Friday, February 20, 2009

Activity masa lapang..

Next week kelas akak selasa n Jumaat Batal.. So ape lagi???

Yehh!! akak dgn gigihnya balik kampung!!!

Boleh jugak mak akak layan akak yg tengah pregnant nih...

Eh, esok mak akak buat kenduri Arwah. Suruh dia buat Nasi Ambeng dia x nak.. Ade ke keduri nak masak Nasi Lemak.. Pelik betul la mak akak itteww....

So, kalau esok2 sampai minggu depan x update.. harap maklum je la yek..

Pelupa punya olang!

Haiyohh... akak bangun awal arini uollls. Bangun pagi2 masak Nasi Goreng. Pastu kemas2 beg. Tengok jam dah pukul 8 lebih.

Haiyohh... Dah lambat! Dalam hati akak berkata.. Opppss..**adegan x perlu sangat..

Akak pon mandi dgn laju. Gosok baju lebih kurang. Turun rumah. Start enjin kete. Pastu baru teringat ada barang tertinggal..

Time-time nak cepat.. time tu la ada barang tinggal kan?? Naik balik rumah. Amek barang tu.
Start enjin lagi. Panaskan kete lebih kurang. Nasibla kan? akak dah lambat... koser nak tunggu enjin panas.. Tengok jam dah pukul 8.35 am.. haiyohhhh sempat ke x sampai U**M nih.. kelas pukul 9..

Skali je tengah jalan. Baru teringat. Arini Jumaat!! Kelas pukul 10.00 am lah!!!

Haih...menyesal kelam kabut tadi...

Minggu ni so far xde loya2 lagi. Akak rasa baby ni tau ibu dia duduk sorang2. So dia x nak susahkan ibu dia. Kaki cepat lenguh. Dan makan macam RAKSASA GORGON.. Haiyohhh...akak takut sekaliss gemukksss lepas bersalin nanti uolllsss...

Ada hati kan nak pakai skinny jeans lepas bersalin... Muat lagi ke x ntah.. Dah la baru pakai sekali je.. Isk..isk.. Ni yang akak nak nanges ni...

Sape nak ssponsor akak pegi MayFair menguruskan badan lepas bersalin???

Ni baru pregnant 6 minggu sibuk citer pasal bersalin. Kau ado? nasib baik jantina anak belum tau.. Kalau x mesti akak meroyan pegi beli baju baby pulak....

Thursday, February 19, 2009

costumer is always right tapi kalau customer yang x munasabah???

Aritu masa Mohd Rafi datang, kitorg pegi pasar malam kat Batu 11 Cheras. Akak sangat pening tengok orang lalu lalang ramai2.. Pastu pegi beli DVD haram..

Ade la sorang mamat ni buat scene kat situ:

Mamat : saya nak tukar dvd ni. X boleh tengok.

Amoi jual dvd : (tengok tajuk dvd).. x boleh ma.. ini dvd punya u beli 6 bulan lepas. Sekarang sudah x keluar..

Mamat : yela..saya xde masa nak tengok. Semalam baru nak tengok tiba2 x boleh..

pastu mamat tu dengan Amoi dvd tu bergaduh kat situ. Last2 mamat tu baling DVD haram yang dia beli kat situ pastu sambung bebel2. Amoi tu buat x layan je..

Masalahnya di sini, logik x beli dvd pirate 6 bulan lepas, pastu nak tukar?? Cerita yang dia nak tukar tu pon dah x keluar lagi masalahnya.. Amoi tu pon cakap kalau 2 bulan dia boleh terima lagi.. Ini 6 bulan!!!.. Akak x paham apa masalah mamat tu. Dah la beli DVD haram yang xde warranty pastu boleh x nak tukar lagi???
Dah tu, ape masalah dia x sempat tengok ke ape? balik rumah x boleh check dulu ke?.. Pelik betulla diorg nih.. Kalau dia beli DVD original pon belum tentu lepas 6 bulan kedai cd tu bagi tukar... Ape la merepek sangat...

I dont feel...

Boleh x aku rasa mcm x pregnant je. Sbb xde loya langsung. And perut pon x besar. Aku tanya akak aku semalam,


'Weh, kenapa perut aku dah 6 minggu x besar pon?'


Akak aku jawab dgn laser ' Ko pregnant 6 minggu ke 6 bulan?? tunggula 2 bulan baru nampak'

Lepas tu msg Mohd Rafi pulak risau kalau tiba2 xde baby dlm perut??

Mohd Rafi mcm biasa. Dia ingat bini dia meroyan.. Dia cakap baru 6 minggu.

Aku dah mendapat persetujuan dgn Mohd Rafi untuk bagi nama anak. Kalau lelaki aku bagi nama. Kalau pompuan dia bagi nama..

Mohd Rafi suka. Time aku pregnant ni, kalau tido terus tido je. Xde sibuk2 nak berbual dgn dia. Dia happy sebab dia boleh tenang tido. Hampeh!.

Ingat x citer Umi ex Mohd Rafi tu?? Aritu dia bagi msg kat Mohd Rafi:

'Ko boleh x lupakan perasaan ko kat aku?'

Wah...motifff bagi msg mcm tu kat laki aku?? Bila tanya Mohd Rafi dia kata kawan-kawan je dgn Umi tu.. Hellloooo... aku pon ramai kawan2 lelaki jugak. Ade ke kawan2 lelaki aku bagi msg mcm tu?? Ni yang aku rasa nak msg balik pompuan tu je... Bolehhh tetiba nak serang oraang x semena-mena...

Oh.. mengapakah dah 2 hari aku x online? aku rasa AK pemilik Maxis dengki dgn aku. Tetiba Maxis Broadband kat tempat aku susah nak connect pastu dpt gprs yg mcm haram nak tunggu loading. Aku rasa AK tu tension sbb kekayaan dia berkurangan tahun ni...


Jadi mintak maaf jugak la ye sbb x dpt reply comments kat entry lepas. Maxis sungguh dengki.

Monday, February 16, 2009

Ada apa dengan nama?

Semalam Mohd Rafi datang,

Dalam kete terus gaduh nak bagi nama apa.

Kalau lelaki akak nak letak depan 'Ahmad'

Mohd Rafi nak letak 'Muhammad'. Sbb nak sama dgn dia. Gaduh dalam kete.

Lepas tu pegi Tesco beli susu Anmum. Apesal kat Tesco xde enfamama?? Keji...

6 Minggu>> xde loya2. Alhamdullillah.. Tapi lapar tahap raksasa. 2 jam sekali mesti nak makan. Gila x? Adekah aku bakal gemuk lepas bersalin??

Pagi2 ni pulak gaduh dgn Mohd Rafi nak baby nanti panggil apa, ibu ke mama ke mommy ke..

Dia x nak Mama atau Mommy sbb dia kata melayu biar panggil Ibu.. Keji!!

Tapi best. Sbb akak cuma longgokkan semua pinggan. Dan dia basuh semuanya.. Hahaha

iklan