Wednesday, March 25, 2009

kau ado???



Uollsss... akak dah beli mesin basuh dah.. Jangan uolls nak mengeji akak Mesken kerna tidak mempunyai mesin basuh lagi..

Tapi akak tetap pose2 mesken jugak la sbb akak beli mesin basuh chap ayam yang paling murahh kat tesco..

X pe la.. dari akak beli mesin basuh mahal lebih baik akak beli Langsir Rumah yang semeter RM10 keatas... Gituuu kan konsep hidup akak... Kau ado??

Uollss... Akak tertanya2 hari ni mengapakah TNVEEE begitu kejih sekali mematikan electric rumah akak???
Walhal akak bayar tiap2 bulan okeh bil letrik tuh. Eh... akak x bayar pon uollss... abes tu tiap kali bil datang RM-0.65, tanda '-' tu sbb akak bayar lebih dulu.. Kau ado bil negative macam akak. Bil letrik akak bulan2 memang gitu uolllss sbb akak guna kurang dari RM20..

HEBAT kan akak??

Motiff sangatlah TNVEE nih tetiba rumah akak xde letrik.. Sentap sangat lah!!

Tuesday, March 24, 2009



Uollss.... kenapa Mohd Rafi ni sibuk2 bergesel-gesel dgn akak?? Dia ingat dapat nak kurangkan hari pantang akak kepada 40 hari??
Tak dapat okeh.. Akak tetap nak pantang 100 hari sampai perut akak kempis kembali... Rasainnnnn puasa!!

Sampai akak muat skinny jeans baru akak abes pantang gitu... Tetap nak verangan kan??

Semalam akak pegi Specialist Seremban dgn Mohd Rafi. Akak ada follow up check up dgn Gyne, Doc Kala. Mohd Rafi pegi check tangan dia. Nasib baik bilik Doc gyne dgn Doc pakar tulang tu depan2 je. Senang urusan.

Doc Wan hazmy, doctor pakar tulang dan sendi tu cakap, tulang kat tangan Mohd Rafi tu x retak berdasarkan dari x-ray. Tapi urat diantara tulang tangan tu terbukak. So, x serious sangat. X perlu buat surgery. Cuma kena buat refleksiologi. Dgn guna support tangan masa angkat benda berat.
Refleksiologi tu dia kena celup tangan kat wax panas. Lepas tu bungkus tangan tu selama 20 minit. Pastu dia guna ultrasound untuk sapu ubat ape ntah. Dia kata ni bukan ultrasound biasa tapi untuk sembuhkan urat tu.



Mohd Rafi dan tangan berbungkus wax panas


Macam la sakit truk sangat nak posing mcm tu..

Lepas Mohd Rafi dah settle barula akak pegi jumpa Gyne. Nombor akak dah lepas uolllsss... So, akak kena la tunggu orang lain habes. Padan muka kan sibuk sgt nak berjalan kehulu ke hilir.

Doc Kala check rahim. Dia kata dah ok. Dah bersih. Xde tissue2 tertinggal. Dia tanya bila nak pregnant lagi. Akak tanya dia balik berapa lama boleh pregnant lagi.Dia kata 2 bulan pon boleh. Takde masalah pun.So, akak cakap akak nak pregnant 4 bulan lagi.So dia ajar cemana nak kira waktu kesuburan.Kalau cycle 30 HARI, waktu subur adalah SELEPAS hari ke 16 dari hari first period.

Kalau cycle 28 akak x tanya uollss..
So, lepas ni jangan pandai2 kira waktu subur bukan2..
Sebelum balik Doc kala tu cakap, nnt lagi 4 bulan baru datang balik. Dia bagi akak sebeban Folic Acid. Merasa makan tiap2 hari.

Friday, March 20, 2009

lagi-lagi...

Akak pegi berurut tadi uolls.. nasib baik x saket. Mak aku pegi order Jamu kampung kat jiran sebelah rumah aku pulak..

Mohd Rafi selalu sangat mengadu sakit kepala sebelah kiri. Pastu tangan kanan dia sejak jatuh tahan motor 4 bulan lepas sampai sekrang sakit.

So tadi pegi jumpa Doctor, Doc check mata dia. Xde pape. Doc kata kalau migrain sakit kepalanya pindah2, kejap kiri kadang2 dia akan pindah kanan. Tapi Mohd Rafi sakit kepala memang sebelah kiri je. So, Doc suruh pegi Hospital Pakar buat scan otak. Okeh. Scan otak tu dalam 4-5ratus kot..

Akak ngeri uolls....

Tangan dia pulak. Doc kata takut urat tertindih kat tulang dia. So suruh pegi Doctor Pakar jugak untuk diagnosis tangan dia tuh..

Akak ngeri lagi sekali....

Nasib baik la akak baru je sign up medical insurans untuk Mohd Rafi. X pasal2 akak pon sign up skali. So berapa Insurans akak ada sekarang??? Macam2 ado okeh...

Tapi akak harapla penyakit Mohd Rafi x serious....

The price you need to pay..

Ok. Dah OK. Dah Boleh menerima kenyataan.

Akak ada satu masalah ni uollss...

Yang Pertama : Perut akak buncit x nak kempis2 pon. Puas akak bertungku pagi petang siang malam. Makan jamu la.. Losyen Mustajab.. Tapi x kempis pon uollss... Akak risau ni uolllss.. Nnt la lepas 40 hari akak buat sit up hari2..

Yang Kedua : Bosan gila okeh kena duduk rumah je. Jalan x boleh laju2. Nak buat keje berat2 x boleh takut rahim jatuh. So, kena duduk je.. pastu baring je... Sampai kepala akak sakit2 sbb asik tido je.. Kalau berpantang ada baby boleh jugak layan2 baby ke ape ke..

Bosan gila cerita indon pon aku bantai tengok..

Weh, apsal ashraf sinclair speaking dah mcm indon?? Kalau akak ada anak nnt, akak nak anak akak muka ala2 ashraf gitu....

OiaM tahun ni mcm x best sangat. Sape? Tomok??.. American Idol best!

Wednesday, March 18, 2009

Pantang hari ke 6

dah 2 hari aku demam. Semalam demam2 pon aku gigih jugak pegi makhamah. Tapi x masuk pun. Tunggu kat luar je. Mak, akak aku n Temok yang masuk. Hukuman pun dah jatuh.

Next 3 years aku bakal berulang alik ke jerantut setiap 4 bulan.

Bila aku fikir2 balik, betul jugak cakap fiza, dugaan aku ni banyak betul dari dulu. Cuma aku buat fikir x fikir je. Kalau aku fikir sangat nanti dapat penyakit kemurungan pulak.

Aritu aku tido ngigau meraung-raung. mohd Rafi terkejut. Terus kejut aku.
'Sayang.. U ngigau ke?'
Aku tengok muka dia terus tido balik. Esoknya dia tanya aku lagi kenapa.

mak aku suruh pegi berurut sbb aku asik sakit2 je pastu asik kencing. Mak aku suruh urut dgn Bini pakcik syawal. Sakit nak mampus urut dgn dia. Temok pon x sanggup. Aku x nak, so aku cadangkan pegi dgn cik zarah sbb dia urut slow je. Dulu pon aku pernah urut sengkak rahim dgn dia..

Kat rumah ni mcm2 mak aku beli. Param untuk sapu seluruh badan. Jamu serapat. Air Gamat yamg masin nak mampus. Madu. Aku cuma beli tungku herba Leesa Formula. Sbb aku malas nak ulang alik ke dapur, aku panaskan guna iron steam je.

Mak aku marah. Aku asik berjalan2 kedapur ke depan. Takut bentan. Tapi aku rasa aku dah sihat. Tapi nak duduk bersila pon x boleh lagi. Mak aku x bagi. Dia kata orang dulu time pantang mak dia ikat kaki x bagi terkangkang.. Ngeri kan?

iklan