke Pemanis, Segamat adelah jauh nak mati.

Ni gara2 adik ipar akak yang nak pegi merisik. Pastu emak mertua akak puler ajak (read: paksa rela) Semua ikut pegi merisik. Mohd Rafi berkata kenapakah tak langsung tunang jah. Perlukah merisik jauh2 begitu sampai 5 kereta??

Yess...5 kereta uolllssss.... Motippp??

Tapi emak pompuan ittew tak mau tunang. Nak risik dulu.

Pastu ingatkan pegi sabtu. Sekali je jumaat. Akak nan ado lah nak patah balik segamat kota tingg pastu naik KL balik. Koser uollssss... Kang anak akak mengamuk tengah jalan siapa nak tanggung??? Ahkak jugak..

So, kota tinggi - segamat - KL.

Jalan ke segamat adelah LAHA. Sebab baru lepas banjir kaedahnya. Dan jauh nak mati. 5 jam dari Kota. PAdahal kalau akak naik KL baru 3jam setengah kaedahnya.

Pastu dari segamat akak lalu gemas-Tampin bagai untk ke KL. Ada jalan banjir sikit tapi still boleh lalu.

Pastu akak call Cik Sha Tampin, dari Segamat sampai ke Tampin neverla nak angkat kau kannn?? Kekwat kah tengah cur uollss???

Sampai KL dalam pukul 9 malam.

Balik rumah seperti yang ku jangka terjadi. Farhat mengaruk lah uollss... Dia kepenatan + Lapar.

Farhat adelah spesies bayi yang tak nak menyusu duduk. nak kena baring okeh. Dalam kereta menonggeng2 akak nak menyusukan dia.

Hasilnya hari ni, akak demam+sakit badan.

Eh. Akak tobatlah nak pegi lagi Segamat kaedahnya. Tunggu dia kawen lah baru pegi.

Tuesday, February 1, 2011

Orang mandikan dia pegi berak dalam bathtub pulak..

Tu la dia anak akak tu uollss..

Mohd Rafi mandikan dia sekali je dia berak okeh. Motipppp tak boleh tahan berak lepas mandi??

Akak terus amek air satu gayung simbah kat badan dia pastu pegi tukar air lain..

Aiyohhh pitam okeh mandi air tahi anak aku.

Pahat dah kenal orang sekarang, kalau tengok ayah dia sampai teleng2 kepala. Padahal ayah dia bukan banyak berjasa kepada dia, lainlah ibu dia yang berjaga tiap2 malam susukan dia.

Keje ayah dia adelah mandikan dia sebab akak tak laratla nak tahan kepala dia yang suka pusing2 kat bathtub tuh.

Pastu sekarang kalau nak susu dia nan ado bagi signal apa2.. Tak nanges pon. Sebab dia dok ralit isap jari. So, agak2 dia isap jari tu, akak sumbat la susu.

Tapi kalau dia nak tido tapi isap2 jari tak dapat, dia jerit2 okeh.

Tak sabar nak balek kampung. Nak jumpa mak teh gomok.

Akak dapat email dari PM kau ado???

Di suatu pagi yang indah tetiba akak bukak email ada email dari Najib Razak Hooowww??

Akak pon pose2 baca rupanya email 1 malaysia selamat tahun baru cina..

pastu rakan seofis akak pon dpt. Clust kannn??
oo...sms ke no celcom pon dpt jugak wish tuh... uollss ado dapat tak??

Akak nak pose2 balik kampung esok. Tapi katanya kota tinggi banjir pulak..

Arini ramai yang cuti. Opis pon sunyi jah.

Laparrrrrrrr!!

**matila kau entry takde motippp..

iklan