Monday, November 1, 2010

Farhat 101.........

Bila dah jadi emak nih hari2 mengadap perubahan anak setiap hari without fail..

Sorryla yek kalau korang feeling2 bosan asik citer pasal anak jah.. Suka hati akak lah uolllss...

Akak saja nak tunjuk perubahan Farhat dari lahir sampai hari ke 25 nih... Wah mcm dah feeling2 besar je anak aku kann?? Mesti uolls rasa nak lempang kannnn??


Dari hari pertama


Yang ni masa seminggu kot...


Ni lebih kurang 15-20 hari mcm tuh.. Akak lupa uolllssss...



To this....

Hari ni dah 25 hari. Dah develop banyak lemak kat muka n badan dia.

Dah tak tau dah muka dia ikut siapa.. Hidung memang confirm ikut ayah dia.. yang lain2 akak nan ado tau..

Time mengeliat jadi mcm nih. Merah menyala muka.

Akak dah balik putrajaya uolls.. terpaksalah manage Farhat sorang2.. Harap2 dia tak buat hal mcm semalam pukul 5 pagi bangun tak nak tido balik.. Pengsan kejap okeh!

Dia mcm cranky sikit hari ni, may be sebab penat perjalanan dari Kota Tinggi ke rumah nih..

Ok BYe!

Friday, October 29, 2010

Goodbye Johor, welcome to real life!

Minggu ni last pantang kat Johor.

Isnin balik Putrajaya balik.

Ohooo... boleh ke aku manage Farhat sorang2??

Sepanjang 3 minggu nih aku cuma mandikan dia sekali okeh. Tu pon meraung2 anak aku dalam besen tuh. Mcm tak confident je emak dia mandikan dia.. motippp sangat kannn??

Muka dia dah lain dari masa lahir. Ntah ikut rupa sape akak pon confuse. Kadang2 akak tertanya2 sendiri. Eh, Betul ke ni anak aku?? betul ke aku lahirkan dia???

Boleh gituuu sewel???

sedih la uollsss.... Goodbye channel singapore akak! Citer Kopi Bujang, citer Delicatessen (favourite!!) lagi satu citer favourite untuk mengutuk ialah Sedap! Asmah Laili tuh. Akak pose pengsan okeh setiap kali tengok dia masak.

Kau ado masak Nasi Dagang, kari ikan tu dia panggil lemak cili ikan?? Pastu ikan tuh dia goreng dulu... Ado??Ado CD Owner???

Last skali akak tak sabar nak makan nasik lemak okeh. Lagi 22 hari nak abes pantang.. Ayohhhh... nasib baik akak bukan czer kalau tak kena pantang ais selama setahun. Merasa!!!

Wednesday, October 27, 2010

Pumping and Leaking....

Hari ni ada appointment dengan Nurse sempena 20 hari. Eh, tak tau la tempat korang ada ke takde.
Tapi kat rumah akak nih ada je Nurse yang datang rumah masa dalam hari check baby.

So, berat Farhat dah 4kg uollss...

Naik sekilo dari lahir. Tak sia2 akak tak tido malam BF kan dia. Boleh gituuu??

Sekarang nih bangun2 pagi breast mesti leaking. Satu baju basah bila bangun pagi.

So, pagi2 kena la rajin pump susu jugak walaupon feeling2 pump banyak2 pon fridge kecik sajork ntah muat ke tak.

Akak bersyukur jugak uollss walaupon akak menggunakan pump murahan littlebean RM199, susu tetap keluar dengan jayanya..

Sebenarnya nak upload gambar tapi tau2 je la line celcom kat kampung nih uollsss...

Oh... sebenarnya akak nak cakap, susu jadi berlambak mcm tuh sebab diet akak hari2 adelah SAWI... muka akak pon dah layu mcm sawi uollss... Cepatlah abes pantang..! Akak nak pose2 makan sayur lain pulak.. Blehhhh???

Tuesday, October 26, 2010

Dah start cranky dah...

First two weeks anak akak baikkkk sangat lah kan uollss.. ala-ala pijak semut tak mati gituuu..

Bangun kejap menyusu pastu tido balik. Indah betul hidup emak dia masa tuh.

Siap boleh berFB dan blogging bagai. Siap jengok2 blog org lain lagi kannn??

Sempat buat research sikit2 lagi..

Lepas 2 minggu......

Tido siang susah. Nak kena layan2 dia buai2 dia dulu...

Janganla harap dia nak tido lepas menyusu okeh. Time menyusu dia tido la, bila letak je nanti dia bangun..

Kadang2 kejenya menganga je mintak susu padahal baru 1/2jam menyusu. Howw??? Akak mula2 dulu susukan la jugak. Tapi dia asik muntah jah akak nan ado lah bagi. Rugi lah susu akak uollss kalau dia asik muntah je. Bolehhhhhhh???

Tapi dari apa yang akak baca normal baby tido 16-20 jam. Kira ok la jugak farhat cuma dia kuat cranky skrg okeh. Dah pandai melalak mintak susu. Dulu sopan je mintak susu..

Masukkan balik dalam perut ibu kangggg.... Nak??

Esok Farhat 20 hari!!!!

Apa??? Baru 20 hari?????

Monday, October 25, 2010

Eh?? Bingung....

Masuk hari ni maseh lagi bingung fikir kat mana nak duduk lepas nih.

Bingung lagi fikir mana nak cekau duit nak pindah rumah bagai..

Mana budget untuk anak lagi kann??

sampai aku rasa gave up nak berenti keje and duduk johor je.
Rasa menyampah je nak layan benda2 mcm nih boleh tak??

Semalam edisi mengamuk Farhat. Susah nak tido. Bagi susu pastu muntah balik. Adekah dia pon stress jugak mcm emak dia??

Dah tu, ramai pulak yang buat bising semalam disaat2 anak aku baru nak melelapkan mata.

Aku dah pose2 sound 'Sila senyap anak aku nak tido' boleh tak??

Rasa rugi okeh susu selambak keluar bila Farhat muntah.

iklan