Friday, July 23, 2010

Kittaaaaa!!!! Dia muncul..

Mula2... Akak nak nanges jap..

Semalam baru citer pasal strecth mark hampir2 nak muncul..

Hari ni sempena menyambut 7 bulan pregnant, strecth mark ittew muncul juga uollss...

Dekat bawah perut. Kan tempat tu akak not expected yang strecth mark akan muncul disitu dan pay less attention untuk sapu lotion.

Tapi sudah wujud disitu pasrah je la uollss... Nothing I can do about it.

Tadi akak timbang berat naik 2.5kg.. Oh, jangan lah next week check up naik 3kg lebih.. Pengsan kang!

Cik Sha kata muka akak ala2 tak berseri sejak pregnant. Sbb akak nan ado lah nak sapu bedak ke apa time keluar. Time ada kelas jah akak pakai eyeliner sikit. Kang terperanjat puiler student akak tengok muka x semenggah dengan eyebag nya lagi...

Tapi yang penting, sejak pregnant kulit muka akak langsung tak bermasalah. Satu jerawat pon tak keluar. Kalau tidak asal period je keluarla sebijik dua..

Tapi xpelah, perut akak pon dah buncit mcm nih, Laki akak pon nan ado di sinih, make up chantek2 pon bukan ado orang nak tengok..

p/s : Esok nak buat sample kueh raya. Tahun ni harga RM20/50pieces for tart gulung and almond london.

Thursday, July 22, 2010

7 bulan okeh....

Lagi sehari je nak masuk 7 bulan. Alhamdulillahh.....

Perut memang dah tak boleh disembunyikan lagi. Baju kurung tinggal 3 4 helai je yang muat..

Barang basic untuk baby dah cukup insyaAllah... Eh, botol susu belum beli sbb nak breast feeding je.. **wah..confident gila nih!!

Ye, baby dah ada nama. Nama dia jadi panjang sbb ayah dgn ibu dia masing2 gaduh nak bagi nama. Last2 letak la nama panjang. Bagi puas hati dua2. So, kita namakan dia Baby F..

Suka hati akak la nak letak F sbb nama akak start F gituuuu... Tapi nama depan dia R. Kaki mat rempit patut boleh teka R stand for apa. Menyampah!

Baby F sekarang nih suka buat perut akak senget2.. Kadang2 dia tolak mcm nak keluar dr kulit perut pun ada.

Akak suspect berat dia dah 1kg++. Tengok mak dia mcm kembang semangkuk je. Mcm seram je nak timbang berat. Naik lagi 3 kg confirm aku kena minum air gula nih..

Mohd Rafi dapat la jugak rasa F gerak2. Tapi kadang2 timing dia pegang perut tak betul.. Setakat letak tangan kat perut akak 5 saat mana la boleh rasa unless he is lucky enough. Paling2 pon kena tunggu 5 minit ke.. Cubaan berkata2 seperti ini:

'F, ni ayah ni.. Cuba F tendang2, ayah nak rasa...'

Tak jalan okeh.. Sebab F ikut cakap ibu dia je.. Muahahaha... Psycho!

Time kenyang, puasa(lapar) dan juga nak tido adelah time dia paling aktif. Kadang rasa mcm geli kan sebab perut rasa berombak..

Strecth Mark?? Akak tengok macam hampir2 nak jadi je.. Terus dengan gigih akak sapu lotion setiap jam. Mohd Rafi kata:

'Ala...siapa nak tengok perut u tu..'

Akak kata ' U la.. nanti dah x chantek u tak nak tengok pulak..'

Pastu gaduh pulak pasal baby. Ayat akak 'Anak u la ni yang besar sangat..'
Mohd Rafi kata 'Bukan anak u jugak ke...?'

Kannn?? akak mmg suka gaduh uolls dgn Mohd Rafi supaya lebih mesra katanya... boleh gituu..

Baby F, behave ye dalam perut Mommy.. Nanti lagi 2 minggu ayah datang lagi. Yeah!!

Woh, citer pasal pregnant adelah never ending story.

Farhana : I'm sorrry for your lost. It's never too late too try again.. Harap uolls tabah. Akak tau, akak pon amek masa juga untuk hilangkan kesedihan after miscarriage.

Rumours..!

Rumours yang staff gov bakal dapat bonus tahun nih sebab subsidi turun adekah benar??

Jangan percaya sangat uollss nanti kang jadi lain plak.. Tunggu je PM announce.

Ada yang kata dpt bonus lebih la.. Ala.. Paling2 pon sebulan gaji sajork.

Uollss tak payah harap sangat. Kang ke laut harapan palsu ittew...

Ala2 dia bagi bonus pon dah cukup bersyukur tak payah la harap lebih..

Akak heran nih, mana theyolls tau dpt bonus sedangkan PM belum umumkan lagi??

Motipppppp???

Tapi kalau dpt bonus pon ok jugak kan? kan? Rezeki baby sangatsss.. Hahaha


Rumah dah ada 2 3 orang tanya2.. Harap2 ada la orang nak sewa. Lagi cepat lagi bagus. Pitam akak nak membayarnya.. Nak pasang grill and lampu lagi..
Pengsan bulan nih~!

Arini akak puasa uolls.. Lagi 2 hari je nih.. Tak sampai sebulan pon lagi dah nak ramadhan. Akak harap tahun ni boleh la puasa penuh.. Harap2 baby F x buat hal...

Wednesday, July 21, 2010

Rumah

Okeh. Rumah akak dah siap. Dah dapat kunci dan dah uruskan TNB untuk masuk eletrik. By next week should be semua dah settle.

So, sesiapa yang ada kawan2 nak nak menyewa area kat Tmn Scientex Pasir Gudang boleh la recommendkan rumah akak ittew... Harga sewa boleh runding uolllss..

Rumah tu adelah baru dan tak pernah duduk lagi. So, everything in tip top condition.

Tolonglah sewa. Hahaha...

Tuesday, July 20, 2010

Suami saya dah balik dah....

Ehehehe....

Akak biasala uollss kalau laki akak ada kat sini akak pose2 malas nak update..

Nih Mohd Rafi dah balik Johor semula baru la akak boleh update sbb akak bosan.. Hahahahaha.. Lagipon akak update ke tak update ke bukannya ada nuffnang pon blog nih.. So x memberi kesan kan? kan??Activity sepanjang Mohd Rafi datang adalah berjalan2. Hari sabtu jalan2 kat Pesta Floria. Tujuan asal hanyalah nak naik cruise sbb ada harga promotion kan, RM15.Tapiiiii.......... Tetiba penyimpangan banyak berlaku. Dari aktivity geram tengok pokok2 buah yang kecik2 dah banyak buah. Tengok pokok2 herbs.

Nan ado lah akak nak beli sbb rumah akak nan ado tanah.
Penat jadi model bergambar Mohd Rafi. Muka jangan cakap berminyak gila. Muka akak jadi tak berseri sbb mengandungkan anak lelaki bolehhhhhh????
Ha..itulah rupa perut pregnant 27 minggu. Minggu nih dah 28. Cukup 7 bulan.

Jalan2 penat gila. Beli ice blended. RM7.90 kopi 1 malaysia ke hape nama dia tapi sedap uolllsss... Setaraf starbuck okeh.

Sehingga menjilat jari. Mohd Rafi dengki amek gambar ni. Pastu dia suruh letak kat blog. Tunjuk perangai tak senonoh akak.

Dah jalan mcm org gila punya penat baru la jumpa booth cruise tuh. Itu pon selepas rasa mcm nak gave up berjalan dan nak balik. Gambar banyak tapi akak letak gambar romantik akak dgn Mohd Rafi atas cruise feeling2 Titanic. Kau ado?????


Siapakah yang tukang amek gambar??? Guess who??

Masa akak atas cruise itteww.... Ada la orang sms akak tanya bila nak balik maasak ungkep bagai sbb dia dah beli ayam n lauk.

Dah tu sesat puilerrr ke PICC. Motipppp???

Akak amek theyolls kat PICC, balik rumah terus gigih masak.

Ado ayam ungkep masak 2 jam?? Ado??

Menu adelah Ayam ungkep (lagi dan lagi....), cendawan masak tiram campur tempe sikit. Dahh orang beli akak masukkan je semua dalam tuh. Dan juga kerang rebus untuk menambah HB darah tapi akak makan 1 ketul sajork. Haha..

Hasilnya pada hari ahad itu akak dan Mohd Rafi lepak gila lalu duduk di rumah sahaja.

iklan