Wednesday, June 16, 2010

Daddy, bila nak datang ntah!

Benci tau Mohd Rafi nih... Tau lah bengkel tu xde sape nak jaga. Takkan cuti sehari pon x boleh kannn???
Akak suruh tutup sehari pon x nak. Takut sangat customer dia lari.

Akak dah beli dah barang2 baby. Beli sikit2 lah uollss.. Kang terberanak pengsan pulak nak beli sekaligus.
Barut yang dah siap dah beli 3, Baju dah ada 2, Diapers mat, wipes, cotton, set mandian, towel segala.

So, Fila and Fizi, Uolls yang terdekat dengan I, Kalau bulan 8 ke atas nih I call malam2 tuh silalah bersiap sedia datang rumah I angkut bakul dalam bilik store okeh??

Seram okeh dengar cerita orang bersalin yang bleeding. Sebab ada komplikasi boleh menyebabkan kehilangan nyawa.

Dah la akak baru je dengar citer kawan akak, yang akak ipar dia meninggal semasa bersalin. Cuma anak dia dapat diselamatkan. Of course lah abang dia sedih uolllssss...
Wife bergadai nyawa untuk bagi zuriat.
Baby tuh family kawan akak jaga.
Kesian kannn??

Mohd Rafi kata dia nak datang esok. Tapi akak rasa dia saja nak bagi harapan palsu Janji ManisMU Aishah kat akak supaya akak tak psiko hari2 message dia tanya bila nak datang.

Abes tu orang lain datang at least seminggu sekali ke 2 minggu sekali ke.. Ini konsep dia sebulan sekali. KEEEEEEJI LAH!!

Perut akak dah besar akak rasa comel gituuu.. Kau ado rasa perut kau buncit comel Cik Lee???

Masih belom ada strecth mark. Tunggu masa dan ketika sajork dia nak muncul. Sapu lotion secara pukal sambil berkata kepada baby ;
'Baby, doa2lah perut ibu nih xde strecth mark. Kalau x nanti ayah tak sayang ibu...'

Psiko tak??

Baca surah yusuf banyak2 dengan harapan anak aku hensem. Bolehhhh??

Tengok citer korea banyak2 dengan harapan anak aku putih. Bolehhhhh???

Tapi apa yang Allah nak bagi, akak terima sajork..!

Being pregnant pon dah syukur alhamdulillah....

Tuesday, June 15, 2010

Aku...aku..dan aku..!

For those reading this entry and trying to contact me through phone. Aku telah tertinggal henpon dirumah. So if you have my celcom number, you can reach me using that no.

--------------------------------------------

Ok lah.. somehow I'm so annoying with school friends.

Yela, nak buat reunion pastu asik tukar tarikh memanjang. Last2 bijak nak mampos pilih tarikh dekat dgn tarikh bersalin aku.

Adekah aku nak pegi??

Jangan Harap okeh. Lagipon time skolah dulu pon bukan aku rapat sangat dgn budak2 kelas aku pon. Aku rasa diorang poyo. Aku rapat dengan 4 5 org sajork dan pompuan lah.
Yang lain kawan aku adelah budak2 Voccay electronic sbb sama2 merompak soket plug kat bengkel electronic sambil pura2 amek air semayang bila pak guard nampak. Mcm harammm perangai..

Yela uolls.. mentality budak2 kelas akak masa tuh sangatlah berpandukan kechantekan dan kepandaian. Harusslah akak manusia paling serabai kan dalam kelas tuh?

Tapi akak rasa berbaloi juga lah aku tidak lah memuja sangat lelaki2 kelas akak tuh walaupon ada jugak yang kachak. Kerana mereka semua sudah menjadi 2 3 kali ganda size plus membawa perut yang berupa kandungan 7 bulan. If you know what I mean.

Most of the comment I received in FB adelah, diorang kata I've changed so much. Ye.. dulu aku serabai nak mampos sampai ko nak tengok pon x selera kann??

I think my true friends really are kawan2 hostel yang berperangai mcm setan ittew dulu. Still the same.

And perangai budak kelas aku juga still the same gilakan pangkat.

Ade ke reunion tuh kalau setakat nak buat kat PD, pot luck pulak tuh. Siap tubuhkan 'Seketariat Awam'??

Poyo tak korang rasa??

Setakat organized benda mcm tuh akak boleh buat sorang uolls.. Dan seketariat yg join adelah ajk2 gila kuasa sewaktu skolah... Hahahaha...

Dan, akak telah sound direct like I care, akak cakap akak x nak pegi.

Lebih baik aku gi jumpa kawan2 setan masa sekolah aku tuh.

Ye, mentality kita berbeza.

X jadi kudis pon kalau akak x pegi reunion itteww... Lebih baik aku pegi Ilham Beach Resort dapat jugak makan free.

Monday, June 14, 2010

Yeay BCL dah pulih...

Yeay, dah boleh bawak jalan2 BCL.

Td petang Fila bawak Abg bob bengkel kat sinih tu tengok2kan keter. Dia buat jumping boleh start. Padahal kaedahnya sama mcm yg kitorg buat semalam.

Rupanya wayar jumper tuh x sama.. x boleh beli yg murahan uollss nanti x hidup..

So, td ptg mintak tolong Cd owner amek kat U**M, pastu singgah kedai sparepart. Beli batery baru RM140 dan kepala bateri tu RM5.

Pastu gi bengkel tu Abg Bob pasangkan.

Akak tanya 'Berapa?'

Dia jawab 'Berapa2 pon boleh.. RM5 je lah..'

Akak bagi RM20. Logikla kan xkan nak bagi RM5 je. Dia pon berniaga apa.. Tapi dia amek RM10 sajork..

So, sesape nak pegi service keter pegi lah situ... Hijrah Auto kat Desa Pinggiran Putra Kajang.

Terima kasih Filla. CD Owner dan Abg Bob.

Masih lagi tidak boleh.....

ooo... keter masih lagi tidak boleh start uolls..
Akak sedih!!

Semalam akak pegi Al ikhsan dgn, fila,fizi dan aini**matila haku... oppss Amin... Tetiba Fizi borong banyak uollss.

Dan tetiba akak jumpa kawan akak masa kat surrey uollss... Dyana n Amril. So, akak pon tanya la dia guna breastpump apa.

Dia kata mula2 dia guna avent manual. Tapi mcm susah nak keluar susu bila pump. Last2 dia beli brand yang murah je, tolly joy. X sampai seratus dia cakap. Senang je nak keluar.

So, akak pon pose2 nak beli breastpump murahan kaedahnya..

Tapi sebelum akak sempat beli breastpump akak kena melayan keter akak ittew dulu. Ntah berapa kena agaknya nak hidupkan keter tuh..

Baby, tunda next-next month lah ibu beli breast pump. Tunggu sale sbb ibu miskin...

BCL yang chantek, Tolonglah hidupkan dirimu sebelom tuanmu inniew menjadi papa kedana bulan inih.. Dah la gaji bulan nih dapat cheque okeh. X masuk dalam bank.

Lagi satu yg akak pening adelah kontrak U**M akak nih expired bulan nih. Dan hantar surat dah sambung kontrak. KJ n Dekan dah approve. Tapi pejabat pendaftar x bagi pon lagi akak surat sambung kontrak..

Apekah yang akan terjadi nanti????

Dah. Nak tulis methodology. Bye.

Sunday, June 13, 2010

Bila BCL buat hal..

Kereta kenari kesayangan akak BCL ittew telah buat hal dengan x mau start hari ini.

Sebenarnya semalam dah buat hal tp akak usik2 wayar dah ok dah boleh start dan jalan2.

Hari langsung x boleh. Try buat jumping batery pon x mau jugak..

Esok lah panggil mekanik datang rumah...

Haishhhhhhh....................!

iklan