Minggu ni dipenuhi dengan aktiviti memakan buah-buahan tempatan..
Didahului dengan acara AKIKAH anak Leed Dan juga Azrul di SEREMBAN.
Akak mcm biasa la uolllss... Tukang sediakan baju. So, mestila baju suami isteri SEDONDON color hijau... Hik..hik.. **ketawa gedik nak mampos..
Sebelum pegi bapak fiza dah pesan. MINTAK RAMBUTAN kat RUMAH LEED sebab rambutan rumah dia memang sedap.. SERIOUS SEDAP.
TAPI pokok rambutan dia tinggi dan xde galah.. Camne nak amek tuh??
Ape guna bawak laki sendiri kalau x boleh panjat pokok rambutan kan?? Itupon selepas dipujuk dengan kata2 rayuan seperti ... 'Ala sayang.. u kan kacak hensem lagi bergaya..'
So, kami buat perangai x senonoh, memetik rambutan ketika majlis akikah anak orang.. **larikkkk.. Mohd Rafi panjat rendahkan dahan, Fiza petik, akak tukang kutip kat bawah.. Tapi dikutuk oleh Fiza sebab production lambat.. Motifff????
Arini, akak serbu rumah Fila. Kenyang makan durian and manggis. Mcm nak meletop perut akak nih.. MOHD rafi kata, makan selang seli durian dengan manggis nanti PANAS..
Eleh... xde pon.. Akak OKEH je nih.. **matila berlagak kan??
FYI, Mohd Rafi TAK MAKAN rambutan dan juga DURIAN.. Tapi Epal dia makan. Gedik nak mampos kan??
Emak..oh emak... Bila durian kat kampung nak gugur nih? Asik rembat durian orang lain jeh nih...
Mak aku kata, 'Durian kat rumah tu nanti kalau gugur cukupla untuk cucu2 makan...'
Keji tak pentingkan cucu dari anak2??.. Eh... Mak saye x keji pon.. saye yang keji... **tak baik derhaka uolllsss....
Akak merapu sket uollss... Mabuk durian.. hahaha